.

★ Abaikan mata, utamakan cerita ★
.

Wednesday, February 27, 2013

kudos *1 _♥

Assalamualaikum~



(klik perkataan merah di atas tanda teruja)



★★ yeayy saya kuat! :')

Sunday, February 24, 2013

let's party - part 1 _♥

Assalamualaikum~



nota kaki : saya buat desert. hukhuk hope sedap +_+




★★ hari ini birthday KAMI.. ok byeeeee! :)

Thursday, February 21, 2013

untuk kawan kawan je *4 - part 2 _♥

Assalamualaikum~


Izinkan saya mulakan kisah ini dengan gambar di bawah ini !!!


Kahkahkah! Suda lama tak naik tren katanyeee. Ini terboekkkk walau kaki jalan terjengket-jengketttt =p





Pada 21 Januari 2013 yang lalu, dua orang pekerja bersama dua orang penganggur telah ketemu. Dua orang pekerja tersebut telah amek cuti semata-mata untuk pertemuan ini. Ini demi meraikan hari bahagia bagi seorang Noor Sheera. heee~


Susah nak suprise suprise si Sheera nih sebab selalu kantoi bacin asyik tak menjadi.. huh! So dirikuh amek keputusan terus cakap direct je, suruh dia mintak cuti sebab nak celebrate birthday. Setle, takde nak kalis kalis daa +_+


Memandangkan dirikuh sangap nak makan dengan banyaknye sedangkan yang lain sangap nak karok, makanya kami pon pergilah ke RedboxPlus, Pavilion.. 
(p/s: stalker, sila terima kenyataan ini kalau takkkkk....! haha)


 * nyummy nyummy kami makan dengan banyaknyee. Eh! Dirikuh makan dengan banyaknyee *




Terima kasih Mahzan. Terima kasih Akmal. Kerana bekalkan 13 batang pencungkil gigi. Tanpa pencungkil gigi apalah nasib si huruf huruf tersebut kan. Eceh! Apa ada hal masuk masuk bilik karok je terus jalankan misi amek kek potong potong sebanyak 13 biji. Kemudian lekatkan pencungkil gigi dengan huruf yang disediakan last minit sampai tidur lewat, hee.. Semua ini dibuat di depan Noor Sheera. Apa ada hal kan. Biar dia tahu erti pengorbanan kami bertiga. Tetibeee! =pp



 * Bila suda siap, haruslah tangkap gambar sebegini. heee~ *
 HAPPY BIRTHDAY NOOR SHEERA :)



Kami berkaraoke selama 4 jam berselang seli dengan makan tanpa henti hingga senak kami dibuatnya.. Pelbagai genre kami persembahkan. Nasyid juga tidak dilupakan. Barulah lengkap sambutan hari jadi ini. Eh cop! Lagu pertama kami persembahkan adalah lagu happy birthday to you versi urban punyeee. Kemain susah nak capai rima dia. Ececeh! Yang tak bole blaaa nya, si Sheera yang request lagu tersebut kemudian merakamkan scene yang tak sepatutnya. Emang dasar tak reti malu punye ini olang. hee (kenangan kenangan)



* gigih sangat mereka makan nih. Gigih juga sorang tuh pura pura nyanyi *



* kami bersama 'gigolo terhangit' di pasaran. Apa motif ada gambar sebegini memang tak taw punca *



Selepas 4 jam itu, kami geraklah ke destinasi seterusnya demi memenuhi hajat seorang Noor Sheera. weee~

* hangit sangat gigolo gigolo ini! *


Okey, tak tahu nak merepek apa daa. Btw, dirikuh sangat menikmati moment moment pada hari tersebut. Terima kasih korang.. Looking forward to upcoming party this Sunday. hoyeahhhh!


Kepada Noor Sheera, wish you Happy Birthday again. Saya sayang awak taw! :)


Izinkan saya akhirkan kisah ini dengan gambar di bawah ini....

* Alhamdulillah semuanya suda berhijab. ok byeee! =p *



nota kaki : Redbox, sila update lagu sepatutnya ada purlishhh. Terukir di bintang dan cerita dia misalnya =p

★★ kawan kawan saya adalah kawan termanisss di dunia :')

Wednesday, February 20, 2013

print screen *3 _♥

Assalamualaikum~







★★ company saya gila, memang gila!!!

Wednesday, February 13, 2013

roomate tegar _♥

Assalamualaikum~


Pada 28 Januari yang lalu, selepas hampir dua tahun tidak ketemu selepas tamatnya sesi pengajian di UKM, kami yang merupakan roomate setia tiga tahun berturut-turut tak reti reti nak tukar roomate lain, telah ketemu.. Sejak mukabuku suda ditutup memang terputus terus hubungan kami. Mujurlah ada diari hari tua ini, mujurlah. Ia pengerat kami berdua. Ececeh macam telefon takde. Ada, tapi macam ada takde je nombor memasing. HAHA!


Suda berjaya roomate kuh sorang nih. Alhamdulillah.. Ingat time dulu dulu, dialah orang yang hadap selekeh selebet kuh di bilik.. Dialah tadah telinga dengar karut marut kuh.. Dialah yang layan kepala gila tak tentu hala.. Dialah yang hadap tangis suka duka kuh.. Kalau salah sorang tak makan, makanya sorang lagi pon tak makanlah gamaknya.. Haihh banyak kenangan bersama. Mana taknye tiga tahun turut turut weyh, tiga tahun gak dalam bilik yang sama tak reti nak tukar.. Untunglah memasing orang penting kolej so bole cop bilik mana nak kan. heee~


Cop! Liz, ingat takk kita pernah gigih alihkan almari buruk yang kopak kopak tukar dengan almari kita  dalam bilik semata mata nak dapat almari baru yang super besar? heee tak bole bla btul. Naseb baik time tuh takde orang kat kolej ;)) *itu punca taknak tukar bilik sebab ada almari besar yang best. hee*




Gambar di atas merupakan rentetan yang berlaku sebelum terjadinya gambar yang sempurna. Kemain susah nak dapat yang last tuh gara gara waiter sedang serve makanan yang suda di order. Haihhh. Btw, thanks jawa aka bf kepada si roomate kesayangan nih tangkap gambar candid :)




Kepada Liz,
Terima kasih atas segalanya selama ini.. Semoga kau bahagia taw.. Keje leklok.. Nanti kita jumpa lagi k. Hari tuh tak puas jumpa.. huhu.. Aku sayang kau selamanya. Rindu rindu! Papehal roger ye :)



nota kaki : saya sayang semua kawan kawan saya :')

★★★ go kart? oh no!

Monday, February 11, 2013

cerpen : drama _♥

Assalamualaikum~


Awak, rinduuu.

Ye, saya rindu awak sesangat juga.

Awak, bila kita nak jumpa. Tak terbendung rindu di hati nih. Hiks!

Awak sabar ye. Nanti kita jumpa lepaskan rindu.



Hehe. Ketawa kecil mereka berdua, si gadis dan teman baik si gadis. Yang asyik memerhatikan drama di depan mata tak habis habis.






Awak kat mana tuh?

Dalam hati awak la sayang.

Hee sweet la awak nih.

Sweet dengan awak je.



Lagi sekali, yang mulanya gelak kecil bertukar kepada gelak menggila dari teman baik dan si gadis. Orang keliling suda mula pandang sinis. Mereka hanya mampu membalas dengan senyuman paling manis.



"Aku suda tak larat nak tengok lakonan dia. Kau masih ok?"

"Apa mampu aku katakan kalau semua da berlaku depan mata? Apa perlu aku lakukan, takkan nak mengamuk macam orang gila?"

"Bertindaklah. Tak perlu berdepan hanya gunakan akal pikiran. Mahukan kau bahagia atau dia yang bahagia"

"Mungkinkah jika dia bahagia makanya aku juga bahagia?"

"Kau pikirlah. Pilihan di tangan kau sekarang. Pikirkan masa depan kau yang akan datang. Bukan hanya cinta berahi kau sekarang!"



Agak lama si gadis berdiam. Memikirkan apa yang selama ini dipendam. Hmm mungkin ia sudah jadi dendam. Ditambah apa yang terbentang di depan mata, lagi bertambah geram.






Awak, sory saya lambat reply.

Takpe.

Awak buat apa tuh?

Tunggu awak reply la.

Hee yeke nih? Perempuan depan awak pulak buat apa?

Haa?

Hee takde pape.

Baik awak cakap apa maksud awak tadi?



Sejak itu si gadis tidak dapat dihubungi. Dia tujukan lagu 'aku yang tersakiti'. Buat mereka yang masih punyai hati. Hamboiii kemain lagi.






Nota kaki: 'Mungkinkah jika dia bahagia makanya aku juga bahagia?'


★★ cerpen macam harem lagi. fail fail!
Related Posts with Thumbnails