.

★ Abaikan mata, utamakan cerita ★
.

Monday, January 21, 2013

untuk kawan kawan je *4 - part 1 _♥

Assalamualaikum~






nota kaki : thanks korang untuk hari ini :')

★★ sempurna, cerita yang tak sempurna. HAHA!

Sunday, January 20, 2013

kepada awak yang saya sayangi _♥

Assalamualaikum~







Awak,
Kita kenal tanpa kita minta
Kita berkawan tanpa kira kasta
Kita berteman penuh dengan segala rasa
Kita bersahabat insyAllah hingga hujung nyawa.











Awak,
Cerita saya cerita awak juga
Yang mana watak kita bukan sengaja di cipta semata
 Kita dipertemukan pasti ada hikmahnya
Mungkin untuk merasa erti manis bersahabat sebenarnya.










Awak,
Suka saya, kita senang bersama
Duka saya, awak sentiasa di sisi saya
Gembira awak, saya tumpang bahagia
Menangis awak, derita juga menimpa saya.










Awak,
Dulu kita selalu bersama
Banyak moment kita tak terkira banyaknya
Sekarang kita jarang bersua
Semua demi mengejar cita cita dunia.








Awak,
Walau kita jauh even dekat je rumah kita letaknya
Lupa awak itu mustahil
Buang awak itu jauh sekali
Satu janji saya yang pasti
Bahagia awak sentiasa ada dalam doa saya tiap kali.








Awak,
Planner kita penuh dengan macam macam agenda
Banyak menda kita nak selesaikan sebelum lelapkan mata
Dengan izin Allah semuanya kita akan lakukan bersama
Moga dipermudahkan dan diperkenankan hendaknya
Awak betul betul ceriakan hidup saya.









Awak,
Ingat tak setahun yang lepas mahupun tahun tahun yang dulu
Mungkin lambat atau cepat
Tapi saya tak pernah lupa tarikh itu
Tarikh awak melihat dunia
Dunia yang awak dan saya hidup sekarang ini
19 Januari

Ye 19 Januari,
Kita sentiasa sambut ulangtahun itu
Walau tak seindah rupa tapi harapnya ia suda cukup berharga
Saya tak mampu nak bagi hadiah berjuta nilainya
Tapi saya mampu beri ikhlas sayang saya yang orang lain tiada
Like you said, da best sahabat I ever have = ANUGERAH
heee~








Awak,
Selamat ulangtahun ke 25,
Moga awak berbahagia dalam hidup,
Moga hidup awak sentiasa diberkati,
Moga tercapai apa yang awak hajati.

Saya sayang awak selamanya,
Awak sahabat terindah buat saya,
Terima kasih atas daya tahan awak mengadap buruk keji saya,
Terima kasih atas segala nasihat dan teguran yang tiada tara,
Terima kasih atas persahabatan yang awak berikan.
Terima kasih Noor Sheera









nota kaki : hye stalker tegar saya. Ini khas untuk awak. heeee.. Saya rindu warkah bintang kita :)



★★ jumpa Isnin nih taw! tak sabar~

Wednesday, January 16, 2013

untuk kawan kawan je *3 _♥

Assalamualaikum~


Ini bukan sambungan kisah 'saya suka dia tapi saya malu nak cakap, cakap ke kawan pastu kawan ejek dia panggil panggil nama saya' !!! Tetapi kisah apa yang jadi selepas dirikuh dan kawan kawan pegi kenduri kawen tuuu..


Seperti biasa, kalau ada Sheera makanya adalah rancangan pelik pelik dia. Kerana dia lah, kitorang akan berlagak sebagai foreigner di negara sendiri.. Dulu tugu negara dan muzium negara kitorang pegi terjah.. Sekarang nih, di dataran merdeka pula. Hajat dia nak camwhore dengan I KL katanyaaa.. Demi dia, kami sanggupkan sajaaaaa :)




* Sebelum berlagak pelancong, kami singgah di toilet yang sangat kami kagumi di sebalik dataran merdeka. Bersih ++ cantikk *




* Di depan Kuala Lumpur City Gallery. Menyempat ajee *



* Di dalam Kuala Lumpur City Gallery *



Nak masuk Kuala Lumpur City Gallery nih free je. Dalam tuh juz ada pameran sejarah area masjid jamek. Bila korang naik tangga, ada satu tempat untuk tayangan pasal masjid jamek dan mengenai Kuala Lumpur. Siap ada replika kecil yang menunjukkan satu Kuala Lumpur. Siap berlampu bagai.


* gambar sebelum dan selepas lampu ditutup *





* inilah misi utama kami. I ♥ KL. Seriously :) *



* Bukan saya, tapi Syikin dan Sheera bole jadi duta Kuala Lumpur suatu hari nanti. HAHA! *
BUKTINYAAAA...




Tak macam semua tempat, foreigner nak tangkap gambar ngan dorang nih pulakkk kan. Dari tugu negara, muzium negara, masjid jamek.. ish3! Sah bole jadi duta KL nih. heeeee~




Kalau yang nih pulakk bole takk? HAHA ok byeee! thanks ain kecik jadi photographer ktorang. ngeee~



nota kaki : entri cerakah pula lepas ini. haihh Sheera Sheera ;) banyak entri tergendala. tunggu turn ye~



★★★ di mana mana, saya dibuli +_+

Sunday, January 13, 2013

zaman zaman _♥

Assalamualaikum~


Zaman kecik kecik, zaman zaman tak matang dulu adalah zaman main masak masak telur yang kutip dari reban ayam sape sape ntah kemudian masak tepi rumah. Pi lantak lah sape punye telur, asalkan dapat main ngan telur. opsss jangan pikir bebukan! Kalau da dapat main masak masak telur tuh suda kira up sesangat lah tuh kengkononnyeee. Up sesangat lah kan bila dapat pulak telur tembelang busuk tak hilang. Elok elok nak elak mak tahu main api, terus jadi tahu. haihhh~


Zaman kecik kecik dulu juga adalah zaman zaman 'saya suka dia tapi saya malu nak cakap, cakap ke kawan pastu kawan ejek dia panggil panggil nama saya' haaa gitu lah zamannya.. Cop! bukan dirikuh suka sesape pastu beritahu kawan pastu kawan ejek orang tuh guna nama dirikuh pastu dirikuh muka merah malu malu. bukan bukan! Masakan perigi mencari timba, masakan 'izzati mencari Oppa nyee. ok merepek!


Dulu dulu lepas je balik dari sekolah agama mesti dipaksa ke rumah pakcik mengaji untuk mengaji. Jarak rumah pakcik mengaji dengan rumah hanya sekangkang kera tapi dipisahkan oleh jalan raya yang kecik bersama beberapa rumah. On the way nak ke rumah pakcik mengaji tuh, pasti ada bunyi bunyi yang semakkan telinga. Mulalah orang orang di sekeliling rumah tuhhh menyahut,

"Ghazali, Ghazali"

Dirikuh buat muka cool. Buat buat tak mengerti apa yang mereka panggilkan. Gila hape namaku 'izzati dipanggilnya dengan nama lelaki. Rasa nak maki, tapi kena sedar diri tujuannya nak pegi mengaji. Hamboiii kengkonon berlagak suci ;)


Kalau suda hari hari cenggitu, rasa macam taknak pegi mengaji. Malu selubung dalam diri, tak tahu nak cover macam mana lagi terpaksalah tebalkan muka lalui semua ini. Eceh! Untuk pengetahuan korang, si Ghazali nih merupakan jiran dan juga kawan sekolah rendah. Kalau jumpa kat rumah memang sepatah haram tak bercakap, tapi bila jumpa kat sekolah kemain membapak-bapakkan. Eh silap, tak main lah bapak bapak, atok atok terussss. Tak senonoh lahai perangai~


Kalau da orang sahut sahut guna nama orang lain nih, kompem lahh nak gitaw ada orang suka ke kita kan? Ke dirikuh bole masuk dalam kategori perahsantan terlebih? Haruslah perasan lebih kan, orang hensem tuh woi, orang panggil panggil kita guna nama orang hensem woi. Ahaks!


Cerita perasan tuh tak stop sampai situ saja. Tak silap dirikuh time tuh darjah tiga, da dilantik jadi pengawas sekolah. Jaga pulak dakdak beratur darjah satu time perhimpunan. Nak dijadikan cerita, jaga pulak kelas adik si Ghazali nih. Kengkonon dari situ makin rapatlah dirikuh dan si adik dia nih. Ada suatu ketika si adik dia nih jumpa dirikuh kat kantin. Cerita lah yang abang dia nih suka dirikuh bagai. Hamboiii dirikuh buat buat taknak terima kenyataan. Cakaplah ke si adik dia nih, haishhh takkan lah, mesti suka ke orang lain nih. Si adik pon taknak mengalah, cakap memang betul takde orang lain dia suka. Kemain kisahnya dakdak darjah tiga dan darjah satu bercerita kan. Duhhh!


Ahhh! Kisah mende mende lah dirikuh cerita nih.. Sebenarnya nak gitaw yang dia nih suda kawen.. Tuh je pon nak cerita sebenarnya, kemain panjang pulak intro sampai hilang point sebenar. teheee! Abaikan kisah 'saya suka dia tapi saya malu nak cakap, cakap ke kawan pastu kawan ejek dia panggil panggil nama saya'.. heeeeeeeee ok bye~


* Selamat pengantin baru.. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu cicit :) *



* yang perempuan tuh adik dia, bersanding sekali. jimat kauuu! ;) *



* kalau si Syikin tak paksa pegi, takde maknanye dirikuh dan Sheera rajin nak bersiap pegi kenduri mereka nih. hee. Abaikan muka berminyak bole goreng nugget. nyum nyumm *



nota kaki : entri ini ada kisah selanjutnya. bukan kisah 'saya suka dia tapi saya malu nak cakap, cakap ke kawan pastu kawan ejek dia panggil panggil nama saya' tapi kisah untuk kawan kawan je pulaaaa :) insyAllah kalau rajin ada lah tuh entrinyeee~



★★★ saya dapat ofer jadi pengapit lagi? wow wow!
Related Posts with Thumbnails