.

★ Abaikan mata, utamakan cerita ★
.

Friday, September 28, 2012

cerpen : severely _♥

Assalamualaikum~


Kringgg kringgg. Tap!

Aku terus ke bilik air dengan lemah longlai. Muka diratakan dengan air bak sejuk walauuu mata masih segan untuk membuka. Tangan menggapai gapai tapi tak kesampaian. Mata sedikit demi sedikit di buka luas.





"Ibu, mana berus gigi adik?"

"Haihh berus gigi kamu, tanya ke ibu pulak. Kat tempat biasa lah. Kat tepi cermin tuh"

"Sejak bila pulak berus gigi suda berubah tempat nih?"





Terpacak di tepi cermin berus gigi kaler biru. Aik, berus gigi aku bukan kaler pink ke semalam? Ibu nih sesuka hati je la tukar tukar berus gigi orang. Kaler biru pulak tuh. Benci tahu benci!


Seusai melakukan aktiviti yang sepatutnya dalam bilik air, aku bersiap siap ke lab kampus. Bila nak berakhir azab thesis nih woiii.





"Adik, ibu dah belikan tuna yang adik pesan semalam"

"Tuna? Buat ape dengan tuna? Bila pulak adik pesan? Ke ibu sengaja nak suruh adik buatkan sarapan untuk ibu nih? hehe"

"Mula lah tuh nak buat buat tak tahu dia. Kan semalam adik beriye iye suruh ibu beli tuna. Nak buat sandwich untuk Syafiq kononnya"

"Syafiq? Apa ibu merepek nih"





Tuna.
Sandwich.
Syafiq.
Apa yang suda terjadi. Kenapa nama tuh disebut sebut kembali? Aku terus ke bilik. Merenung masa lalu yang aku cuba taknak ingat lagi. Itu semua punca, punca kecelakaan hakiki!





Telefon berbunyi tanda mesej diterima di peti masuk.

"Selamat pagi sayang. I kat kampus nih. Doing my thesis as usual. Nanti I mesej U lagi k. Loveyouuu :*"



Syafiq??? Hati aku tidak semena mena tidak tenang. Aku gagah men-scroll mesej yang diterima tadi.


Sent:
13-Okt-2010
10:13:10 am



Ya Allah. Aku mimpi ke? Lantas pipi kanan aku ditampar sekuat hati. Duhh sakit la bodo! Maki aku keseorangan.


Tanpa mengingatkan kesakitan yang belum reda, aku selongkar kotak yang dulunya berazam takkan disentuh lagi. Kali ini aku terpaksa. Demi kebenaran yang dicari.


Yeah akhirnya dijumpai. Hancur lebur luarannya, koyak renyuk di dalamnya. Seakan terlalu membenci warkah hidup yang dulunya tercoret seribu memori - setiap detik setiap peristiwa dicatat dalam diari.





[13oktober2010]

Syafiq ada di kampus, selesaikan thesis yang acap kali ralatnya. Semalam dia ngadu lagi, result selalu berlagak ngeri asyik tak menepati. Aku hanya mampu bagi kata kata sedapkan hati sekurang-kurangnya aku bole redakan gundah gulana yang dia hadapi.

Semalam suda mintak tolong ibu belikan tuna. Nak buat special sandwich untuk Syafiq hari ini. Harap dia suka. Moga dia boleh buat thesis dengan gembiranya.

Ok nak siap siap ke kampus. Jumpa cinta hati, Syafiq :)





Air mata mengalir tanpa sedar. Satu persatu peristiwa datang menerjah. Ahh sudah! Semua itu lumrah, cukup cukuplah dengan cerita penuh darah. Setiap yang pergi biarkan pergi, tak perlu harapkan ia kembali.


Dengan langkah yang berat, aku menapak satu langkah demi satu langkah. Dengan tabah.


"Ibu, adik keluar dulu. Pasal tuna tuh, adik buatkan sarapan pagi esok untuk ibu yea? Bye ibu"



Aku terus ke taman yang penuh kenangan 'indah' di depan fakulti Syafiq tanpa ragu, tanpa perlu ke lab, tanpa perlu bertanya sesiapa di mana Syafiq berada, tanpa perlu membazir kredit menghantar mesej mengesan dia di mana.


Aku persetankan perasaan debaran yang melanda hati, aku sudah tahu apa yang bakal terjadi. Maka aku buat buat tenang macam menonton filem tayang dua tiga kali.


Hero suda mula munculkan diri. Bersama ukiran senyuman yang bahagia sekali. Diekori heroin yang berlagak suci, yang sangat sangat aku kenali. Berpegangan tangan macam tak cukup jari. Ya, aku sangat panas hati. Walau ini bukan kali pertama aku perhati. Tetap aku ingat sampai mati!






Apa yang perlu aku lakukan?
Soalan yang sering bermain dalam otak fikiran. Sekarang aku ada dua pilihan. Antara perhatikan saja mereka mengecap bahagia atau pulang saja ke rumah dengan rasa cilaka.


Itu bukan pilihan la bodoh. Itu rasa kau yang tak pernah nak bangkit. Ini masanya. Ubah kisah kau, ubah sikap bodoh kau.


Aku rasa aku perlukan lakukan ini. Ya, aku tengah berdiri di antara dua orang yang aku sayangi.




"Hai saya Anis, girlfriend Syafiq. Suda 3 tahun kami bersama. Rasanya 3 tahun tuh suda cukup untuk Syafiq cari pengganti saya"

Tangan dihulur salam bersama sekilas senyuman kepada Dilla, wanita itu.



"Hai saya Anis, kawan baik Dilla. Rasanya saya je anggap dia kawan baik tapi dia pula beranggapan sebaliknya" 

Sambil melambai tangan dengan senyuman paling manis ditujukan kepada lelaki itu, Syafiq.



"Eh korang berdua sibuk bercanda kat sini kan? Sory saya mengacau. Bye, semoga berbahagia! "




"Anissss!"
Jangan kau sebut nama aku lagi.






Aku terus pulang ke rumah. Kenapa perasaan ini masih sama. Masih sakit walau suda ditambah babak yang sebelum ini tiada.




[13oktober2010]

Syafiq ada di kampus, selesaikan thesis yang acap kali ralatnya. Semalam dia ngadu lagi, result selalu berlagak ngeri asyik tak menepati. Aku hanya mampu bagi kata kata sedapkan hati sekurang-kurangnya aku bole redakan gundah gulana yang dia hadapi.

Semalam suda mintak tolong ibu belikan tuna. Nak buat special sandwich untuk Syafiq hari ini. Harap dia suka. Moga dia boleh buat thesis dengan gembiranya.

Ok nak siap siap ke kampus. Jumpa cinta hati, Syafiq :)

Baru selesai jumpa si cilaka hati. Dia bole pegi mati! Moga bergembira saat aku pergi. Bersedia dengan apa yang bakal menanti.






Kalau bole kembali ke masa lalu, aku mahu ke saat bermulanya perhubungan kita dahulu.

"sudikah awak jadi teman hidup saya?"

"bole pegi meninggal, kau dengan teman hidup kau yang akan datang"


Itu sudah cukup :)

- Anis, 2012









nota kaki :
"I know you're happy without me by your side now, but just so you know I'm happier when you were there. But, it was all the past"


★★ perghhh pengaruh korea sangat nih. terhasil cerpen ngarut ya amat ;)

Thursday, September 20, 2012

misi PR : gedik raya _♥

Assalamualaikum~




Tit tit teret tit tit,

- Perhatian! Misi ketahanan perut. Sila bersedia -

Arahan Zord yang sentiasa sukar untuk dihadam suda sampai di pengetahuan kami.



*****



Sehari sebelum misi ;


"Sila bertukar kepada berbaju melayu dan berbaju kurung walau di iron berkali kali tanda penyamaran. Sebarkan pada yang lain
- mesej yang diterima mentah mentah oleh Black.


"Sediakan jet pejuang walau tiada road tax segala
- Blue menerima arahan.


"Persiapkan konco konco, ini dapat mengelirukan identiti rangers, sebagai pesaing pon iyee juga"
- Yellow terus bertindak tanpa ragu.


"Trilofa. Ye trilofa, masak sesedap. Itu sumber tenaga utama
- terus Pink menerjah ke pengkalan makanan seusai menerima arahan.


"Yang ekau nih tak taw la den nak bagi arahan apa. Haa sediakan tisu je la. Ehek!
- dengan redha Red menuruti saja.



*****



Tiba di hari misi berjalan. Mulakan di kawasan yang berdekatan terlebih dahulu. Jangan salah naik lift. Ini memalukan!


Sesi ketahanan pertama :
Nasi impit dan kuah kacang, pulut kuning dan rendang, buah mata kucing.

Ketahanan perut masih di tahap yang membanggakan. Clap clap!




Sesi ketahanan kedua :
Mee bandung, karipap, cocktail

Rangers sekelian masih mampu bertahan. Buktinya, hanya meleraikan sampin dari tempat asal, baju dan seluar di posisi yang sama ;p

Konco melahap sampai dua kali. Ternyata ketahanan konco lagi meninggi. Ini tidak bole jadi!




Sesi ketahanan ketiga :
Nasi minyak berlaukkan ayam masak merah, kurma daging dan arca nenas.

Memasing suda mula menunjukkan skala ketahanan paling rendah. Konco tidak terkecuali. Yellow mencuri peluang yang ada, menambah dua kali. Berjaya!





Tit tit teret tit tit,

- Sila ke penjara kajang. Melawat banduan di sana. Eh bukan! Sesi ketahanan terakhir menunggu. Tiba dengan segera adalah harus! -


Rangers menerima arahan. Atas tegasan "tiba dengan segera" ada yang pandu jet dengan lajunya, yang satu lagi ntah ke mana. Heee!





Sesi ketahanan keempat (terakhir) :
Kueh teow goreng, popiah otak otak, air ribena curlass kau mas. Eh!

Rangers melahap tahap kebiasaan. Perjalanan jauh memungkinkan kelaparan. Tapi, konco lebih giat dua kali ganda berbanding yang lain. Ketahanan perutnya sangat luar biasa. Ini terus menggagalkan misi Rangers. Gagal gagal ! Zord, sila bagi misi cabaran mata pula bole? Baru lah bole bangga "mission is complete!" kehkehkeh~


SEKIAN ~


 
Mari lacurkan mata anda dengan ini!






* dengan gagalnya misi, maka saya kena buli. eh! *




Rentetan daripada Black aka AJ ;

  • Trilofa sedak bak hang - pavlova mne pavlova. ngeee~ 
 
  • Berhenti lif tingkat 5, turun ke tingkat 4. ehem. - takyah nak kunun kunun main lift sangat eh! 
 
  • "Shee--, masuk!", gaya nurse panggil masuk jumpa doktor - haha! ini menganjing tak agak. tak sangka dengar sampai ke depan ;p
 
  • Baju raya cepat kedut - tahun depan pakai baju besi okey kengkawan. hee~
 
  • Tahun depan buat baju raya sama kotak - sila tetapkan tema. senang nak beli sesama.. haha!
 
  • Baru rumah pertama perlu bukak sampin, perut dah senak - market turun acaner nak nikah? tehee~
 
  • Suruh follow kereta, tapi kemain laju bawaknya. kekeke. - Syikin tak reti bawa slow slow katanyaaa~
 
  • Sampai ke Kajang, yeay! - singgah tangkap gambar jap walauponnn hujan~
 
  • Kurus dan besar topik sensitif. - suda kurus sikit memasing, kata kata galakan memakan dengan banyaknya.
 
  • Kapel dan kahwin? - isu sesentap.



nota kaki : kami jalankan misi dengan gembiranya. Buktinya, lihatlah senyuman manis kami. ngeee~




★★ tak bole bukak FB. sakit dia automatik sampai ke hati~

Wednesday, September 19, 2012

wordless wednesday _♥

Assalamualaikum~

Iftar bersama mereka.
Lokasi : Seoul Garden, KL Festival City.










nota kaki : muka tembam akibat makan dengan banyaknye. eh!

★★★ nega wae ireolkka babo cheoreom~

Tuesday, September 18, 2012

raya ketiga _♥

Assalamualaikum~

Izinkan dirikuh mulakan entri ini dengan gelakan besar.. HAHAHAHAHA! ok puas.. Suda habes raya baru nak hapdate raya ketiga punye cerita.. duhhh ampunkan saya wahai puaka puaka sekelian rupa.. Ada lagi satu entri raya patotnye.. Itu ntah bila nak up entri ntah gamaknye *sigh~


Okey seperti di khabarkan sebelum nih, raya ketiga tiap tiap tahun akan diadakan hari keluarga belah mak yang punya hampir 180 lebih orang kesemuanya.. Ramai kan ramai kan.. Hampir 13 tahun katanya aktiviti tahunan ini telah diadakan, fuhh da lama gak eh.. Dan tiap tiap tahun juga lahh dirikuh bersama sepupu sepupu yang lain membalut hadiah, balut hamper, handle attendance, handle games..


Kebiasannya pada paginya, golongan mak mak sibuk memasak apa yang perlu di dapur, yang golongan lelaki tua ataupon muda akan sibuk memasak ayam, yang golongan saya dan sepupu sibuk prepare hadiah dan games, yang kanak kanak sibuk lahh berlari ke sana ke sini..


* menu utama yang jadi rebutan setiap kali dan tak pernah nak cukup *



Dalam jam 10 camtuh, dimulakan dengan majlis tahlil arwah dan seterusnya suda mula sibuk dengan game game yang ada.. Tahun nih macam tak berapa nak sedia sangat game nye sebab memasing busy ngan pelbagai hal ditambah pula suda ketiadaan idea.. Macam biasa game untuk kanak kanak lah paling banyak.. Game paling wajib adalah tarik tali, tapi tiap tiap tahun orang yang sama main nih apa cerita? hoho~



* antara aktiviti kanak kanak yang ada *


* tahun nih cipta sejarah, sebab kalah! haha.. tengok lah team tuh kecik kecik kowt. tak adil ;p*



Habes je game game yang ada, mulalah sesi makan makan pulaa.. Tahun nih banyak sungguh menunya.. Ada ayam bbq, ada western food, bihun sup dan apa ntah lagi.. lupa! Selepas acara makan makan adalah acara yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian hadiah, cabutan bertuah dan pembagian duit raya.. Bengang bila asyik takde luck je untuk cabutan bertuah.. Ada yang bertuah siap dapat pakej perlancongan lagi.. ok ini jeles!


Haa lupa nak kabo, aktiviti wajib dalam hari keluarga nih adalah pemeriksaan kesihatan.. Ada 4 doktor yang sedia berkhidmat, anak beranak semuanya.. Dirikuh selalu sekadar timbang berat dan tinggi je, sebab takot nak amek darah.. hee~


Berakhirnya penyampaian hadiah, maka berakhirlah hari keluarga.. Selepas tuh diadakan meeting bagi kesemua adik beradik kira adik beradik mak saya lahh termasuk seorang anak mereka.. Ada satu agenda meeting tuh menyatakan tahun berikutnya setiap keluarga kena menyumbang satu game.. Korangg! Sila bagi idea nak wat game pe tahun depan.. pening pening  *bebelek running man ;p


* sepupukuh yang disayangi *



* ok ini geli.. dak kecik nih kata dirikuh najwa latif, siap cakap kuat kuat tanda teruja jumpa najwa latif.. Siap nak mintak autograf lagi.. malu tahu!!! (cecermin diri tengok tang mana yang sama ntah) *



* tahun nih merah ye kawan kawan selepas hijau dan kuning sebelum nih *



Raya kelima kalau tak silap, sesi beraya ke rumah syikin pula di segamat.. Ye, sayangkuh syikin ada kampung di segamat.. Seronoknye lahai.. Boleh lelepak selalu kalau di kampung, takde lah bosan sangat.. ngee! segamat suda ada wayang, maka bole lah kita berjimba ke sana.. Macam KL takde je nak pegi tengok kat segamat kan.. heee~


* masa kecik, masa besar. eh! *



nota kaki :  moga hari keluarga ini berkekalan hendaknye~



★★★ "demi cinta bodoh", keyword yang digunakan dan terus ke blog nih. ok speechless~

광기 _♥

Assalamualaikum~




 ❤ A.N.Jell ❤



★★ wahai angan, moga kita ketemu dan bersama jadikan ia kenyataan :)
Related Posts with Thumbnails