.

★ Abaikan mata, utamakan cerita ★
.

Wednesday, August 29, 2012

raya pertama _♥

Assalamualaikum~

Rindu Ramadhan sesangat.. Rindu nak dengar si kecik ain mengetuai bacaan doa ketika berbuka puasa.. Nak tunggu dia habeskan doa tuh memang memasing lambatlahh nak berbuka puasa nye.. Rindu nak bertarawikh mendengar suara lunak imam.. Selalu mesti cabar diri nak baca jugak surah apa yang imam bacakan dalam rakaat..


Rindu nak dapat ucapan selamat daripada mereka mereka yang tersayang.. Hamboiii time puasa je lah baru nak ucap ucap bagai yee? Mereka mereka yang tersayang nih memang best! Saling mengingati untuk berbuat kebaikan.. Dirikuh yang selalu terleka nih, memang patot dimarah marah untuk kembali ke jalan yang benar..  haihh. Rindu nak buat kuih yang leceh gila nak buat tuh.. Sedap kann? Ke korang sekadar nak amek hati je. heee.. 


Rindu dengan kesayuan Ramadhan sebenarnya..
Semoga dirikuh bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.. Dengan izin Allah~


Okeyy abaikan cerita Ramadhan.. Sekarang sudah raya kan.. Mari cerita raya! Dirikuh dan sekeluarga pulang ke desa pada pagi selepas solat raya.. Alhamdulillah takdelahh jem mana walaupon banyak juga kereta di jalan raya.. Raya tahun nih memang berbeza dengan tahun tahun lepas.. Nak tahu kenapa? takyah tahu lahh kan.. heee. (sila tekan button X di sebelah atas kanan tanda protes)


Raya kali nih takde gambar sekeluarga.. Kemain sorang ke sana sorang ke sini.. ish!

* dimulakan hari yang mulia dengan bermaaf-maafan *

* with uda yang hilang marketnya bila letak gambar ini sebagai profile picture di FB. hakhak! *

* okeyy bole lahh ada juga gambar nih sebagai pelengkap *



Haa! Nak bagi taw, dirikuh masih tak missed dapat duit raya.. weee~
Okeyy baru cerita raya pertama, esok esok hapdate raya yang lain pula eh.. Baru nampak banyak sikit entri nye +_+



nota kaki : moga amalan saya dan kawan kawan semua diterima Allah.. Moga doa kita semua termakbul.. InsyAllah~


★★★ biar masa tentukan segala, semoga berbahagia hendaknya. Ego much? Yes, I am :(

Tuesday, August 28, 2012

rapuh _♥

Assalamualaikum~







nota kaki : Jadikan dia terbaik kerana itu yang telah kau pilih~


★★ separuh aku - NOAH~

Sunday, August 26, 2012

salam lebaran _♥

Assalamualaikum~



" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
KAWAN KAWAN :) "




nota kaki : happy e-day sayangkuhh, Lyana Hisham.. I'm sorry that I can't be there for youuu. I'm looking forward to ur big day okeyy. Much love ♥


★★ nice to meet you kawan :) hope hepy hepy saja~

Thursday, August 16, 2012

wordless _♥

Assalamualaikum~




nota kaki : balak biru aka belaan biru~



★★★ drama skip beat gila besttttttt! :))

Saturday, August 11, 2012

berpikir _♥

Assalamualaikum~

Aku kadang kadang suka berkelakuan keseorangan.. Ke mana mana seorang diri.. Suka melihat akan sekeliling.. Melihat rupa, keadaan dan sifat yang ada di depan mata, yang boleh kita merasa dengan pancaindera.. Seronok. Seronok tengok pelbagai ragam yang buat kita ketawa sendiri, buat kita geram sendiri, dan ada juga yang buat kita tiba tiba membagi simpati..


Pabila melihat orang orang di sisi, di saat mereka bersama teman teman mereka, berbual seperti bergebang dengan orang lain juga gamaknya.. Mungkin sebagai tanda elak fitnah agaknya tanpa mengendahkan orang yang bakal menimbulkan pelbagai andaian.. Itu membuat aku terpikir, jika dirikuh bersama rakan rakan yang lainnya, apakah pandangan orang tentang kita pula? Sama dengan apa yang aku pikirin sekarang ini?


Pabila melihat budak budak lelaki yang rasanya sudah boleh mengimamkan kita selayaknya, memakan roti misalnya di bulan puasa sambil mendabik dada berkata "buat apa nak malu?" di hadapan kita.. Apakah patut yang dipikir oleh dirikuh yang sangat inesen konon kononnya? Mungkin dia tak puasa tapi solatnya penuh.. Tak mengapalah begitu.. Ataupon mungkin puasa saja yang di mungkiri, mendengar kata ibubapa masih tidak di ingkari. Alhamdulillah.. Ataupon mungkin dia puasa memungkin dia mati.. haa!


Pabila sesuatu perkhidmatan yang patot kita nikmati, tapi sangat menduga kesabaran yang tak tahu tinggi ke rendah tahapnya.. Seperti menunggu bas misalnya.. Patot setengah jam saja menunggu tapi kalau dah berjam jam pula bagaimana? Ohh pemandu bersolat terawikh juga agaknya, tiada pengganti mungkin.. Yang ini kau perlu berpikiran positif  'izzati.. POSITIF!


Satu hari ini cukup buat aku berpikir.. Bukan sekadar memikirkan akan keadaan orang sekeliling dengan ragam mereka sendiri malah tentang dirikuh yang macam macam perangai lagaknya di muka bumi ini.. Aku bukanlah insan yang sejahat sejahat syaitan.. Sebab aku masih punya kawan yang sentiasa di sisi saat susah senang, malah makin bertambah sehari hari.. Manakan nak manusia kawan dengan insan yang jahat bukan? Aku masih tidak ada jenis kawan makan kawan.. Aku masih tidak ada jenis kawan jatuhkan kawan.. Aku sangat beruntung. Sangat! Aku juga bukanlah insan sebaik baik malaikat.. Sentiasa berdosa setiap masa.. Kadang kadang apa yang patut dipatuhi dilanggar, yang dilarang dibiasakan.. 


Aku insan yang banyak dosanya.. Tapi Allah Maha Baik.. Sentiasa ada tatkala aku memerlukan.. Aku perlukan perlindungan, Dia berikan perlindungan.. Aku perlukan kebenaran, Dia tunjukkan kebenaran.. Aku perlukan ketenangan, Dia berikan kekuatan.. Dugaan yang kita anggap kesusahan itu memang telah kita sendiri termeterai dalam perjanjian dengan Allah sebelum wujudnya benih di janin ibu kita.. So, kenapa perlu kita salahkan Tuhan? Sendiri yang janji, Allah hanya tepati.. Ini memang buat aku berpikir, Allah takkan susahkan kita kalau kita tak mampu nak handle kan? Allah sayang kita sebab tuh dia uji kita kan?


Bersyukur dengan apa yang ada.. Walau aku tak kaya, tapi aku tahu nikmat makan itu macam mana.. Walau aku tak secantik, tapi aku tahu nikmat kesempurnaan kejadian itu macam mana.. Walau aku tak sebaik, tapi aku tahu bala jahat itu macam mana.. Asal timbul kesedaran suda memadai. eh, sedar je tak cukup, bertaubat! Dosa suda melambung tinggi.. Mahu tinggi mana lagi?


Kawan kawan, kita sudah hampir habis bulan Ramadhan.. Sekejap saja masa berlalu, marilah sama sama merasai nikmatnya malam malam ini.. Mana tahu, dosa kita terampun hendaknya.. okey tiba tiba sayu :'(
Selamat beramal kawan kawan~



p/s : 1 Rejab Allah tunjukkan kebenaran, 15 Syaaban Allah berikan perlindungan, 1 Ramadhan Allah isikan dengan ketenangan~


nota kaki : saya tak beli apa apa untuk raya lagi.. arghhh taknak raya bole? :((


★★ sedondon pula dengan sahabat dunia akhirat saya ari nih, si jenal. hee~

Friday, August 3, 2012

meh baca meh _♥

Assalamualaikum~



ATTENTION GUYS!!!


nota kaki : praying for the gold medal. chaiyo2 Malaysia! :)




★★ surah al-kahfi~

Thursday, August 2, 2012

mimpi _♥

Assalamualaikum~


"kalau boleh bunuh, dah lama aku bunuh kau! "



"Alonggg! bangun sahur"
owh mimpi je rupanyaa. spoil~



p/s : mimpi yang pelik. maksudnya apa? sebelum nih mimpi pon jadi kenyataan. suratan atau kebetulan?



nota kaki : last episod Dejavu di Kinabalu hari ini.. Watak Nadira bole pegi meninggal :)




★★ Jatuh, berdiri lagi.. Gagal, cuba lagi.. Kalah, bangkit lagi.. Sampai Tuhan kata 'Sudah tiba masanya aku ambil kamu pergi' 

Wednesday, August 1, 2012

graduasi 2 - TH *2 _♥

Assalamualaikum~

Dirikuh menjangkakan entri kali ini sangat panjang dan meleretnya.. Korang bole abaikan jika perlu :)


[12 Julai 2012]

Dirikuh bersama staf dan juga pemandu ke KPTM Cheras sebab kena bukak booth sempena karnival yang di adakan di sana. Sekadar menghantar beberapa staf sebelum tuh pekena sarap dulu.. Setelah selesai, dirikuh bersama seorang kawan dan pemandu meneruskan perjalanan kami ke HQ.. Tujuannya, untuk menghantar seorang kawan kuh yang terpaksa menjalani raptai majlis graduasi SL1M yang memegang tanggungjawab sebagai pengerusi majlis itu hari.. Si pemandu pon ada tugas yang patut dilaksanakan di HQ.. Makanya dirikuh yang ada hal yang tak dapat di elakkan terpaksa pulang ke rumah dengan apa cara jua sekalipun.. Kononnye, nak suruh pemandu hantar kat mana-mana LRT je, alih alih dia offer nak hantar sampai rumah tapi dia kena setlekan keje dia dulu kejap.. Alang alang suda dekat kan.. Pujuk dicita ulam mendatang lahh.. *betul ke* hee~


Besar pangkat ekau kan 'izzati siap nak berhantar bagai hingga ke rumah.. hee dapat lah jugak merasa kan rasa special tuh acaner.. kahkahkah! Sampai je ke rumah takde makna nak rehat rehat.. Siapkan apa yang perlu dan terpaksa bergegas ke HQ semula untuk menghadiri majlis graduasi kami..


Okeyy baru intro.. ahaha~
Untuk pengetahuan kawan kawan, dirikuh telah menjalani job training di bawah SL1M Tabung Haji selama setahun bermula daripada 17 Julai 2011.. Nak ikotkan dirikuh masuk lambat.. Okeyy episod tuh bole buat satu entri rasanya.. hehe~


Dirikuh bersama 8 teman lain yang menjalani tugas di Kelana Jaya hanya datang makan saja sepanjang majlis tersebut.. Eh salah! Kan ada sorang tuh kena jadi pengerusi majlis.. duhhh~

 * okeyy si cantik manis nih lah kawan saya yang jadi MC tuuu *



Suda nama pon majlis graduasi kan kawan kawan, mestilah ada majlis penyampaian macam kita konvo dulu dulu kann.. Kena jalan sorang sorang atas pentas pastu kena benti jap ada orang nak amek gambar.. Siap dapat ape mende eh namanyaaa.. alaaa ape eh? Kalau time konvo kita panggil scroll +_+


 * haa! mende alah nih.. siap ada logo TH lagii *


Lepas suda jalan ala ala catwalk diikuti dengan ucapan dari pelbagai pihak, agenda yang paling di nanti natikan adalah makannn! Malangnya, makanan takde lah best mana.. huh! * naya kalau org TH taw nih*


Okeyy, da bole rasanya dirikuh paparkan gambar gambar yang ada~

 * dirikuh bersama dakdak HQ yang kena paksa buat persembahan nasyid.. hehe terasa dirikuh special bila lain daripada yang lain di situ *




 * okeyy rindu kakak kakak saya.. nak korangggg.. tskk tskk! *



 * sesi campak mencampak! memang menggila mereka nih sampai ada yang terkena ke kepala.. dirikuh cool jeee ;p *




* dakdak Kelana Jaya *


Dengan ini, berakhirlah perjuangan kami selama setahun.. Eh! Belom lagi.. Dakdak HQ semua pakat nak habes 13 Julai.. Kami yang di Kelana Jaya nih masih sayangkan TH (sangattt), makanya kami amek keputusan benti 17 Julai (sebenarnya, ada majlis perpisahan kami lagi di KJ.. makan lagiii)




[17 Julai 2012]

Majlis perpisahan yang dianjurkan oleh anggota TH negeri selangor telah diadakan.. Walaupon dikhabarkan macam macam konspirasi berlaku pada hari hari sebelum majlis tuh diadakan, ada kesahhh? haha! Yang penting nak ucapkan terima kasih bebanyak kat umi, kak zue, kak ila dan yang lain lain.. Siap nak prepare hadiah pon sorok sorok dari kami taw.. Ingat tak nampak letteww~


Kami pon sibuk nak prepare hadiah untuk staf sebelum sebelum tuh.. Tak lupa dirikuh pon sibuk prepare nak wat kad bagai tanda hadiah perpisahan kuh pada kakak kakak yang disayangi.. haihhh jangan ditanya time bila dirikuh sorok sorok pegi stor wat mende alah tuh ;p


Majlis diadakan seawal jam 8 pagi.. Muka kuh pon tak macam serabai kannn.. Muka sembab baru bangon tido.. Sepet terselah.. adoyaiii~
* dirikuh di tugaskan untuk mewakili teman teman menyampaikan hadiah yang tak seberapa ini kepada TPN yang super sporting *


 * ini hadiah daripada unit pentadbiran. tak lupa juga unit pemasaran. terima kasih daun keladi *



* ok abaikan muka super bambam. abaikan juga si toyol yg buat peace belakang tuh. bole plak dia panggil dirikuh ju on.. grrrr! *


Lepas je majlis tuh berlangsung, masing masing kembali melakukan kerja harian.. Kami yang dah nak kena berambus nih, memang kerja kacau orang je lahh.. Makan makan waktu petang dalam jam 4 camtuh.. Hari tuh dirikuh jahat, pasang niat nak buat semua orang nangis..


Target utama adalah Kak Sabariah,
"akak, taknak nangis ke saya nak bla nih"
"buat apa nak nangis"
"takpe takpe, saya nak buat akak nangis hari nih. hehe"
"okeyy kita tunggu"


Hamboiii, siap cabar lagi tawww.. okeyy citer tuh bole sambung kemudian.. hee.. Sebelum nak sampai ke jam 4 tuh, memang memasing mengumpul hadiah daripada staf yang baik hati.. Hadiah mereka saja da berbeban beban..

* dijangka mug saja dapat dalam 5. haa kemainn. yang penting tabung tuh.. hehe.. asyik bagi ke orang je time pemasaran, bila pula nak dapatkan untuk diri sendiri kann *


Sesampainya jam 4, ada ucapan sikit sikit pastuh baru makan makan.. Dirikuh tak makan sangat, sebab ofer diri tanya staf tuh nak makan apa, nak minum apa.. haaa! baik kannn.. Ada yang perli perli tuh biasa, tak kurang juga ada yang kata buang tebiat.. cehh! Layanan terakhir taw sebelum meninggalkan mereka.. kehkehkeh~


Target tadi nak buat semua orang nangis kan? Konon konon cakaplah kat TPN, taknak nangis ke kitorang nak blaa nih.. Dia cakap dah nangis dah pagi sebelum datang kerja time jem memanjang.. hamboiii ntah fakta ke auta si TPN nih.. huahuahua~


Dalam sibuk bagi air kat staf itu, bagi kat staf nih, ternampaklah dua kakak saya sedang nangis.. Terus dirikuh pergi ke mereka, "kenapa korang nangis, janganlah nangis".. Makanya makin nangis lahh mereka.. Senyum terukir di bibirkuh.. okeyy jahat!


Jam 5 menandakan semua orang akan pulang.. Mulalah sesi bersalaman dan berpelukan sesama kami.. Umi iaitu staf dari unit pentadbiran menangis seusai saja dirikuh memeluknya.. Terus dirikuh meredakan kesedihan umi sambil yes yes dapat buat umi nangis.. Kakak kuh yang seorang lagi pon nangis berikutnya.. haihh syahdu betul.. Dirikuh masih bertahan untuk tidak menangis!


Dalam pada itu, seorang staf memberikan hadiah beg sandang belakang.. Bestnyee lahaiii, terus dirikuh cakap terima kasih.. Belum sempat nak cakap mintak maaf, halalkan segala makan minum bagai, bole plak dia kata takyah cakap panjang panjang, nanti jiwa kacau.. Ok touching lettew. huhu~


Okeyy masa untuk kak Sabariah tadi, elok je dirikuh salam dan memeluk dirinya, time time tuh jugak dia nangis.. okeyy memang muka kuh nih senang buat orang nangis ke macam mana? Dengan menangisnye kak Sabariah tadi, dirikuh terus melonjak kemenangan "yeahh yeahh kak Sabar nangis".. "Izzati nih jahat taw!" okeyy dapat gelaran jahat sedasss!


Malam tuh kami makan luar sebab kak zue nak belanja makan burger bakar kaw kaw kat Puchong.. Lepas makan, kami terus ke IOI Puchong untuk main bowling.. haihhh satu hari penuh dengan kenangan terindah.. 


* TPN suka menggila bila kami bagi kad nih.. hamboiii tengok lahh siapa design.. hee *



Rasanya suda berjela sangat nih.. Moga ketemu di entri berikutnyaa. ok bye~




nota kaki : selamat datang SL1M 2 :))


★★ saya rindu staf staf di sana :')
Related Posts with Thumbnails