.

★ Abaikan mata, utamakan cerita ★
.

Monday, June 25, 2012

happy birthday kehilangan _♥

Assalamualaikum~






Empat kali.. Mungkin sudah cukup bagi awak.. Cukup bagi awak bersama saya.. Mungkin awak mahukan cara yang lain, rasa yang lain, suasana yang lain, gaya yang lain, dan yang penting cinta yang lain.. Pergilah~


Selamat hari jadi yang ke-24.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Halalkan segala makan dan minum saya selama ini.. Maafkan segala salah silap sebelum ini.. Moga berjaya dalam hidup dan berbahagia hendaknya.. Sayangilah mereka yang masih ada, jangan sesekali abaikannya =) May Allah bless you~


nota kaki : suda bole buang sampah sampah yang saya pernah bagi sebelum ini..


★★ mesti tahun nih birthday paling bahagia bagi awak kan =)

Sunday, June 24, 2012

terkini _♥

Assalamualaikum~

Nak post gambar je tanpa apa apa cerita bole? Ini gambar terkini dirikuh, hari ini punye taw.. Dulu ada FB bole lah nak upload upload bagai.. Kononnya taknak bagi si dia melupakan rupa kuh yang dah lama tak ketemu.. Sekarang? Takde makna.. Dirikuh sedikit merajuk dengan dunia.. MUNGKIN.. huhu :'(


 *sangat sangat ketagih akan coolblog..kawan kawan di sekeliling jugaa *

 *macam tangga kan? hehe.. love you both much much more*

* pipi gemok, badan still keding..apa jadah ini semua *


nota kaki :  tadi karok.. best! nyanyi lagu cinta bersatu sampai dua kali! saya tujukan lagu alasanmu dan payphone untuk awak! =)



★★ perasaan bila bersama sahabat dunia akhirat nih memang lain macam rasanya :')  

Saturday, June 23, 2012

terjaga _♥

Assalamualaikum~

4 a.m.
Di saat melihat status bbm yg baru saja di-update.


"Portugal"


Di saat itu juga tangan gatal ingin menegur.


"Yeahh porto mng, oranje kalah.. Ok bye"

"Cehh.. Tgok gak?"

"Tak pon.. Tido.. Hehe"

"Terjaga?"

"A'ah.. Taw taw je"

"Sakit dada lagi?"

"Tak la.. Memang nak terjaga"

"Ok ok, g sambung tido k.. Nytee"

"Nytee"
Nota kaki : terharu tahu bila ada kawan yang mengambil berat akan kita~



★★ i'm unofficially one month being a single and you officially as a couple, maybe~

Sunday, June 17, 2012

bodoh _♥

Assalamualaikum~

"Perempuan yang bodoh adalah perempuan yang bodoh"


Ya! Itu lah kata kata yang selalu bermain di minda si gadis. Bukan tak pernah teman di sekeliling mengingatkan. Bukan tak pernah dia dimaki dan dicaci. Cuma si gadis percaya bodoh dia membuahkan hasil. Iaitu kebahagiaan. Kebahagiaan yang dia suda rasa dan berharap akan kekal selamanya. Teman sekalian tidak percaya?


Benarlah kata si gadis. Bodoh dia suda menampakkan kebahagiaan. Sekarang si gadis sangat sangat bahagia. Bahagia dengan air mata yang menjadi peneman setia, bahagia dengan senyuman palsu yang diukir setiap masa, bahagia dengan kebahagiaan orang lain atas kebodohannya. Terbukti bukan?


Sayang. Punca dia jadi bodoh. Kalau dah sayang memang automatik jadi bodoh ke macam mana? Persoalan yang si gadis sendiri tiada jawapan. Teorinya, setia, kasih dan cinta suda cukup untuk membuatkan bahagia. Praktikalnya, mendua lagi tercipta bahagia. Teori ditolak setepi-tepinya, praktikal yang patot digunapakai semena-menanya..


Babi pon tahu setia. Si gadis lah tuh babinya. Patot disamak sama sekali. Bagi suci kembali. Mungkin kerana setia, cinta takkan pernah akan bahagia. Tapi kerana mendua cinta kan berakhir bahagia. Tiba-tiba bait bait lagu "setia itu menyakitkan" oleh angkasa terngiang-ngiang di telinga. Ahhh suda!


Bangkitlah wahai si gadis. Bodoh kamu tidak berbaloi. Sebab bodoh, kamu ditinggalkan. Si jejaka pula sedang diulit gembira sahaya bersama si perempuan. Bak kata seorang pujangga cinta "Menjadi bodoh demi cinta tak salah. Cuma yang salah, kau menjadi terlampau bodoh dan bangang". Paham?


Semoga kau bangkit dari kebodohan kau wahai si gadis yang bodoh!!!


nota kaki : awak tak rasa bersalah ke dengan apa yang awak suda buat pada saya? hee.. Pada yang lain tak tahu cerita sebenar, jangan judge dulu.. Saya pegang cerita sebenarnya :) semoga bahagia kehilangan~


★ Aku harap kau bahagia sebab apa yang kau rampas tidak akan kekal. Ya, sebab kau ambil secara paksa :)

terima kasih _♥

Assalamualaikum~

"terima kasih sebab selalu dengar aku merepek meraban tak tentu hala selama nih"

"eh, patut aku yang terima kasih kat kau"

"haa? kenapa kau pula nak terima kasih kat aku?"

"mungkin kau tak perasan, tapi kau memang banyak tolong aku"

"tolong apa?"

"sebab kau, hubungan aku dengan awek aku suda bertambah baik. terima kasih sangat sangat"

"ok aku tak paham. awek kau taw sal aku?"

"taw! aku cakap kau kawan gila aku, kenal masa di operasi haji dulu"

"awek kau tak marah, tak cemburu?"

"mula-mula memang ada, lama-lama dia sendiri taw yang kita hanya sekadar kawan"

"betul awek kau tak marah? maaf"

"eh tak payah mintak maaf, malah patut terima kasih lagi kat kau. Sebab kau, dia semakin selalu ada masa untuk aku. Kau tahukan sebelum nih aku selalu seorang diri? Tapi sekarang dah berubah, setiap pagi akan ada wish morning untuk aku, setiap dia balik kerja akan ada ajakan temu untuk aku, setiap malam akan ada ucapan nyte untuk aku. Rasa bahagia. sungguh!"

"wow! suka suka.. Moga korang berkekalan hendaknya"

"kau taw tak, dia siap ajak aku kahwin lagi. hehe"

"cepat cepat lahh masuk meminang! tak sabar nak tengok korang kahwin. ok aku lak teruja lebih nih. Haha!"

"tengah kumpul duit lah nih"

"jangan lupa jemput aku okey!"

"mestilahh.. jangan lupa hadiah.. tak payah susah susah, evo 10 pon suda cukup"

"ok tiba-tiba aku tak kenal kau. bye"



nota kaki : saya mempunyai kawan kawan yang hebat di dunia. Yang perempuan mahupun lelaki. Moga korang berbahagia di samping orang yang kamu sayangi. Saya gembira bila tengok kawan kawan saya gembira. Jaga diri untuk saya okeyy :) Jangan bimbang akan saya. Tunggu saya betul betul okey, akan ada entri untuk kamu semua yang saya sayangi.. hehe~

nota kaki : suda saya katakan dulu, kalau dia kawan saya, sampai bila bila dia kawan saya. Bukan kawan kemudian menjadi teman istimewa. Sebab saya taw batas kawan macam mana. Mereka hormat hidup saya, maka saya hormat hidup mereka :)


SELINGAN ;
jom layan dua video klip ini.. syiokk ahh! :)))


iamNEETA - Tuhan Tolong Aku


Sleeq & Najwa Latif - Untuk Dia (suka VC dia act.. naisss!)



★★  ketagih akan mango blended double pearl coolblog sekarang ini..weee~

Monday, June 4, 2012

perangsang adrenalin _♥

Assalamualaikum~

Dua post sekali gus.. Apa ada hal !


Saja nak berkongsi dengan kawan kawan semua tentang satu blog yang dirikuh suka sangat stalk dengan hebatnya.. Blog yang menggambarkan dirikuh.. Ada yang kata dirikuh penulisnya.. ohh tidak sama sekali.. Cerita kami mungkin sama tapi kenangannya jauh berbeza..




Korang bole klik ini punye blog.


Beberapa post yang menusuk jiwa dan raga kuh!











Okeyy macam nak letak semua post je.. Baik korang semua pegi blog tuh terus baca satu satu kan.. Selamat menghayati.. Selamat menghayati naluri hati saya yang tak mampu berbicara =)


nota kaki : saya link ke post awak eh cik zara.. sangat adore dengan kesemua entri awak.. tangisan saja merespon segala =)

★★  selamat berbahagia walau saya yang berduka =)

hujung minggu _♥

Assalamualaikum~

Abaikan yang sedih sedih.. Dirikuh maw cerita yang mungkin buat dirikuh leka.. Walau seketika, harapnya berpanjangan hendaknya~


Hujung minggu lepas, dirikuh dan family pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kahwin sepupu.. Hamboi kemain skema ayat, al maklom da lama tak bercerita.. Ahakss! Cuti 4 hari kawan kawan.. Semuanya gara gara ingin membawa hati yang lara.. Eceh!


Suka dengan sorang anak buah nih yang tak pernah taw pon kewujudannya selama ini.. Perghh ramai sangat ahli keluarganya sampai da tak taw ini anak sapa yang itu anak sapa.. Dia je peneman ketika bosan.. Mana taknye, sepupu yang lain mana ntah tak muncul tiba.. Nasib baik si comel ini ada.. Bole cubit tarik tarik pipi dia yang menggeramkan itu..


"eee macam anak cina anak kau nih. Ke salah anak? haha"  mak kuh bersuara.

"eleh anak dia pon masa kecik kecik macam anak cina" balas sepupu kuh sambil jeling jeling manja padakuh =p

 * muka macam cina, pertuturannya macam jepun.. sepatah haram tak paham *

Sayunya, time nak balik, si comel nih buat muka sangat seposen di depan pintu.. Ya Allah rasa macam nak culik bawa balik je.. Pikirkan dia ada mak bapak, terus hentikan niat ntah hape hape tuh.. huhu~


Kalau dah ramai ramai berkumpul tuh, semua nak sibuk tanya yang tuh bila lagi, yang nih bila lagi.. Bila lagi nak mendirikan masjid okey kawan kawan.. Dirikuh tak terlepas juga yang pastinya sangat sangat dinanti-nantikan oleh mereka semua.. wow bajet! Bila dijawab tiada calon, mereka mula membuat spekulasi yang dirikuh begitu memilih.. "Saya tak memilih, cuma tak dipilih" bicara dalam hati~


* saya tunggu kamu kawen dulu okeyy, sepupu yang di sayang-sayang =p *


Hujung minggu baru baru nih pula dirikuh ke Melaka yang banyak sejarahnya, sesi menguji hati masih kuat atau tidak.. Cewah! Ini kali ke-empat dirikuh bertandang sendirian ke sana dari KL.. Dua kali kerana si dia, dan dua kali ini kerana sahabat sayang saya, Lyana Hisham  =)


Kami gerak pon suda petang, makanya hampir kesemua hotel full house dengan hebatnya.. Lupa pula dakdak Uitm baru nak masuk, dengan cuti sekolahnya, dengan hujung minggunya.. Aduhai.. Hampir 4 jam jugak lah cari, akhirnya redha dengan hotel yang gah dari luar tapi hampeh dalamnya.. Lesson learn : book before arriving!


Memang satu hari tak buat apa apa lahh.. Sekadar bersantai di bilik, kesian kat driver kuh itu.. Esoknya barulah pergi tengok wayang.. Sayang kuh ini da lama tak tengok wayang.. Kami memilih untuk tonton Snow White and The Huntsman.. Overall okey laa sebab ada Kristen Stewart.. Si Huntsman tuh macho gak.. Si William comel.. heee~

Dirikuh suda ada selera makan dengan banyaknya.. Alhamdulillah.. Tak maw dengar keding, kurus bagai lagi okeyy kawan kawan.. Penat makan hati, sekarang maw makan nasik pula! huehuehue~

* di wayang.. sempat lagi *

Memandangkan tiket bas pulang ke KL lambat sangat, sayang kuh ini bawalah dirikuh cuba coconut shake klebang yang ramai sangat beraturnya tuh.. Tenkiu sayangkuhh.. Suka dan sedap! Belum naik bas lagi dah habes.. heee~

* sodappp! *

Kepada Lyana Hisham, thanks a lot layan saya yang macam-macam nih.. Layan cerita saya yang bukan-bukan.. Bawa saya ke mana-mana.. Saya tak sabar menunggu hari bahagia awak! Kepada encik kesayangan awak, Muzzakir sila jaga yana saya dengan baik.. Izinkan dia kalau nak keluar dengan saya lagi.. huahuahua~


Hujung minggu ini, insyAllah akan busy di Kelana Jaya pula.. Alhamdulillah Allah nak tolong saya melekakan diri tanpa melupakan-Nya.. Maaf kawan kawan, dirikuh quite busy dengan macam-macam hal.. Minggu lagi satu dan berikutnya kita hangout bersama taw! =)


nota kaki : " Deceive ourselves is the hardest n stupidest thing that someone will do n obviously you keep doing that.. You stil haven't reach that level yet.. Take your time to recover and please take away those fake smiles.. Cry when u sad, smile when u happy n laugh when u r back!!! " - noor sheera.

 
★★  tak bole dengar lagu "cinta bersatu" sekarang ini. toching lbey sangat taw!
Related Posts with Thumbnails