.

★ Abaikan mata, utamakan cerita ★
.

Tuesday, May 29, 2012

salah _♥

Assalamualaikum~

Maaf,
Salah aku tidak memenuhi kepuasan hatimu,
Salah aku tidak memahami keperluanmu,
Salah aku tidak meluangkan masa lebih untukmu,
Salah aku tidak memberi perhatian seperti yang kau mahu,
Salah aku sering memintamu mencariku dahulu,
Salah aku sering tidak berdampingan denganmu,
Salah aku sering menyalahkanmu,
Salah aku sering menidakkanmu,
Salah aku kita tidak seperti dahulu, seperti saat manis indah dahulu.


Semuanya salah aku hinggakan kita tergantung seperti ini.
Tapi,
Salahkah aku sangat mencintaimu?


nota kaki : 
  • Whateva it is you are the best thing I ever had.
  • Trying to live my life without you.
  • Ya Allah, please take care himself for me. Bless whateva he's doing.

★★  saya tak kuat seperti yang di sangka~

Saturday, May 26, 2012

karma _♥

Assalamualaikum~

"Awak, saya takut karma akan menghantui saya"


"Maksud awak?"


"Saya takut apa yang saya telah lakukan pada awak, akan jadi pada saya suatu hari nanti"


"Awak jangan risau, saya takkan buat macam tu pada awak. Percayalah"


"Terima kasih awak, saya mintak maaf atas segalanya yang berlaku sebelum ini"


"Awak takde buat salah apa-apa, yang penting jangan buat lagi taw!"


"Janji. Sayang awak sangat-sangat"


"Sayang awak juga"



nota kaki : percayalah karma tidak pernah wujud. Cuma Allah janji, yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat =)



★★  * Harap nanti saya dah umur 24 tahun, saya tak buat perangai yg bukan2. yang pergi biar la berlalu #move on :) * terima kasih lah, saya lah yang meroyannye ye?

Sunday, May 20, 2012

peluang _♥

Assalamualaikum~

* klik PLAY untuk kesan dramatis. kononnn~ *


"Awak sayang dia atau saya?"

"Saya sayang dua dua"

"Mana bole awak sayang sampai dua dua sekali! Awak pilih salah satu"

"Saya tak bole tinggalkan dia"

"Maknanye awak pilih dia? Ok saya terima"


Saat itu berakhirlah hubungan si gadis dan si jejaka yang sudah jalinkan hubungan hampir setahun lamanya. Walau istilah 'dating' tidak pernah ada dalam diari mereka, kasih si gadis sangat sangat tinggi nilainya. Hanya kerana seorang wanita lain, hanya kerana jarak jauh mungkin, luluh seribu hatinya. Hati yang tak pernah disentuh oleh mana mana lelaki sebelum ini.


Hampir berbulan mereka tidak menghubungi. Ok itu tipu. Selalu juga mereka hubungi. Berhubung dalam diam harap si wanita itu tidak ketahui. Si jejaka bilang dia tidak sayang lagi pada wanita itu seperti mana dia ungkapkan dulu. Katanya, wanita itu tidak seperti si gadis yang sangat memahaminya. Baginya si gadis anugerah terindah buatnya. Si jejaka akui telah melakukan kesilapan terbesar menduakan si gadis. Kini dia telah sedar. Dia ingin membahagiakan kembali si gadis.


"Awak sanggup bagi saya peluang kedua?"

"Si wanita itu bagaimana? Kesian dia"

"Nanti saya cakap baik baik dengan dia"

"Awak nak cakap ape?"

"Saya nak putuskan dia dan saya akan cakap saya sayangkan awak sangat sangat"

"Awak rasa dia akan terima ke?"

"Saya akan cuba. Saya nak sayangkan awak seorang je"

"Saya sayangkan awak juga"



Beberapa ketika, mereka sudah kembali ke rencana mereka sebelum ini. Bergembira sebagai kekasih yang di idam. Saling menyayangi tanpa sebarang keraguan.

"Awak masih dengan si jejaka?"

"Ya, kami saling menyayangi"

"Ok semoga awak berbahagia. Jangan risau, pasni saya takde apa apa kaitan lagi dengan hubungan kamu berdua ok. Cuma saya nak beritahu yang saya belum pernah maafkan dia lagi sampai sekarang dan sampai mati"

"Awak maafkan la dia. Saya tahu dia salah"

"Awak tak perlu nak menyebelahi dia ok. Saya tahu awak sayang dia, tapi tak perlu nak mintak maaf bagi pihak dia. Kalau dia sedar dia ada banyak buat salah pada saya, biar dia sendiri mohon maaf kat saya. Bukannya awak"

"Maafkanlah dia"


Walau si gadis diburui oleh si wanita itu, dia masih dengan pendiriannya terhadap si jejaka. Dia mahu pertahankan hubungan itu, hubungan pertama yang diharap terakhir buatnya. Bagi gadis, peluang perlu di beri. Tiada yang sempurna dalam dunia ini, dengan adanya si jejaka telah buatkan dia sangat sempurna. Sempurna impiannya.


Si gadis berharap si jejaka menjaganya sebaik mungkin. Menjaga hubungan hingga mereka berjodoh. Moga impian mereka tercapai dalam membina mahligai cinta yang indah.


nota kaki : you know that in the end I'll choose you. Coz true love finds you in the end - Aida Sue.

★★  kebenaran~

dear _♥

Assalamualaikum~

Dear you,

I'm so in love with you.
I miss you so much.
I just wanna see you right now.
Love,
 me.


nota kaki : I always wish that we end up together bb :)

★★  ok kesayangan saya mana? Hmm

Sunday, May 6, 2012

KITA _♥

Assalamualaikum~


Kita sebenarnya dekat,
tapi awak yang menjauh,
kita sebenarnya di uji,
tapi awak yang rapuh,
kita sebenarnya meniti kasih sayang,
tapi awak yang tidak bisa melihat.

 
Kita di ajar melihat dengan mata hati,
bukan melihat dengan mata kasar,
maka ini semua perjuangan kehidupan
yang perlu dimengertikan,
bukan untuk mencari salah siapa,
tapi untuk diperbaiki setiap perhubungan.


nota kaki : kadang-kadang aku hairan kenapa air mata sentiasa ada tanpa habes~

★★  suratan atau kebetulan~

Tuesday, May 1, 2012

April's end _♥

Assalamualaikum~

It's already 1st May.. Gonna miss April badly :'(

Sudah tentunya 10 April suda lama berlalu.. Bagi kawan-kawan yang taw tarikh itu tarikh apa, terima kasih daun keladi.. Bagi yang tak taw, tarikh tuh tarikh mak kuh melahirkan dirikuh di dunia fana ini :)


So 24 is nothing but that day is everything.. Alamak suda 24 tahun, tapi perangai masih tak ubah macam kanak-kanak kecil yang asyik dalam dunia permainannya sendiri.. Haaa, nak citer nih, suatu hari tuh dirikuh bersama Syikin n Sheera pegilahh nak tgok movie cabin in the wood.. Citer tuh hanya untuk 18 tahun ke atas.. Boleh pulak orang yang amek tiket tuh suruh dirikuh tunjuk IC, katanya muka tak cukup umur.. Ape hal? Muka da cukup matang nih taw.. huehuehue~


Okey suda menyimpang.. Nak citer sal celebration birthday dirikuh sebenarnya.. Okey untuk si penyebok sorang tuh jugak, Mahzan a.k.a boyfie si Sheera.. Walaupon suda lambat tapi apa ada hal ! Impiannya, ingin sambut birthday ala-ala berpicnic di taman.. Kalau korang pernah baca entri sebelum-sebelum nih, memang itulah harapankuh nak celebrate birthday sahabat tercinta tapi tak kesampaian.. At last, menjadi jugaa walaupon bukan untuk dia tapi dirikuh :)

* sumber : sheera sheshe =)) *


 Di kesempatan ini, terima kasih kepada
  • Syima, Hani, Hanis, Shida n Azza sebab dalam busy kita berkursus pon, korang still berusaha nak beli kek~
  • Syikin yang belanja makan n bagi hadiah dengan banyaknyaa.. Dapat novel lagi.. yeahhh! 
  • Sheera n Mahzan yang make my day.. Serius sayang korang sangat-sangat! Thanks 4 everything~
  • mereka-mereka yang wish.. Thanks a lot~

nota kaki : hadiah tak penting, kasih sayang korang lagi penting..serius terharuuu =')
★★  im too paranoid.. so what!
Related Posts with Thumbnails