.

★ Abaikan mata, utamakan cerita ★
.

Monday, August 29, 2011

salam lebaran _♥

Assalamualaikum~




**********
SALAM LEBARAN KEPADA RAKAN DAN TAULAN..
- mohon ampun dan maaf zahir dan batin -
**********




★★ memang kau tak ingat aku dah kan!

Sunday, August 21, 2011

I trusted you, you lied _♥

Assalamualaikum~


How can you treat me like such a fool
How can you tell me you care
How can you tell me you love me
How can you tell me you'll always be there
You told me I was your love
You told me I was your best friend
I trusted you
I believed it when you said you cried
because of what i did
I believed it when you said you cut yourself
because i cut myself
Know I know its all lies
I saw your arm, there's no mark
I know you lied, you didn't cry
You really don't love me
You really don't care
I'm not really your love
I'm not even your best friend
Yet, I trust you


nota kaki : thanks si bulan.. aku suka mende alah nih! sory aku pinjam =)


★★ kau takot aku tahu kah? kahkahkah!

Saturday, August 20, 2011

malam _♥

Assalamualaikum~


Semalam ada satu tazkirah yang boleh dirikuh kongsikan dengan semua.. Menurut pendapat imam Syafie, malam Lailatul Qadar boleh didapati pada sepuluh malam terakhir Ramadhan terutamanya pada malam ganjil.


Menurut pendapat imam Ghazali pula, malam Lailatul Qadar boleh didapati dengan cara kiraan berikut,

1. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, maka malam Lailatul Qadar jatuh pada malam 29 Ramadhan.

2. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Isnin, maka malam Lailatul Qadar jatuh pada malam 21 Ramadhan.

3. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat, maka malam Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan.

4. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Khamis, maka malam Lailatul Qadar jatuh pada malam 25 Ramadhan.

5. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Sabtu, maka malam Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadhan.


Dan menurut tazkirah tersebut, imam Ghazali tidak pernah terlepas malam Lailatul Qadar.. Maka sama-samalah kita beribadat memohon keampunan daripada Maha Pencipta.. Inilah malam sebaik-baik malam =')



nota kaki :
rasa maw nangis dengar lagu insyAllah - Maher Zain nih.. aku banyak dosanya ='(


★★ dugaan bulan Ramadhan datang lagi ='(

Wednesday, August 17, 2011

wordless wednesday *3 _♥

Assalamualaikum~




★★ lelaki tak pernah puas~~

Saturday, August 13, 2011

konpius _♥

Assalamualaikum~



"masuk dalam lagi! "


kami pon cuba memenuhi ruang yang ada di dalam bas itu meskipon dah macam tin sardin, paling tidak pon dah macam monyet melekat memasing.. haihh~


hampir setengah jam berdiri sambil berbolak-balik badan ditanggungnya tanda bas tuh suka berhenti mengejut-ngejut menurunkan penumpangnya..


dalam sibuk menstabilkan diri memegang palang yang ada dalam bas tuh, matakuh melilau-lilau memandang sekeliling.. ada si ibu yang sibuk memarahi anaknya dalam lingkungan masih bersekolah rendah daripada tidur, takut jatuh katanyaa.. tiada siapa pon prihatin memberi tempat duduk kepada anak kecil tersebut.. kesian~


ada pula yang sedang diulit mimpi-mimpi indah tanpa menghiraukan kami yang sesardin ini.. ada pula yang sibuk berbual, cakap dengan kuat bagi satu bas dengar tanda elak fitnah.. patotlahh~


dalam pada itu, dirikuh pening memikirkan mahu ke bazar atau tidak.. teringin rasanya memberi sesuatu dalam melengkapkan juadah berbuka puasa untuk keluarga nanti.. mengidam air kelapa pon satu hal.. tapi sempatkah? itu yang asyik bermain dalam pikiran.. jam dah menunjukkan pukul 6.45 tapi masih di chow kit.. apa hal!


mungkin suara di lubuk hati ini didengari oleh pemandu bas maka makin melaju bas tersebut.. tepat jam 7 sudah sampai di perkarangan rumah.. nak taknak pergilah jua ke bazar.. misi utama air kelapa.. perghh, kemain susah nak cari.. mujurlah ada, itupon satu gerai je.. harga tak macam mencanak naik pulak kan.. huhu~


sudah alang-alang menyeluk perkasam , biar semua juadah dirembat.. nafsu puasa katakan (puasa ke? =p).. nampak sarmosa, beli.. nampak cendawan goreng dengan arca buah walau tak makan nasi time berbuka, pon beli.. nampak sate, pon beli.. penuh dua-dua tangan tak mengapa, asal beli.. erkk!


agak-agak dah puas membeli, diriku berangkat pulang.. dalam perjalan pulang dengan terkedek-kedeknya, kelihatan seorang budak lelaki sedang menjinjing sebungkus plastik berisi ais.. mak dia suruh beli lahh tuh..


"bagos budak nih" persis dalam hati..


dalam dirikuh kembali khusyuk berjalan untuk mengejar masa berbuka, boleh pulak si budak lelaki tuh melaung dari belakang..


"nak akak"

"akak nak akak"

"nak akak nak akak"

"akak nak lah akak"


Okey fine.. budak nih nak akak atau nak makanan yang akak pegang.. konpius +_+ (dalam hati, cilaka punye budak.. sengal~)



nota kaki : hari-hari bawa bubur lambuk, apa ada hal!


★★ untunglah masing-masing suda tercapai impian =)

Thursday, August 4, 2011

salam _♥

Assalamualaikum~


Selamat berpuasa dan berbuka puasa kawan-kawan..
Maw berkongsi ilmu dengan korang semua.. Moga kita semua dapat menambahkan pengetahuan di dada terutamanya ilmu-ilmu Allah =)


Okeyy.. Ada satu soalan untuk kawan-kawan..


Salam adalah antara rukun dalam solat.. Adakah sah solat sekiranya,

A - salam pertama, assalamualaikum warahmatullah ;
salam kedua, assalamualaikum warahmatullah

B - salam pertama, assalamualaikum warahmatullah ;
salam kedua
, waalaikumsalam warahmatullah

C - salam pertama, waalaikumsalam warahmatullah ;
salam kedua
; assalamualaikum warahmatullah

D - salam pertama, waalaikumsalam warahmatullah ;
salam kedua
, waalaikumsalam warahmatullah

Nantikan jawapannya di entri akan datang..daa~


★★ mesti ada hikmah..bertabahlah~
Related Posts with Thumbnails