.

★ Abaikan mata, utamakan cerita ★
.

Sunday, July 31, 2011

happy Ramadhan _♥

Assalamualaikum~


Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.. Semoga kita semua dimuliakan oleh Allah dengan menambahkan ibadat-ibadat yang kita lakukan lebih daripada sebelumnya~


Ya Allah Ya Tuhankuh,
Permudahkanlah segala urusankuh dan berkatilah apa jua yang aku lakukan..
Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu makna kepadakuh dan seluruh umat-Mu Ya Allah~


*******************************************************************

SELINGAN ;


Segala cerita karut-karutan di sebalik gambar yang ada, sila terjah SINI SINI SINI!
(gila pemalas.. ada aku kesah, kan Akmal aka MABI =p)



Kemain banyak aku tepek muka kau kat sini kan! =p


Di kesempatan ini, happy belated birthday kepada Akmal bin Jaafar yang sudah pon berumur 23 tahun pada 27 Julai 2011 yang lalu.. Bertambahnya umur tersebut bermakna berkuranglah usia kita di di dunia.. Semoga sentiasa di murahkan rezeki dan berbahagia selalu.. Semoga tergapai apa jua cita-cita yang kau azamkan.. Belajar rajin-rajin dan carilah calon sebelum ber-konvo ya! INGAT janji kita.. huehuehue~


p/s : terharu takkk, aku combine-kan kau wahai Akmal dengan bulan Ramadhan.. berkat tuuuuu!


nota kaki : Terima kasih kawan-kawan.. Koranglah segalanya =)


★★ rezeki di bulan Ramadhan..alhamdulillah~

Tuesday, July 19, 2011

4hari lagi _♥

Assalamualaikum~


Salah tajuk nih! maap maap maap~

4 episod lagi nak abes dah citer City Hunter sebenarnya.. Citer nih masih ditayangkan kat Korea taw.. Korang pegilah tengok.. Sangat besh dan yang pasti ada Lee Min Ho.. yeahh!


Citer nih mengenai balas dendam terhadap 5 menteri korea yang menyebabkan kematian tentera yang berjuang untuk negara.. So, Lee Yoon Sung (Lee Min Ho) yang kematian ayahnya menjalankan misi untuk menjatuhkan 5 menteri tersebut.. Macam-macam plan yang dijalankan yang membuatkan kita kagum nak tengok.. Aksi gaduh-gaduh, lawan-lawan tuh kompem lah ada kan..


Segala muslihat atau tipu helah menteri dalam meng-songlap duit negara dapat dileraikan oleh Lee Yoon Sung nih.. Tapi Lee Yoon Sung tak tunjukkan identiti dia yang sebenar.. So, orang gelarkan dia City Hunter..


Then kalau takde heroin tak sah lah kan.. Kim Na Na (Park Min Young) bekerja sebagai bodyguard untuk anak president Korea.. Dia nih lama-lama taw lah siapa city hunter yang sebenar.. Dia sukakan Lee Yoon Sung.. Sangat sukakan watak Kim Na Na nih.. Muka dia pon cantik, cun, lawa, macam-macam lagi lah.. Adore sangat kat dia.. Tapi malangnya, dia wat plastic surgery, tuh yang comel sangat.. haihh~


Korang boleh lah tengok citer tuh kat epdrama.. Kat you tube kena block.. huhu~

Nih time Lee Yoon Sung kat Thailand.. Dia dibesarkan di situ dan menjalani latihan fizikal pon kat situ..

Time nih Lee Yoon Sung dan Kim Na Na nak keluar rumah.. Dorang bersekedudukan.. So, nak elak daripada orang lain nampak so terpaksa lah dorang keluar senyap-senyap..


Perempuan nih anak presiden Korea, Choi Da Hye.. Dia nih sangat gila-gilakan Lee Yoon Sung..

Suka watak pakcik pakai baju biru tuh.. Dia sangat kelakar..

Ini scene Lee Yoon Sung bermimpi..
Dia terpaksa tembak Kim Na Na..


Kalau korang takde mende nak wat dan tak taw nak tengok citer apa.. So bolehlah tengok citer nih okeyy.. Selamat menonton =)

Sangatlahhh kiut miut nyeee =)


SELINGAN ;
Untuk pengetahuan korang, citer nih adalah adaptasi daripada novel Jepun iaitu Tsukasa Hojo..


nota kaki :
  • mesti tak sempat nak tengok lagi 4 episod tuh +_+
  • act, 4 more days until the next 4 years~


★★ keputusan~

Monday, July 18, 2011

rasis _♥

Assalamualaikum~


Seusai meng-log in di suatu laman sosial~


123 friend requests
- aku pencinta wanita
- arjuna
- pria terhebat
- romeo aptb
- jejaka rakus
- dll

231 message
- hai selamat berkenalan, jangan sombong-sombong tau
- awak comel sangat nak pinjam mata boleh
- awak jom ym
- kalo sudi kontek lah no nih
- dll

321 comments
- thanks for the approved
- thanks for the add (siapa add siapa ntah)
- dll

333 photo comments
- i like this photo
- comelnye awak
- cun sangat
- suka
- dll

222 profile viewers

111 winks


Sebelum log out, change profile picture.. DONE!


Beberapa minggu kemudian, log in semula di suatu laman sosial~



0 friend request


1 message
- owh awak dah married ye?

2 comments
- friendship forever
- hii teman yg ku sayangi, beri hati ini kepada 15 org kwn., termasuk saye, jika anda mengambil berat dengan saya, anda mendapat 10 terima balas, anda akan menerima khabar berita yang baik....!!!! lihat berapa bnyak hati anda dpt! All d best.. (SPAM!)

3 photo comments
- dah berpunye rupanya
- macam kenal lah bf u
- melepas suda

2 profile viewers

1 wink



nota kaki :
  • bolehkah ini dinamakan rasis.. suka hati aku je nak rosakkan bahasa.. huhu~
  • gambar yang terpampang di atas sekadar contoh sehidung-hidung.. tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah menjadi mayat!


★★ lumrah manusia sukakan kecantikan..phuihh!

Wednesday, July 13, 2011

si budak ini _♥

Assalamualaikum~
;) winking ;) winking ;) winking

Hampir seminggu tidak update ini diari ingatan hari tua.. haihhh.. apa ada hal? Selalu sampai berbulan-bulan tak update, korang tak heran pon kan? huhu~


Ini maw cerita kisah seminggu yang lalu dan rasanya jarang sekali bercerita tentang si budak ini.. Nak ikutkan setiap kali dia off day keje mesti akan ambil peluang keluar hang out, teman dia shopping paling tidak pon dok melepak borak-borak sambil makan-makan tak hengat dunia.. dunia dunia~


Ini budak adalah sahabat dunia akhirat sejak zaman belajar di UKM lagi.. waaahhh, sangat rindu itu UKM lah.. Rindu nak wat tesis yang boleh bolak-balikkan kepala otakkuh nih.. demm!


Misi hang out kali nih adalah teman si budak ini shopping jeans, katanyeee.. Tup tup balik dengan 2 jeans, 4 tshirt, 1 kasut.. ape hal.. Saje maw bagi aku panas lah tuh tak dapat shopping.. phuihh =pp

Sebelum mengerah tenaga, marilah bermakan-makan memboncetkan perut dahulu.. Si budak ini beriye-iye nak makan pizza hut.. Mengidam mungkin.. Layankan aje lah kan.. hoho~




Setelah mengumpul tenaga sebanyak mungkin, misi shopping diteruskan.. Dirikuh sekadar tengok dan lihat sajalah.. Orang tak mampu memang kena sedar diri okeyy.. Tak berkemampuan satu hal, yang kena jadi tukang angkut plastik-plastik si budak tuh apa hal? huahuahua~


Sambil dia test segala macam mende dia nak cuba tuh, memang dirikuh ditugaskan jadi photographer dia.. Si budak ini siap demand suruh snap setiap gerak geri dia.. Suka candid katanya.. cehh! Dalam si budak ini cuba jeans-jeans yang ada, takkanlah dirikuh pon nak sumbat sekali dalam bilik tuh tengok dia test.. erkkk! So dirikuh yang memang pantang nampak cermin terus snap untuk kenangan.. hakhak!


Seusai mencari segala pakaian keperluannya maka dengan itu kami pon carilah port baik punyee nak tangkap gambar perasan model tanpa dihadiri oleh seorang makhluk tuhan pon.. Untuk pengetahuan korang memang kami punya minat yang sama iaitu gila lensa sejak dulu lagi.. Apa ada hal? Tak kacau orang pon kan =)

Si budak ini namanya muhammad zainal zakaria.. sekian~


Di kesempatan ini, dirikuh maw panjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi diatas nikmat persahabatan yang Dia berikan.. Mana taknye, dalam kesempitan yang kuh rasakan, pasti ada saja dorongan dan sokongan daripada mereka-mereka ini.. Terima kasih jenal bagi perfume, macam taw-taw jew aku dah takde perfume.. huahuahua~
Sangat very the suka taw!
hadiah birthday yang da berkurun lamanya +_+


Lepas nih dapat wedges dari Sheera pulak.. perghh! memang taw-taw jew aku dah takde kasut kan (dah macam aku amek kesempatan kat kawan-kawan aku pulak.. dorang yang baik hati taw.. syukur) Dan tak lupa juga kepada Syikin, kau dah banyak tolong aku.. Tak payah nak susahkan diri untuk aku okeyy =)


nota kaki : cukuplah ada mereka.. tak perlu yang lain~

;) winking ;) winking ;) winking
★★ untunglah ada muka cantek, aset mantop boleh tayang kat semua orang!
Related Posts with Thumbnails