.

★ Abaikan mata, utamakan cerita ★
.

Thursday, June 30, 2011

dia sudah kahwin _♥

aku belum.....

Assalamualaikum~


Tarikh : 25 & 26 Jun 2011
Tempat : Sentul

Ini peristiwa sepanjang dua hari berlangsungnya pernikahan dan persandingan kawan baik semasa di sekolah menengah dahulu.. Tahniah uza, semoga berkekalan hendaknya =)





Dengan satu lafaz saja, maka sah lah mereka bergelar suami isteri =)


Zaman sekarang serba canggih.. Duit hantaran mesti beribu.. Jenis hantaran pon mesti nak gadget-gadget yang paling up-to-date sekali lahh kalau boleh.. Incik fathi, saya nak semua-semua nih nanti, tak main suda makan-makanan.. hakhak!



Ini kesempatan yang tak akan dilepaskan.. Pengantin sangat gojesss maka perlu dipotretkan dalam gambar atas tujuan menumpang kecantikan yang dia ada, yang aku tak ada.. Keberkatan itu juga penting semoga ada khabar berita nanti, sampailah suda kad kahwin buatan sendiri.. Time tuh jangan wat-wat busy pulak.. tetibe~



Ini antara yang hadir bagi memeriahkan majlis akad nikah.. Bukan setakat memeriahkan malah menghabiskan makanan yang ada tanpa henti sambil tambah berulang-ulang kali.. Itulah tujuan sebenar kami datang ke majlis tersebut.. choyyy~







Ini adalah antara mereka yang hadir di hari persandingan yang berlangsung pada keesokan harinya pula.. Tujuan sebenar bukanlah makan semata-mata, tetapi sebagai satu medan perjumpaan rakan-rakan yang sudah lama tidak ketemu.. Reunion katanya.. Pasti kamu semua suda lali melihat muka-muka tersebut bukan.. Anggap je kami sudah lama tidak ketemu dengan alasan memenuhi undangan reunion - kalis! =)

Pengantin cantik sudah potong kek, perut masing-masing sudah pon kenyang, mulut senget-senget bergosip, memori kamera sudah penuh dengan beratus-ratus input maka marilah kita pulang..

COP! TIDAK SAMPAI DI SITU..

Dengan rasa rindu yang teramat bagaikan sudah berkurun tidak berjumpa (sangat~), maka kami plessing pula ke McD.. Dengan ada yang tak bawa IC nye, dengan tidak membawa sesen duitnya, itu tidak sesekali menjadi halangan, borak tetap borak sampai rabak mulut itu tidak mengapa.. hehehehe~



p/s : bulu kaki? memang rare!


Sampai di sini saja entri ini dipersembahkan.. Sekiranya sudah mulai ada tanda-tanda loya maw muntah melihat gambar-gambar yang ada, di kesempatan ini ku hulurkan mangkuk untuk tadahan.. OK bye!


nota kaki : next time, yang robot-robot tuh =)


★★ am i being too paranoid?

Tuesday, June 28, 2011

so annoying _♥

Assalamualaikum~


Ini cerita benar tapi anggap lah takde kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah menjadi mayat.. boleh? =)



Pernahkah korang menghadapi situasi-situasi di mana korang rasa macam nak maki-maki jew manusia-manusia bergelar lelaki.. okeyy! Aku fokuskan lelaki sebab aku nih perempuan.. Perempuan yang pernah jumpa dengan spesies-spesies lelaki yang sebegini.. Spesies lelaki yang bagaimana? Lelaki-lelaki yang sangat menjengkelkan atau omputihnya so annoying.. Bahasa nak macam sedara.. ampunn~


Jikalau perempuan yang annoying memang normal lah kan sebab mereka kan ditakdirkan dengan sifat komplikated dan sukar difahami.. Ini statement memang membawa dirikuh ke lembah yang bahaya (memang seronok lah lelaki-lelaki nih sebab dulu kemain aku pertikaikan statement nih.. ahaks!)


Kalau lelaki pula bagaimana? Mari kita sama-sama bayangkan~
(semua contoh adalah perbualan melalui telefon sahaja samada mesej mahupun telefon)


Contoh 1

Lelaki : u selalu tak terserempak dengan sarah..
Perempuan : jaranglah, lagipon kitorg lain kos.. kenapa ye?
Lelaki : i suka kat dia dulu sampai sekarang, tapi dia juz anggap i kawan baik dia.. and now dia dah ada bf dah..

di kala yang lain..

Lelaki : u memang rapat dengan mira yea..
Perempuan : yup.. kenapa?
Lelaki : takdelah saja tanya.. dia duduk kat bangi, kat mana ye? dia selalu ke jumpa bf dia..


Nampak normal bukan.. yes! sangat normal.. Tapi apabila ia sering ditanya dari hari ke hari kemudian minggu ke minggu.. Macam mana tuh? Anggap je lelaki dan perempuan nih ada hubungan yang boleh kita anggapkan sebagai rapat.. Belum bergelar pasangan tapi ke arah itu.. So annoying kowt bila kau nak kapel dengan perempuan tuh tapi kau asyik tanya soklan yang macam tuh ulang-ulang kali..


Mungkin ramai yang menganggap itu adalah taktik untuk menguji tahap kejelesan.. For me, kalau sekali dua okey, boleh diterima, tapi kalau banyak-banyak kali tuh boleh tak aku cakap so annoying.. huhu~
Contoh 2

Seketika selepas buat pertama kalinya bergayut maka sambung sembang tak henti-henti melalui mesej pula..

Lelaki : suka suara u..
Perempuan : haha.. biasa je kowt..
Lelaki : serius suka gila dengar suara u..
Perempuan : kenapa suka?
Lelaki : sebab sedap lah .. suara u sama dengan ex i dulu..


Samakan suara dengan ex.. hmmmm... Boleh diterima lagi kan.. Kalaulah sebab suara tuh lah si lelaki ajak si perempuan kapel.. Macam mana pula ye? huhu~

Contoh 3

Lelaki : sekarang nih ramai umur yang macam kita dah kahwin kan.. awak bila lagi?
Perempuan : lama lagi lah kowt.. banyak mende nak pikir, nak kumpul duit banyak-banyak dulu bagi mak ayah..
Lelaki : perempuan senang, tak payah pikir sangat.. lelaki yang pening nak pikir duit semua..
Perempuan : perempuan senang lah sangat..
Lelaki : yela.. tinggal tunggu lelaki datang meminang je..

di kala yang lain..

Lelaki : bila awak dengan bf awak nak kahwin..
Perempuan : motif sal kahwin?
Lelaki : yela.. awak dah ada bf, kahwin je lah watpe nak tunggu lagi.. awak pon dah abes belajar kan.. lain lah saya gf pon takde lagi..
Perempuan : a'ah.. macam bf saya tuh dah abes belajar..


Ini betul-betul menjengkelkan.. Setiap kali mesej, tanya bila nak kahwin dan kahwin dan kahwin.. haihhh~


Mungkin pendapat korang berlainan bukan? Ini sekadar berkongsi tiada bermaksud untuk menyakiti atau menuduh sesiapa.. Akhir kata, memang macam-macam ragam manusia.. Yang penting tiada yang terlahir di muka bumi ini sempurna.. peace yo! =)


nota kaki : kalau kita menolak cinta mereka and then lepas tuh terus mereka taknak kawan dah then tup-tup lepas beberapa ketika suda kapel dengan orang lain pulak, bolehkah itu dikira sebagai annoying jugak?


★★ jahatnya aku! +_+

Saturday, June 25, 2011

have a blast _♥

Assalamualaikum~



Hari nih 25 Jun 2011..
Selamat ulangtahun ke 23 wahai Muhammad Fathi Zakwan b Ahmad Sayuty.. Sudah tua maka sudah boleh lah bawa-bawa muhasabah diri okeyy.. ahaks!

Sebagai hadiah, terimalah pemberian tak seberapa daripadakuh ini.. Ini jew yang termampu.. huehuehue~


p/s : i love u


I don’t have much money to buy you stuff..
So this feeling I’ll confess as treasures..
That money can’t buy..
Video full of love, care and dedication..
Well, the fact that you were born..
And in this reality that we’ve met..
And being beside me through good and bad times..
I’ve to say thank you! Thank you....
And once more time, Happy birthday!
It’s another special magical day for you this year!
Lots of love all the time....

*****************************************************

Tahun nih memang malang atau kata lain nye suweii (abaikan ejaan asalkan korang taw maksudnyee).. Sebab apa malang, sebab segala plan mesti tak menjadi.. Dulu nak plan birthday Sheera, siap nak tipu dia bagai, kata yang kekasih hati dia accident lah, then konon-konon bawa dia pergi hospital tapi sebenarnya bawa dia pergi taman kat putrajaya tuh, then tiba-tiba kekasih hati dia nyanyi lagu jiwang-jiwang karat sambil petik gitar dan dengan harapan Sheera menangis guling-guling kat taman tuh tanda terharu.. Hampeh! macam mana boleh tak jadi? Sebab Sheera dah taw plan kitorang ape.. Macam mana boleh terkantoi? Semua gara-gara si kekasih hatinya.. Malas nak citer dah.. Kecewa.. hahaha~


Bagi mereka yang tak ada idea nak wat surprise macam mana, maka dengan izinkuh gunalah idea tuh.. Cehh! bajet macam hebat sangat pulak idea tuh kan =pp


Untuk si fathi nih pulak.. Plan asal rasa memang nak datang jew JB tuh plan dengan kawan-kawan dia.. Tapi disebabkan faktor kemalu-maluan yang meninggi, maka hentikan saja niat itu.. Maka tercetuslah plan lain, gara-gara terpandang status seorang kawan karibnya yang bernama azriq yang mana akan melanjutkan pelajaran di UPM.. Sekadar berdaftar di Serdang tetapi belajarnya di JB, so dengan kesempatan ini, aku plan pas jew hadiah kat si azriq nih.. Senang dan tak payah pikir-pikir sangat bukan?


Di kesempatan ini, nak ucapkan jutaan terima kasih lah kepada Amin yang sudi menghantar ke UPM sinun.. Walaupon mulut dia macam cibai, tapi aku sayang kau lahh (perghh! ini ayat bodek).. Sebelum jumpa si azriq, alang-alang dah sampai UPM tuh, maka aku dan 4 orang yang lain pon gatal-gatal nak cari pokok yang femes tuh! Hampa lah jugak bila ada orang sebok-sebok nak tangkap gambar kat pokok tuh jugak.. Dengan rasa bertimbang rasa, maka kami pon snap-snap gambar kat kandang lembu jew lah.. Perghh! ayat nak berserah.. ngeee~

* erkkk! abaikan yang last pic tuh..tbe2! *


Okeyy! Kenapa suweiii? Sebabnya bagi hadiah kat azriq tuh pada hari Sabtu lepas, tapi dia sudah pas hadiah tuh kat incik fathi hari Isninnya sedangkan birthday dia adalah hari ini.. Ditambah lagi si azriq sudah terlepas cakap hadiah apa ada dalam tuh, gara-gara sama dengan barang yang dia ada.. phuihh phuihh phuihhh! haha~


Apa-apa pon thanks lah wahai azriq.. Banyak berjasa taw.. Pergi menyumpit elok-elok okeyy kat Taman Negara tuh (azriq ada kursus so dia terpaksa bagi hadiah tuh awal.. tapi kenapa awal sangattttt! =pp)

*hadiah untuk kau azriq! kawan-kawan aku pon tak dapat taw!*


Apa-apa pon im happy today.. Happy for his birthday.. ngeee~
Okeyy! maw bersiap-siap ke majlis pernikahan kawankuh uza sayang.. Bilakah agaknya gilirankuh pulak.. kita nantikan.. cehhh! =)



★★ hope our relationship will last forever and ever~

Wednesday, June 22, 2011

wordless wednesday _♥

Assalamualaikum~



★★ iloveyouforeverb~
Related Posts with Thumbnails