.

★ Abaikan mata, utamakan cerita ★
.

Saturday, May 28, 2011

perlukah kita berkongsi password dengan bf/gf _♥

Assalamualaikum~




Ini isu semasa.. Tapi takde lah sehebat kisah simbah asid yang dengar-dengarnya sudah sampai ke JB pulak.. Cilaka! Ntah betul ke tidak.. Tak macam semua negeri kau nak simbah pulak kan.. psycho psycho.. haihhh~


Ada tak korang kongsi password korang dengan si dia.. Tak kira lah, samada laman sosial even gadget yang korang ada.. Apakah pandangan korang tentang hal ini.. Ada baik, atau tidak baik..


Sejujurnya, dirikuh pon pernah mengalami situasi sebegini.. Bagi dirikuh, takde masalah punyee nak kongsi, sebab takde apa yang perlu dirahsiakan.. Tapi bagi si dia? Mungkin menimbulkan banyak kesulitan kalau berkongsi..


Berdasarkan pengalaman, korang takyah lahh nak kongsi password-password nih.. keep it as your privacy okeyy (sangat~).. Banyak baik dari buruknyee.. Bak kata orang, "dia bukan laki kau atau bini kau yang kau nak kongsi-kongsi nih".. FINE.. so jangan sesekali kongsi taw!


Sebabnya,
  1. nanti korang sendiri sakit hati tak tentu pasal.. baik elakkan, nanti merana diri.. ini amaran keras!
  2. berlakulah segala macam masalah antara korang..bole pikir sendiri kan masalah ape..hoho~
  3. kalau kongsi, terbatas lah segala pergaulan korang.. tak ke rugi, korang tak dapat nak berkenalan dengan mamat-mamat yang hensem bangat!

Cukup lah TIGA.. Nak tambah, silakan..


Sebagai akhir kata, no worries, takyah nak takut sangat si dia berlaku curang.. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.. Itu janji pepatah melayu.. erkkk!



★★ plan plan plan!

Monday, May 23, 2011

Bersama Bersyair Bermakan Berhujan part 2 _♥

Assalamualaikum~



Kepada korang yang peka bukan pekak atau buta, pasti buat-buat tanya kepada diri sendiri kenapakah entri ini seolah-olah ada yang pertama.. YE! memang ada entri "Bersama Bersyair Bermakan Berhujan" part 1 punyee.. Kalau rasa nak sangat baca sila klik satu kali, jangan lebih itu tanda gelojoh, pada tajuk itu tadi okeyy!


Kepada mereka yang TERSESAT ke blog nih gara-gara blog incik AJ, memanglahh korang takkan jumpa entri tuh sebelum-sebelum nih (macam ramai sangat baca blog kau wahai AJ.. takyah nak headshot sangat..huahua).. So, taknak mengecewakan incik AJ, dirikuh gagahkan jua =p

* ini balak AJ..masih single..wohaa! =pp *


Rasanyee si AJ nih da banyak sangat mengarut bukan? Perlukah diperjelaskan lagi apekah yang berlaku pada Sabtu yang lepas.. Pasti korang malas nak baca kan.. Pasti korang nak puaskan nafsu mata jew kan.. Dirikuh memang memahami korang.. Meh layan gambar-gambar yang ada =)


* sorang berlagak macam artis, sorang lagi memang artis! =p *


* yang dua tuh tak suka nyanyi, yang lagi dua orang tuh sangap nyanyi =p *


* we oulss *


Pesanan AJ ;
Kalau malas nak tulis dari bersiap awal tu, sambung dari Taman Metropolitan pun ok da kot? haha!


Okeyy!
Lepas kitorang karok dan kemudiannya melantak dengan lahapnya, dirikuh dan yang lain-lain masih tidak puas melihat muka masing-masing.. erkkk! =p


Kitorang membuat keputusan ke Taman Metropolitan, Kepong untuk menguruskan badan... Ini tipu, membasahkan badan kowt.. Boleh hujan pulak setibanya kitorang di situ.. Mujurlahh tak lama kitorang ber-karok dalam kereta, hujan suda pon reda..

* wajar bukan ini dinamakan melacurkan kamera *

[ p/s : sengaja letak gambar AJ pelik-pelik..haha~ ]


Lepas melacurkan kamera yang ada, pastuh balik rumah sebab dah hujan, pastuh tido kat rumah kejap, pastuh lepak mengumpat sampai tengah malam kat warisan, pastuh sambung ngumpat kat rumah Sheera sambil bergolek-golek bersama (maksudnya dirikuh bermalam di teratak Sheera okeyy), pastuh... HABESS DAA~ =)


Ringkas bukan AJ? =pp

* kemain puas muka kau AJ! =p *



nota kaki :
  • jusco, voice mall, lowyart =pp
  • karok 2 jam cukup pulak kalau dah 6 orang sumbat dalam tuh =pp
  • meraung =pp
  • angkat tangan sambil hayun-hayun =pp
  • TAYLOR SWIFT =pp
  • spageti mana? =pp
  • sakit perut..huahua =pp
  • 2.30pm - alasan atau malasan =ppp
  • kamera masuk api neraka =pp
  • mereka di rumah api =pp
  • KUNCI =pp


Akhir kata,
Selamat hari-hari korang =)



★★ selamat ber-konvo angah~

Monday, May 16, 2011

selamat hari cikgu _♥

Assalamualaikum..



Ini entri ulangan pada 16 Mei 2010 yang lalu.. Sengaja diletakkan semula untuk memperingati hari guru.. Sebenarnyee malas nak buat entri baru kan.. Ampun.. Sangat busy sekarang ini.. Selamat membaca kawan-kawan =)


************************************************************************************
Aku suka zaman sekolah dulu2.. ABC takyah citer dah.. Maw lanjut kasi advanced kita cakap pasal tolak tambah bahagi darab.. Sebab benda tuh aku ingat sampai bila2.. Pasal cikgu, pasal Matematik, pasal peristiwa itu..


Kisah tuh aku ingat sampai sekarang.. Tak tahu lahh 22 tahun akan datang kalau tuhan bagi aku masa untuk bersujud lagi.. Sebab salah paham, jadi haru satu kelas.. Bukan! Terdiam satu kelas..


Cikgu tengok buku latihan aku yang bersih suci tanpa dek contengan kira-kira yang aku lakukan.. Hanya terus dengan jawapan yang tertulis di ruangan jawapan.. Cikgu tanya aku macam mana aku dapat jawapan yang ku megahkan itu.. Aku dengan yakin tanpa segan silu memberitahu cara aku mengira dengan stail aku sendiri.. Cikgu menggeleng-gelengkan kepalanya.. Di bilangnya dusta, tipu durjana.. Tak mungkin dapat jawapan dengan sebegitu mudah tanpa sebarang contengan.. Peniru! lagi di herdiknya..


Aku yang pura-pura macam hero, ulang ulang ape yang aku nak tegakkan.. Cikgu buat tak heran.. Tapi tangan hinggap kat muka suci aku time-time tuh jugak.. Tak macam perit pulak yang aku rasakan.. Aku cuba buat-buat takde ape-ape berlaku.. Aku terus mengeruhkan lagi keadaan.. Aku beritahu lagi ape yang aku buat dengan tambah tolak itu.. Belum sempat habis, PANGG kali kedua.. Lagi sekali aku beritahu, kali nih sambil air mata menitik-nitik di buku, PANGG berkali-kali.. perghhh! Terasa macam scene citer cinderella dilibas oleh mak tiri nya pulak.. damnn!


Sejak dari itu, aku ikut rentak Cikgu.. Conteng2 bagi penuh satu buku.. Baru puas hati Cikgu.. Aku pon puas sebab cinderella sudah dapat berkahwin dengan anak raja.. merepek! =p


Tahun berlalu tahun, Cikgu relax saja.. Mungkin Cikgu tak ingat dah peristiwa itu.. Cikgu dah baik dengan aku.. Buktinya, Cikgu suruh aku pegi tiap-tiap kelas amik kedatangan.. Cikgu suruh aku tulis kat papan kenyataan bagi cantik-cantik.. Cikgu suruh jawab soalan2 yang diberikan depan kelas.. COP! Baik ke kuli macam tuh? =p


Tapi ape-ape pon, sejak dari itu aku belajar sungguh-sungguh untuk subjek Matematik.. Minat terhadapnya, tak terkira rasanya.. Tapi sekarang, nak ingat balik teorem pitagoras pon teragak-agak.. Setakat term kuku saya hilang bagi kuku untuk kos, saya untuk sin dan hilang untuk hipotenus, boleh lahh.. Tapi mana nak letak menda alah tuh pon dah tak taw.. huhu~
Ini semua gara-gara Biology.. cess~ =p


Hari nih 16 Mei.. Selamat hari guru.. Tanpa mereka, siapalah aku sekarang~ :)

*************************************************************************************


nota kaki :
  • ayat aku dulu giler urban gak yea..huahua~
  • SELAMAT HARI CIKGU.. kerna cikgu, saya jadi kerani sekarang =)
  • tadi aku balut hadiah untuk adik sayang sempena hari guru.. mahal gitu.. time aku dulu bagi dua batang pen suda.. hoho~



★★★ warisan jom!

Sunday, May 15, 2011

10 mei 2011 _♥

Assalamualaikum~


Ini cerita 10 Mei yang lalu, sebulan selepas 10 April =)


Dirikuh bersama Syikin Shuhaimi telah berjimba selama 4 jam berturut-turut tanpa henti di Redbox, Pavilion dari jam 11 pagi hinggalah 3 petang.. Aktiviti perjimbaan adalah karok berselang-seli dengan melantak tak hengat dunia.. Amacam! Badan yang kurus slim jangan disangka takde nafsu makan yang melambung-lambung taw..


Untuk pengetahuan semua, kat Redbox, Pavilion memang ada pakej lunch buffet dari jam 11 pagi sampai 3 petang dengan sekepala hanya bayar minimum RM22 sahaja.. Sesiapa yang tak hingin nak karok sangat tapi nak makan sampai kembung perut, bolehlah singgah ke sini okeyy.. Selalunya pada hari weekdays sahaja.. Pada waktu lain dan di tempat yang lain, memanglah tak taw ape yang mereka tawarkan.. huhu~


* tangkap gambar bersama-sama adalah wajib untuk tatapan waktu tua nanti *



*karok satu kali diselangseli dengan makan 4 pinggan sekaligus*



* lokasi wajib bila datang ke sini..haha! *


Selepas melepak sampai lembik di Pavilion, kami membuat keputusan drastik untuk ke KLCC dengan hanya berjalan kaki walaupun seumur hidup tak pernah berbuat demikian.. Sampai ke malam jugak lah lepak semata-mata menatap air pancut depan suria KLCC.. Apa-apa pon memang seronok habess lahh.. Thanks syikin, sudi keluar dengan saya.. hakhak! =)


Semuanya di sponsor oleh syikin.. Memang dengan hati yang gumbiralah kan menerima pelawaanya.. haha.. Dan tak lupa dengan tangan yang terbuka untuk menerima hadiah-hadiah daripadanya.. Bukan satu, tapi hampir banyak kesemuanya =)

* coklat dia sangat sedap..nak lagi..da habes da~ *


Ok kawan-kawan~
Selamat hari Ahad semua..


nota kaki :
  • Syikin, terima kasih atas segalanya =)
  • konco-konco kuh sekelian, jom r beronok-ronok..huhu~


★★ fast5 terbaik!

Sunday, May 8, 2011

every girl dreams of _♥

Assalamualaikum~


Sekadar perkongsian.. sumber quotes : violetzerofour...



* SIGNS THAT GUYS NORMALLY DO WHEN THEY'RE
SERIOUSLY IN LOVE *

********************************************************************************

he will make you melt by just saying
"babe, i miss you =("



he will do things he have never done before just to make you feel satisfied.



he will stay away from the others girl to not make you feel jealous.



he will buy you snacks on break time, or even everytime you feel hungry.



he will send you home just to make sure that you're safe.



he will hug you tight everytime you feel cold.



he will always make time for you even if it's final exam tomorrow.



he will hold your hands in the middle of the crowd, very proud.



he will always remind you just how much
he loves you.

********************************************************************************


nota kaki : tumblr tuh ape yea.. macam lagi besh untuk ekspresikan emosi jew kan.. tuh pon kalaulahh ada pic yang cantek-cantek! huhu~


★★ kalau dan kalau~
Related Posts with Thumbnails