.

★ Abaikan mata, utamakan cerita ★
.

Saturday, April 30, 2011

WTF - i do _♥

Assalamualaikum~


Sepanjang hari WTF - Wednesday, Thursday, Friday baru-baru nih, dirikuh sering dapat mimpi yang bila bangun terus blushing-blushing muka pink.. haha! Sebenarnya muka kerut-kerut pikir apekah motif mimpi tersebut.. haishhh.. Ce teka ce teka apekah mimpi itu.. teettt! lambat! =pp





Whatt! Kahwin!
Okey..ini serius! Da sampai setiap kali mata terlelap jew, mimpi tema yang sama tapi plot cerita yang berbagai-bagai.. haishh.. Apekah ertinya semua itu.. Ada satu mimpi tuh, nampak muka pemegang watak si suami.. hensem beb.. cam chinese look.. wow! Sejak bila incik fathi merubah wajah =pp


Ini mesti gara-gara dah hilang arah tujuan hidup sampai nak amek jalan mudah, so kahwin jew terus.. hoho! Takde lah kawan.. Dirikuh belum bersedia nak pegang tanggungjawab yang sebesar itu lagi.. Sangat banyak impian yang perlu dicapai sebelum menjejakkan diri ke jinjang pelamin..


Isu kahwin macam-macam boleh dikupas kan.. Dirikuh tak selayaknya mengupas tentang itu.. Sekadar nak berangan-angan lepas lahh.. hehe.. Ada satu entri kahwin oleh blog sahabat baik, tertarek menarek dengan satu petikan daripada blog tersebut,

"Adakah kahwin itu lebih teruk dari berkepit dengan kekasih hati, Hua!" statement berani mati dari aku, ampun bagi yang terasa, ngee~


Dirikuh terasa beb.. Ini boleh menimbulkan perasaan kecepatan untuk berkahwin.. Arghhh! lupakan.. Tak selayaknya kau berkahwin selagi impianmu tak tercapai (ini ayat penyedap hati sebab nak elak soal kahwin =p )


Kembali kembali! mengarut suda~


Isu mimpi tadi.. Mungkin mimpi-mimpi itu sebagai tanda penghargaan, mungkin juga peringatan kepada wedding of the year antara Prince William dan Kate Middleton semalam.. ada kena mengena tak?? Lantak! HAHA!


Sape ada tengok live wedding tuh.. Lambat bebenor kelangsungannya tapi berbaloi lahh kan bagi mereka kerana akhirnya sah sebagai suami isteri.. Lawa seyh Kate tuh.. Cam princess.. seswai seswai! Tak maw bicara lanjut mengenai perkahwinan mereka, sekadar nak kongsi gambar dengan semua dan marilah membuat andaian.. ngee~


Untuk kesan feeling tahap romantis, sila klik button play.. ngeng!

I do - Colbie Caillat

* Prince William dan Kate Middleton *

* ini ketika perkahwinan ayahanda dan ibunda Prince William iaitu Prince Charles dan Princess Diana *



Udah udah! Nak berkongsi pasal kad kahwin pulak (sangat menyimpang! huhu~)

Sekarang dah macam-macam style kad kahwin kan.. Ada yang sebab kenal pasangan mereka dari zaman sekolah so nak letaklah gambar kad kahwin dorang pakai baju sekolah sebagai simboliknya.. Yang kenal dari tadika macam mana pulak yea?? =p


Ada gak sebagai contoh artis si zed zaidi yang kenal pasangannya daripada facebook, so kad kahwin pon page facebook.. sweet kowt.. Dirikuh pulak? Tunggu lahh nak kahwin nanti.. Macam lahh nak kahwin esok kan.. ngaa~ Tapi cam berangan nak wat kad sendiri.. doakan! =p


Jom puaskan nafsu mata korang sambil layan lagu I do - Colbie Caillat.. Kalau lagu dah abes, sila tekan button play semula.. haha~


* sumber dari incik google *

OK bye sebelum melencong ntah hape-hape lagi +_+
Selamat hari pekerja kawan-kawan~


nota kaki : patut jerawat melambung-lambung.. haihh~
tak lupa selamat berkahwin pada mereka yang nak berkahwin :)



★★ politik skang kotor bagai..cehh!

Friday, April 29, 2011

WTF _♥

Assalamualaikum~


Ini bukan carutan tetapi lebih kepada karut-karutan..huhu~


Sepanjang 3 hari nih gua lebih memilih untuk berdiam diri.. Memikirkan kehidupan yang semakin sukar dan berliku-liku.. Korang akan berpikir, gua terlalu lemah dan cepat melatah bila dugaan menimpa..

" Let lah! Ada yang lagi malang daripada lu beb! Lu yang tak pernah nak berusaha.. camane nak maju "



Okeyy! memang usaha itu penting.. Kalau dah berusaha tapi masih di takuk yang malang tuh lagi macam mana?? Macam-macam dah berlaku, bukan sekali dua.. Yang menanggungnya gua, bukan macam lu olang yang hanya taw cakap tapi usaha pon tarak kan..


Gua takkan salahkan takdir.. TIDAK SESEKALI.. Gua taw Allah tuh Maha Berkuasa dan Maha Mengasihani.. Dia takkan pernah nak susahkan hamba-Nya.. Sekadar menguji untuk menentukan tahap kecintaan kepada-Nya.. Tiap-tiap yang berlaku tuh mesti ada hikmahnya.. Setiap hari gua berdoa beb.. Ditambah dengan usaha.. Perlu ke gua hebah-hebah apa yang gua dah usahakan.. Tuh riak.. Tapi itulah yang lu olang nak tengok, baru diam seribu bahasa kan..


Perjalanan hidup gua tak semenggah yang lain.. Nak kata pelajar cemerlang jauh sekali.. Sekolah biasa jew beb.. Tak layak nak sekolah hebat-hebat.. Result cacai jew.. Tapi gua syukur giler apa yang gua dapat sebab tuh atas usaha gua sendiri.. Cari rujukan sendiri, cari masa belajar sendiri, cari soklan dan jawapan sendiri.. Ada lu olang tolong gua time tuh.. Takde!


Gua bukan nak ngungkit, bukan nak wat dosa, bukan nak cari salah siapa-siapa.. Sekadar mahu dorongan dan sokongan jew.. Susah ke? Tak perlu nak lontarkan kata-kata, taburkanlah dalam doa.. boleh?


Kepada sahabat-sahabat.. Gua serius salut sama korang.. Pelukan padu daripada korang sangat gua hargai.. Cukuplah ada korang yang paham serba serbi.. Tak perlu yang lain!


SELINGAN! pulanglah kawan-kawan kuh ='(




nota kaki : 'gua'.. ini sudah serius!



★★ takde bakti yang kuh curahkan.. kuh sedar!

Tuesday, April 26, 2011

happy birthday sepet _♥

Assalamualaikum~


Di kesempatan ini, dirikuh ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran kepada Mahzan bin Matari yang sudah pon 23 tahun pada hari ini..

* benci kau sepet! =p *

Sedikit tentang anak Matari :-
  • dulunya dianggap seorang yang pendiam, sekarang sangatlah pot pet pot pet mulut tak reti diam.. huh!
  • seorang yang berkulit hitam.. HAHA! tapi jangan pandang enteng.. Ramai yang tergila-gilakannya.. (ingat lagi time dulu ada seorang gadis nak rapat-rapat dengankuh semata-mata nak taw perkembangan si dia nih..haihh~ )
  • nampak macam pemalu, tapi suka menyakat orang tak hengat.. bengang seyh ngan dia nih! +_+
  • seorang yang tak sedar diri tuh sepet, nak babitkan orang lain pulak.. hakhak! =p
  • seorang rempit yang tak pernah pikir ketakutan pemboncengnyee =pp
  • seorang yang tak pandai mengayat perempuan.. kesian si gadis kesayangngannyee.. ngee~
  • kami banyak persamaan.. kami punya sayang yang sama =)

Yang penting, dia seorang kawan yang baik dan sudi berkongsi masalah.. Semoga kamu panjang umur, murah rezeki, dan berjaya dalam hidup.. Ingat! Setiap yang berlaku tuh ada hikmahnya.. Tak perlu nak fobia sangat.. Percaya pada yang telah ditentukan.. Jangan ada ragu okeyy~

WELCOME TO THE CLUB =)


nota kaki : ada yang pernah menganggap Mahzan nih kekasih hatiku.. cehh! Dia GENG/MADU sampai mati lahh =)



★★ jelez ngan perhubungan mereka..sempurna +_+

Monday, April 25, 2011

buku berpesta_♥

Assalamualaikum~




Selamat ber-final pada mereka-mereka yang telah, sedang, akan menghadapi peperiksaan ya.. Ucapan semoga berjaya untuk anda! :)


Rindunyee zaman belajar.. Tak perlu susah-susah macam sekarang.. Macam-macam dugaankuh kena tempuh.. Takpe, mungkin ada hikmah semua ini :)


Pengumuman untuk semua! Sekarang adalah minggu pesta buku antarabangsa yang berlangsung di PWTC sepanjang 22 April sehinggalah 1 Mei.. Macam-macam penerbit buku terlibat.. Pada mereka yang nak cari buku rujukan sekolah, pencinta novel, penggemar komik, semua ley jumpe punyee kat situ.. So, jangan ketinggalan okeyy!


Dirikuh dan beberapa orang sahabat pon tak terlepas peluang berkunjung ke sana.. Seawal 10 lebey pagi kitorang pegi dengan harapan takde lahh ramai bebenor yang pergi.. Harapan kami meleset.. Memang sesak dengan manusia, baru hari pertama kowt.. haihh.. Ini menunjukkan rakyat Malaysia sangat gemar membaca buku.. ye kan?? =p


*sesak tak hengat *

Sampai-sampai jew kat sana, mata terus terarah ke satu sudut.. Ada idola saya lahh, Tun Dr. Mahathir Mohammad.. Beliau hadir untuk sesi pelancaran bukunya dan ada sesi autograph.. Jelez! Beliau nih hebat kan.. Kagum dengan segala pemikiran dia.. Cubalah baca blog beliau~


* masih hensem..ngaa~ =pp *

Tujuan ke sana konon-kononyee sekadar nak usha-usha jew.. Aleh-aleh nampak jew 5buku RM10, terus buru-buru membeli.. Buku kanak-kanak pon.. Teringat pada adik kecik yang suka ada buku tapi bersepah-sepah.. hoho~


Pesta buku nih dah lama sangat tak pegi.. Kali terakhir pon time nak SPM gara-gara nak cari buku latihan dan buku rujukan yang murah-murah.. Rasa berbaloi sangat.. Yela kan, mana mampu nak beli buku mahal-mahal (ayat nak sedih) hahaha~


Kalau lahh banyak duit sekarang, mesti dirikuh bersungguh-sungguh pusing mencari buku kan.. Rindunyee nak baca novel +_+


*plastik tuh bukan dirikuh punyee! =p *

Akhir kata,
  • Tak guna membeli buku kalau tak dibaca, tapi itu lebih baik daripada langsung tak kenal buku..
  • Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap..
  • Baca buku menyuluh ilmu.. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku.. Kan buku tu penuh khasiat..
-DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




★★ lonely~

Sunday, April 17, 2011

postpone _♥

Assalamualaikum~



Seorang sahabat dunia akhiratkuh yang sangat busy dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar tahun akhir di UITM, masih sempat memikirkan apa yang tidak begitu penting.. Walau bagaimanapun, terima kasih sayangkuh.. Sangat terharu.. Cukup-cukup lah dengan apa yang kamu telah berikan.. Tidak perlu yang lain.. Persahabatan kamu lebih penting buat kuh..




Potrait yang diberikan oleh sayangkuh, Noor Sheera dan yang pastinya bukanlah dia yang melakarkannya kan..hehe.. Muka lain bebenor tapi nggak pape lahh.. Suka jugak taw =)



Kad buatan sendiri.. Sangat bermakna.. Nak nanges bole =')


***********************************************************************************
Antara bait-bait yang terdapat dalam kad tersebut :-

Some people come into our lives and quickly go..
Some stay for a while and leave footprint on my heart and I will never be the same without you..

You are my STAR forever..
************************************************************************************

Janjinya, ada hadiah lagi yang ingin diberikan.. Apa-apa ajew lah dia nih.. Dan maw postpone for the celebration.. suka suka! Sebenarnya celebration tak penting, yang penting adalah nak sangat ketemu dengannya.. Sudah lama rasanya tak bersua muka.. Tak lupa juga Syikin Shuhaimi.. Cepat-cepat lahh balik.. Kangen bangat nih +_+


nota kaki : cukuplah ada mereka bergelar sahabat di sisi saya~


★★ fobia +_+
Related Posts with Thumbnails