.

★ Abaikan mata, utamakan cerita ★
.

Thursday, March 31, 2011

andai _♥

Assalamualaikum~



Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya..


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu..


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku..


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat..

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda..


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. Tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.. Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.. Naluri keibuannya sangat kuat.. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda..


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai..


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata..


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik..


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat..


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.. Dia terlalu emosional.. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Dalam hati seorang perempuan ada naluri untuk disayangi.. Ada rasa untuk diberi perhatian.. Ada rasa untuk didengar keluh kesahnya.. Ada waktu-waktu diminta ditemani kesedihannya..


Andai lelaki tahu…
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk.. Marah seorang perempuan perlu didekati.. Sedih seorang perempuan harus didengari.. Gembira seorang perempuan ingin dikongsi..


Andai nya lelaki tahu..
Disebalik seribu satu rasa itu.. Ada sekeping hati nan lembut.. Bukan untuk dimanjai.. Bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh.. Tetapi hanya perlu sedikit perhatian.. Agar rasa kasih itu wujud walau disaat jauh..


Andai nya lelaki tahu . . . . .

* klik untuk tumbesaran otak! *



nota kaki :

Find a guy who calls you beautiful instead of hot, who calls you back when you hang up on him, who will lie under the stars and listen to your heartbeat, or will stay awake just to watch you sleep… wait for the boy who kisses your forehead, who wants to show you off to the world when you are in sweats, who holds your hand in front of his friends, who thinks you’ re just as pretty without makeup on. One who is constantly reminding you of how much he cares and how lucky he is to have YOU… The one who turns to his friends and says, thats her… (:




★★ fathi zakwan~

Tuesday, March 29, 2011

like _♥

Assalamualaikum~




Biar lahh aku nak like!
Dah status korang cam menusuk kalbu..
Dah korang pegi bubuh gambar yang menggiurkan..
Dah korang pon like semua benda yang aku post..
Inilah masanya aku nak perhatian dari korang..
Semua status aku..
Semua gambar aku..
Semua link aku..
Semua korang like..
Biar beribu-ribu orang like..
Baru puas hati aku..
I LIKE!

******************************************************************************

HAHA !
Button like sudah berleluasa kan kawan-kawan (ke dirikuh sorang yang berleluasa nih).. Semua mende nak like.. Pantang status di muka buku di-update, terus berduyun-duyun orang nak like.. Itupun tak semua.. Gara-gara disebabkan sorang yang suka meng-like semua post, maka orang lain yang terkena itu pasti akan membalas balik untuk meng-like si tuan yang memulakan kerja-kerja nih (okey, ayat pening-pening +_+)


Kalau dah semua gambar dalam semua album kau like, mesti kau telek belek dulu gambar-gambar yang ada kan.. Rajin seyh! Album aku, kau tak like pon.. okeyy sentap.. ngee~


Maaf yea kawan-kawan yang dirikuh selalu like-like tuh.. Ampun lahh yang pagi-pagi dah kena tengok berpuluh-puluh noti, yang tiap-tiap hari nganjing "kalau boleh like 10 kali, kau buat taw" (kalau ada, dah lama buat dah =p), yang terpaksa tegur kat wall untuk beri kesedaran, yang sekali komen "aku balas balik, ambik kau..hihi".. okeyy i like! =pp


For u olss punye information, dirikuh baca okeyy semua status-status korang, baru tekan button like taw.. Semua komen korang dirikuh setuju, sebab tuh rajin jew nak tekan button like.. Gambar korang serius cun, sebab tuh i like like like.. Ini bermakna dirikuh alert bertempat lah kan pada teman-teman yang kuh sayangi.. kan? erkkk! OK bye! =p


nota kaki :


  • kalau lah ada button dislike kan bagos..
  • kalau lah button like leh menjana pendapatan.. okeyy nih GILA!
  • like biar bertempat bole?
  • kenapa application reaction tak berfungsi kat blog nih.. nak gak letak like-like kat entri nih.. sape bole tolong setting kan? =(


OK! yang nih saya LIKE beribu-ribu melon =pp



★★ kemaruk.. so what!

Saturday, March 26, 2011

game over _♥

Assalamualaikum~


Hye kawan-kawan~
Masuk-masuk blog jew maw emo-emo.. Sudahlah jarang maw update.. Ntah pape kan.. ampun.. hee~

Kali nih maw kongsi satu drama korea besh tahap full house, my girl, boys over flower sume lahh.. Drama nih dah mula ditayangkan bulan 4 tahun lepas kat Korea.. Meletop-letop lahh jugak drama nih.. Sebab ada Lee Min Ho saya.. Sila muntah sekarang!


Tajuk drama nih Personal Taste.. Ada yang kata Perfect Match, ada jugak kata Personal Preference.. Lantak pi lahh.. Mungkin ramai di antara korang yang dah tengok lama dahh.. Dirikuh pulak baru nak terhegeh-hegeh tengok.. Bagi mereka yang belum tengok tuh.. Meh nak habaq mai sinopsis diee~


Citer nih pasal sorang lelaki yang bernama Jin Ho yang dianggap gay oleh seorang perempuan bernama Gae In.. Gae In nih kira anak kepada arkitek tersohor lah kat Korea sebab membina rumah tradisional Korea yang bernama "sanggojae".. Disebabkan oleh faktor rasa ingin tahu keistimewaan "sanggojae" itu, Jin Ho mengambil keputusan maw menyewa bilik di situ.. Jin Ho nih arkitek jugak, dia nak menang satu pertandingan tender.. Si Gae In nih, of coz lahh mula-mula taknak lelaki sewa rumah dia, tapi kemudian ye-ye dia percaya yang si Jin Ho nih gay, terus kasi sewa..


Si Gae In nih dikecewakan oleh kekasih dia.. So si Jin Ho lahh pemberi semangat dan mengubah sedikit gaya dan sikap si Gae In nih.. Dalam diam Gae In suka kat Jin Ho.. Tapi disebabkan dia pikir Jin Ho nih gay, so dia decide nak jadi kawan baik Jin Ho untuk selama-lamanya.. Pelbagai konflik ada dalam citer nih.. Bila dah tengok satu episod, terus tak berganjak nak tengok episod seterusnya pula.. Akhirnya, tak lama lepas tuh semua rahsia terbongkar dan mereka pon hidup bersama.. (nak habiskan sinopsis cepat-cepat.. nak taw kisahnya, pegi lahh tengok sendiri okey.. ngee~ )


Overall, kira layan lahh citer nih sebab citer dia ber-genre romantic comedy.. So, suka tengok dorang gaduh-gaduh.. Standard lahh citer korea kan.. Lagi-lagi ada Lee Min Ho yang nampak super duper cool dalam citer nih.. Selalu dikenakan dengan suit yang smart-smart.. Dan yang kagumnyee, semua suit yang dia pakai pelik-pelik.. Takde lagi orang kat Malaysia nih pakai =pp

Dalam citer nih, Lee Min Ho memang 'cantik' sangat.. haha.. Maksud dirikuh handsome habes lahh.. Dengan perangai dia yang cam warghhh, giler macho.. Selain tuh, perangai ego dia pon ditonjolkan dalam citer nih.. Baru lelaki kan?? (ouh..i adore u) =pp
Bukan perempuan saja yang tertarik dengan nya dalam citer nih, lelaki pon ada okeyy! Insan gay juga ditonjolkan dalam citer nih.. menarek!

Pasal heroin dia pula, Son Ye Jin, dirikuh tak pernah tengok dia berlakon jadi watak yang silly-silly nih.. Last time tengok dia berlakon ntah kurun ke berapa ntah iaitu citer Summer Scent bersama hero citer Autumn In My Heart, dalam citer nih dia berlakon cam ayu-ayu punye gadis =)

Nak ikutkan Son Ye Jin nih lagi tua dari Lee Min Ho, tapi takpe lahh.. Bukan kisah sangat pon umur dorang, yang pasti dorang memang berjaya habes bawa watak yang dipegang.. Sweet sangat tengok dorang.. OST dalam citer nih sangat-sangat besh.. Asyik dengar berulang-ulang kali jew sejak dah abes tengok citer nih.. Tak percaya?? Cuba lahh dengar! =)
Korang boleh pergi ke "link" ini, untuk melihat lebih lanjut mengenai citer nih dari segi lokasi penggambaran yang giler hebat, gambar-gambar yang ada dan juga OST nya.. Nak tengok citer nih, kat you tube pon ada.. selamat menonton =)

Patung tuh namanya Jin Ho jugak.. Gae In yang beli untuk jadikan tempat luahan perasaan.. Kalau tak silap patung tuh sudah dijual untuk tujuan amal kebajikan..


OK bye.. Selamat hari bumi semua~ =)



nota kaki : realiti tak seindah ilusi~



★ dulu lain, sekarang lain..beda!

Friday, March 25, 2011

guris _♥

Assalamualaikum~

YE!
Aku selalu menyusahkan orang..
Aku selalu menyusahkan mak bapak..
Semakin besar, semakin tinggi belajar,
semakin nak tunjuk pandai..


YE!
Aku lah yang selalu tersungkur..
Tak sehebat yang lain..
Hanya tahu menagih..


YE!
Mereka lah yang sentiasa terpahat di hati..
Kerana selalu saja membanggakan..
Aku selalu hilang ntah ke mana..
Kerana hina di mata dunia..


Aku jijik untuk kau mengaku indah..
Geli kau terhadapku..
Ye! Akan ku jauh-jauh..



nota kaki : aku tahu memang aku tak berguna!



★★★
lelah~

Wednesday, March 16, 2011

cuti sekolah _♥

Assalamualaikum~


Sekarang suda di minggu cuti persekolahan bagi sekolah-sekolah di Malaysia.. Yang masih berkuliah, sila teruskan kuliah anda.. Yang sedang bekerja, sila teruskan perjuangan kerja anda.. Yang menganggur, sila teruskan tanam anggur anda.. haihh~ =p


Dulu time cuti sekolah jew, kompem balik kampung.. Now, da jarang-jarang balik kampung.. Rindu pulak rasanya suasana di kampung.. huhu~


Dalam keluargakuh, hanya ada seorang jew lagi yang bersekolah.. Si adik kecik Ain.. Walaupun dia yang bercuti sakan, dirikuh pulak rasa terujanya nak kuar berjalan-jalan.. Siap berangan-angan nak bawa family pegi mandi-manda macam kat Sunway Lagoon tuh.. Tapi apakan daya, dirikuh suda suarakan, takde sape pon nak dengar.. huhu~


Tapi niat di hati nak bawa si adik kecik kuar tidak terkubur begitu saja.. Ku gagahkan juga bawa dia keluar jalan-jalan ke Mid Valley semalam (sebenarnya gunakan dia untuk temankan cari barang..huahua~)



Dirikuh selalu suruh si adik senyum nampak gigi.. dia degil jugak tak maw.. ngee~


Selepas puas mencari apa yang dicari, perut terasa lapar pula.. Si adik siap merungut sakit perut.. Bagi hint nak makan lahh tu! =p

Bagi pilihan kat si adik, maw makan pizza, kfc, atau mcd.. Dengan lajunya si adik membuat keputusan nak makan pizza.. Mengidam mungkin si kecik nih.. Selalunya si adik tak makan banyak.. Kali nih kira banyak lah jugak dia makan, spagetti dengan 2 potong pizza.. Siap puji makanan itu sedap sangat.. Dah belanja, sedap lahh.. hehe.. Selalunya jangan haraplah nak makan.. Keding macam kakak dia dah.. haihh~



Si adik terpaksa minum berdiri.. haha.. kecik benar kamu nih.. Dan yang pastinya berjaya snap pic si adik nampak gigi..
ngee~


Lain kali along bawa jalan-jalan lagi okeyy.. Yang lemah nak bawa si adik nih, mesti nak mainan yang bukan-bukan.. Tidaklah kedekut, tapi menyepahkan rumah aje.. Tak reti nak berkemas.. huh!

Rembat ais krim si adik.. Dia tak suka strawberi punya flavour.. Si adik selalu offer kan diri untuk tangkapkan gambar.. Kalau dirikuh makan, siap gitaw "bak adik tangkapkan gambar".. Kalau dirikuh minum, si adik "nak tangkap gambar takkk??".. Malu eden! =pp


nota kaki :
  • esok kuar lagi, hujung minggu kuar lagi.. sapa yang cuti sekolah nih? =p
  • nak post entri pasal pujaan hatikuh sebenarnya..haihh~
  • jerawat semakin berleluasa.. tolong!


★★★
fb,bf !!!
Related Posts with Thumbnails