.

★ Abaikan mata, utamakan cerita ★
.

Monday, February 28, 2011

masih ada lelaki yang setia kat dunia nih! _♥

Assalamualaikum~



Dirikuh ada satu kawan lelaki, tak perlu nak femes kan nama dia kat sini.. Kekasih dia pernah punyai ramai kawan lelaki suatu ketika dahulu.. Tapi itu dulu.. Sekarang sudah setia pada yang satu..


Pernah kekasih dia tanyakan soalan ini " Pernah tak awak terlintas nak buat tak baik belakang saya sebab saya pernah buat kat awak dulu?".. Jawapan dia "Tak.. Saya tak akan buat awak rasa apa yang saya rasa.. Biarlah saya rasa seorang"..


Kalau dirikuh di tempat kekasih dia, sudah pastinya air mata berjurai-jurai sebab kata-kata itu sudah cukup buat dirikuh sungguh terharu.. Korang-korang setuju bukan? Masih ada lelaki sebegitu sekarang ini.. okeeyy! Dirikuh suda mula menukar persepsi =)


Satu lagi yang buat dirikuh kagum dan sedikit jelik dengan sikap manusia sekarang.. Masih dengan si lelaki yang sama.. Ada seorang gadis inginkan hubungan yang digelar "skandal" bersama dengannya.. Atas alasan kesunyian, teman lelaki berada di jarak jauh.. Si gadis ini bukannya tak tahu si lelaki suda ada kekasih di hati, masih berani meminta hubungan yang bukan-bukan.. ouhh demm! sangat sundal.. ampun dirikuh sedikit emo..


Syukurlah si lelaki sangat-sangat setia, menolaknya mentah-mentah.. Sweet bukan? Untunglah nasib badan.. Si kekasih dia, hargailah lelaki ini sebaik-baiknya.. Si gadis itu, fikirlah baik-baik, what goes around comes around, percayalah pada karma!


nota kaki : Dirikuh ada juga seorang lagi kawan lelaki yang sangat setia pada cintanya.. Ucapan untuk kamu, setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Mungkin Allah nak berikan yang terbaik untuk kamu.. Kamu sangat baik, percayalah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik =)




★★★ susah dan senang kita bersama~

Saturday, February 26, 2011

special for my syikin n sheera _♥

salam~



" I'm Only Me When I'm With You "
Taylor Swift


Friday night beneath the stars,
in a field behind your yard,
you and I are paintin' pictures in the sky.
And sometimes we don't say a thing;
just listen to the crickets sing.
Everything I need is right here by my side.
And I know everything about you
I don't wanna live without you.


I'm only up when your'e not down.
Don't wanna fly if your'e still on the ground.
It's like no matter what I do.
Well you drive me crazy half the time;
the other half im only trying to let you know that what I feel is true.
And I'm only me when I'm with you.


Just a small town boy and girl
livin' in a crazy world.
Tryin' to figure out what is and isn't true.
And I don't try to hide my tears.
The secrets are my deepest fears.
Through it all nobody gets me like you do.
And you know everything about me.
You say you can't live without me.


When I'm with anybody else it's so hard to be myself.
Only you can tell.


nota kaki : dirikuh rindukan kalian.. sabar menempuh dugaan hidup okeyy.. dirikuh sentiasa di sisi kalian~


p/s : baru-baru nih dirikuh ada menghadiri dinner alumni kolej keris mas, UKM.. sangatlah pemalasnye nak update, so lihat saja page ayun ayunar ini yea.. credit to si cantik ayun~



★★ kalau selalu sakit kepala..kenapa yea?

Tuesday, February 15, 2011

tak yah nak valentine sangat _♥

salam~



Tak mahu bicara soal 14 Februari sebab sudah tentu korang suda basi dengan itu.. Jom kita meraikan kelahiran junjungan nabi kita Nabi Muhammad S.A.W sambil menghayati juga taw.. Hayatilah segala suruhan baginda, ikutilah segala sunnah baginda dan jauhilah segala larangan baginda.. Ustazah time sekolah dulu pernah cakap, setiap kali kita dengar jew nama Nabi Muhammad, kita disunatkan menyambut nama itu dengan selawat ke atas baginda.. Mari amalkan okeyy..


Korang ingat tak tarikh kelahiran nabi Muhammad S.A.W? (jgn lupa selawat lepas sebut nabi Muhammad =p).. Takkan lahh korang tak tahu kan, mestilah 12 Rabiulawal tahun gajah, ayat standard nak jawab soklan subjek sirah time sekolah agama dulu.. Kalau tarikh omputihnya korang taw tak? Dirikuh ingat sampai sekarang taw iaitu 20 April sebab dekat-dekat dengan tarikh kelahirankuh =)


Selalunya perarakan atau perbarisan mesti dikaitkan dengan sambutan maulidur rasul nih.. Last involve pon time sekolah-sekolah dulu, rasanya lahh tak berapa nak ingat =p Siap kena prepare kain rentang segala, sampai lewat-lewat balik rumah.. Time perarakan pulak, kompem ada juri nak judge perarakan tuh, dari segi perbarisan elok ke tak, selawat main hembus jew atau betul-betul selawat, pakaian seragam satu barisan atau men hentam je kaler-kaler pelangi =p


Ingat lagi time perarakan dulu, datang jew juri lalu sebelah, masing-masing mulalah selawat dengan penuh bertawaduq dan istiqamah sekali.. Bila juri blaa jew, terus bergosip dengan rakan sebelah sampai tunggang langgang dah perbarisan tuh.. Punya lahh hipokritnya kami-kami nih.. Untuk pengetahuan korang, kami-kami nih jugak lahh yang menang perbarisan terbaik.. hehe~


Satu lagi kenangan tentang sambutan maulidur rasul nih, kenangan yang tak dapat dilupakan dan serius macam nak sembunyi jew muka kat perut bumi, iaitu dirikuh dinobatkan sebagai tokoh pelajar muslimah.. perghh.. kena gelak kencang punye dengan member-member.. malu seyh naik atas pentas time tuh.. adoyai +_+


muka muslimah tak hengattt~ =p
(akmal! percubaan pertama high pass! =p)


Rasanya tadi macam takde mende nak citer kat entri nih, konon-konon sekadar nak wish jew.. Alih-alih berjela-jela merepeknya.. Selamat menyambut maulidur rasul okey kawan-kawan.. Jom selawat! =)


nota kaki : sorry V̶a̶l̶e̶n̶t̶i̶n̶e̶'s̶ D̶a̶y̶, im a muslim. Salam Maulidur Rasul 1432H~



★★ Percayalah karma itu ada!

Wednesday, February 9, 2011

orang baru _♥

salam~


Hai!
Diumumkan..dirikuh suda ada makcik a.k.a siwo baru.. Apekah siwo tuh???

Asal keluarga belah ibukuh adalah keturunan jawa.. Nak citer sal keluarga nih sangat lahh panjangnya.. Nak di fokuskan di sini adalah siwo tuh panggilan untuk pakcik atau makcik berpangkat abang atau kakak ibukuh.. agak-agak bole paham takk?? =p


Macam nih lahh.. Ibukuh anak ke-9 daripada 9 orang adik beradik, kira yang bongsu lahh.. Di sebabkan ibukuh yang paling muda, maka semua kakak dan abang kepada ibukuh, dirikuh kena panggil mereka siwo.. Sekiranya lahh ibukuh ada adik, maka dirikuh kena panggil mereka bibik bagi yang perempuan atau paman bagi yang lelaki.. So bagi adik beradik ibukuh yang tengah-tengah tuh, anak mereka dapatlah merasa panggil siwo bagi yang tua daripada mak ayah mereka dan bibik atau paman bagi yang muda daripada mak ayah mereka.. Dirikuh kira senang lahh, standard satu panggilan jew semua.. Tak payah nak pikir nih abang/kakak/adik ibukuh.. ye tak? =)


Dirikuh dapat ahli keluarga baru??? Ibukuh ada adik ke yang tak kahwin-kahwin?? Untuk pengetahuan korang, seorang lagi abang ibukuh tak kahwin-kahwin taw.. Perkahwinan nih sangat di tunggu-tunggu oleh kami sekeluarga.. Semua adik beradik bertungkus-lumus menjayakan.. Sedihnya, dirikuh tak dapat nak menyumbang ape-ape.. huhu~


Tanggal 4 feb arituh, dengan satu saja lafaz, maka terbinalah ikatan suami isteri yang sah bagi pasangan Hamim Abd Hadi bersama Norlizawati Jabil.. Dirikuh paggil siwo Hamim taw.. Siwo Hamim nih seorang yang sangat pemalu lah agaknye, tuh yang lama membujang.. Tapi dia nih sangat lahh pak lawak.. Pantang bersuara, pasti yang lainnya akan gelak guling-guling.. Tapi muka dia tak macam selamba pulak.. Siwo Hamim nih jugak selalu lah jadi pembekal mercun bagi kitorang anak-anak sedara dia nih.. Sempoi main mercun lawan-lawan dengan orang sebelah.. haihh~ Lepas nih ntah dapat diperlakukan sebegitu lagi ke tak wahai siwo Hamim.. Yela, dah ada isteri katakan..haha~


Patutnya dirikuh plan pulang ke kampung pada Sabtu malamnye lepas balik keje.. Yela kan, dirikuh nih keje 6 hari seminggu.. Susah nau nak dapat cuti.. Tapi dengan usaha sedaya upaya, dirikuh pergi lahh memujuk Team Leader yang ada, memandangkan dirikuh ada 1 lagi anual leave.. Akhirnya berjaya juga dapat cuti Sabtu tuh.. Terus kol adik beli tiket pulang pagi Sabtu jugak..


Gerak dalam pukul 10 pagi ke Segamat, alhamdulillah dalam 1 lbey suda sampai.. Laluan Segamat dari Tampin dah boleh lalu.. Masih ada air yang tak surut tapi takdelahh teruk macam sebelumnya.. Fakta : kampungkuh tak pernah banjir disebabkan berada di kawasan tinggi.. Tapi sekeliling yang teruk, memang memberi kesan juga lahh kan~


Sampai-sampai jew kampung halamankuh itu, ingatkan ramai yang dah gerak ke kenduri tempat perempuan.. Tengok-tengok masing-masing belum bersiap lagi.. Dirikuh takdelah niat nak ikut, dengan tak bawa bajunye pulak tuh.. Tapi ibukuh paksa jugak ikut.. Dengan berbekalkan baju kurung ibukuh, terus ku sarungkan dan bersiap ala kadar aje.. Mana tak nye, semua dah siap, dirikuh terkedek-kedek nak sarung baju.. haihh~


Sampai jew kat tempat perempuan, dirikuh ditugaskan tangkap-tangkap gambar.. Guna kamera murah, sekadar untuk simpanan peribadi keluarga, buat kenang-kenangan, ye takk.. Si pengantin lelaki nih agak segan mungkin, jalan, pergerakan sangat lahh kaku.. kesian tengok.. Tak caya.. cuba tengok tangan dia.. Selalu gengam setiap masa.. huahua~

Tema adalah warna oren.. Sangat segak siwo hamim kuh.. suka suka! =)


Uniknye rombongan kitorang nih, yang bawa hantaran tuh semuanya lelaki okeyy.. Makcik-makcik takde.. Yang perempuan semua mengekor jew dari belakang =)


Kamera sangat murah, sehinggakan muka pengantin pon tak nampak.. ampun~


Tuh lahh siwo Lieza kuh.. Yang kanan tuh, dah bersuami.. Yang kiri tuh, berkurun lagi.. ngee~


Ahad, di tempat lelaki pula.. Tema adalah biru kundang bak kata si pengantin lelaki.. Sangatlah ramainye orang, tapi dirikuh tak melayan mereka lahh.. Duduk rumah, buat apa yang perlu.. Buat keje okey.. hee~

Kesian pengantin kena redah turun bukit yang ala-ala curam dengan kasutnya yang tinggi pulak tuh, terkedek-kedek mereka berjalan.. Satu cabaran juga pada photographer kena mengundur ke belakang =p


Lepas bersanding, makan-makan, kompem-kompem lahh ada snap-snap picture kan.. Tapi sebelum tuh, meh tengok pic dirikuh dulu.. Bole? =pp

Kitorang suka buat-buat aksi nih.. Ibukuh join skali.. pe kes? =))


Inilah mereka 9 adik-beradik yang berusaha keras menjayakan majlis nih dengan sempurnanya.. Baju nak sama kan.. hehe~


Memandangkan esoknye adalah hari bekerja dan sesi persekolahan sudah bermula, maka ramailah yang pulang ke rumah masing-masing.. Keluargakuh masih tidak pulang-pulang disebabkan memikirkan rumah yang tak berkemas itu.. Mujurlah kami yang bekerja nih dah mintak cuti awal-awal.. Si adik kecik tuh, pe lagi, ponteng lahh..


Dirikuh bersama seorang lagi adik lelakikuh dah macam pengantin kena sental kuali, periuk di malam hari.. Apa nak buat, dah nasib kami.. Praktis make perfect kan? tibe-tibeee~ =p


Pada Isninnya barulah kami pulang ke KL setelah semua urusan telah di selesaikan.. Jem pon tidak kan.. Laju jew sampai ke KL..



nota kaki : Selamat pengantin baru.. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu cicit.. amin~ =)



★★ selamat tinggal SRG~

Tuesday, February 1, 2011

hari tanah tumpah darahkuh _♥

salam~


Selamat Hari Wilayah pada mereka yang dok kat KL, Labuan dan Putrajaya~
Arini nih dirikuh cuti.. Si majikan saja taknak bayar lebih, sebab tuh suruhh cuti.. cess! (sebenarnye sangatlahh sukanya dapat cuti..ngee~ )


Korang tawu tak bendera wilayah macam mana? Sebelum nih, bole pulak dirikuh bagi salah info dekat adik kecik sayang yang kena buat homework lukis bendera wilayah persekutuan.. Dirikuh dengan bangga, pegi google images, taip bendera wilayah dan terus klik pic dengan konfiden nyee.. Dengan pada itu, terus berkata, "haa dik, ni haa gambar bendera wilayah tuh, cepat lukis".. Dengan bersungguh-sungguh terus si kecik tuh melukis..


Lepas beberapa hari, si kecik tuh mengadu pada si ibu.. "Mak, bendera wilayah yang along tunjuk tuh salah lahh.. mak tak pernah tengok ke bendera tuh kat sekolah?" Tiba-tiba ibukuh pula yang kena panahan nyee.. Sengal si kecik nih..


Sejak dua menjak nak hari wilayah nih, selalu lah jugak dirikuh terpandang satu bendera nih kat bangunan-bangunan.. Terdetik jugak dalam hati, bendera ape tuh.. "tuh bendera Brunei kan?", bisik hatikuh..

Ape ke sengal nyee dirikuh nih, bendera Brunei pon tak tawu.. Sejarah, geografi failed.. adoyai~
Baru kuh tawu bendera wilayah persekutuan dah bertukar!!!
Al maklum lahh, tv jarang tengok, paper selalu beli tapi tengok part kerja kosong jew.. haishhh~ =p


Esok keje lagi satu hari then cuti public holiday chinese new year pulaa.. see!! Si majikan taknak bayar double lagi.. Then keje dua hari lepas tuh cuti selama-lamanyee.. haha~ Tak sabar nak balik kampung.. Pakcikkuh yang suda lama membujang akhirnya bertemu jodoh jua.. Harap-harap segala berjalan dengan baik memandangkan Segamat banjir.. what?? Tiket dah lahh tak beli lagi nih.. hukhuk!

Akhir kata,
selamat bercuti kawan-kawan~ =)


nota kaki : dirikuh pernah post cerpen tentang dia *1 dan tentang dia *2 kan.. Nak tawu sambungan kisah itu.. silalah jenguk entri ini okeyy- Episod Akhir : Tentang-tentang, Mungkin?.. Selamat membaca =)



★★★
saya rasa disayangi..terima kasih kawan~
Related Posts with Thumbnails