.

★ Abaikan mata, utamakan cerita ★
.

Tuesday, November 30, 2010

hujung minggu _♥

salam~


Holla kawan-kawan kuh~
Selamat bercuti bagi yang bercuti and selamat bekerja bagi mereka yang bekerja..


Pada tanggal 28 November yang lalu, berlakulah pertemuan antara yang bekerja dengan yang bercuti.. Itu semua kerana inginkan celebrate belated birthday boy.. We call him as erzat si wak boy.. nggak taw lahh ngapain.. *hancus bahasa tunggang langgang =p


Demi si birthday boy yang kami sendiri tak pasti birthday dia bila, kami yang lain nih pon terpaksa bersetuju untuk menonton wayang Harry Potter yang part 1 tuh.. Harap ampun ya pada peminat Harry Potter.. Dirikuh lost giler tengok citer tuh.. Mana tak nye.. Last tengok Harry Potter pon ntah beberapa tahun yang lalu.. Dumbledore mati pon tak tahu.. haishh ketinggalan sungguh~


Then lepas tengok citer tuh, kami pon pegi lahh makan A&W.. Sangat suka float dia.. Gelas besar itu wajib ya kawan-kawan~ =)
Di situlah kami men-surprise-kan si wak boy itu.. Hadiah yang kami berikan sangat bermakna.. Banyak tapi murah.. 0opss.. Yang penting ikhlas kan? =))
Cop! Mufin juga tak dilupakan.. Sangat comel dan cantik tapi takdelahh sedap mane pon..huhu~


Sangat pelik tak, hanya sikit pic jew yang ada.. Ape korang heran kan? =)


Sejak dua menjak sorang yang sudah bekerja ada kereta nih, memang lah makin jauh kami-kami nih berjalan.. Dirikuh rasa sangat beruntung.. Tak payah pikir transport lagi.. wee~
Semakin banyak planning kami untuk merayau.. Sangat seronok beb! Ada mereka bagaikan terisi lahh masa-masa yang ada..


nota kaki : Selamat pengantin baru bagi mereka yang bakal bernikah mahupun yang telah mengikatkan tali perkahwinan itu.. Terutama sekali kepada sedara mara kuh yang melangsungkan perkahwinan tiap bulan berturut-turut.. Ampunkan dirikuh kerna tak dapat menghadirkan diri.. haihh~



★★★ sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya.. ambil hikmahnya, kembali mentaati pada-Nya.

Saturday, November 27, 2010

wish right now _♥

salam~


Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now
wish right now, wish right now


Andai kata bintang yang jatuh ke bumi dapat memakbulkan segala permintaan kita, maka ramai lah yang tidak berusaha mentaati perintah Maha Pencipta..

Maka hendaklah kita memohon permintaan kepada Maha Pencipta ditambah tawakal setelah berusaha, maka mudahlah segala gapaian bintang yang kita ingin kecapi..

Hidup tidak mudah, tapi Maha Pencipta tidak akan menguji hamba-Nya melebihi batas upaya seseorang hamba-Nya itu.. Kesabaran itu penting.. Itu adalah sebahagian daripada iman yang sangat-sangat dituntut..



★★★ kekacauan~

Wednesday, November 24, 2010

i-c-u wahai i-city _♥

salam~


Selamat malam kawan2.. Suda lama tidak update kan? Sangat bz la ditambah pula dengan internet kian tiada.. huhu~


Dalam bz bz pon ada jugak masa kuar hangout dengan kawan-kawan.. Bersama mereka bagaikan hilang segala masalah yang dihadapi.. Tak menyakat, tak mengutuk, tak gelak-gelak.. Memang lahh tak sah.. Pipikuh terlebey semua gara-gara mereka~ =p


Disebabkan keinginan yang teramat sangat ke i-city, maka kami membuat keputusan untuk ke sana.. Dah berkurun mende tuh ada, baru sibuk sibuk nak pegi... Ketinggalan sungguh!
Of coz lahh kami ke sana semata-mata nak tangkap gambar banyak-banyak kan.. Menggunakan kamera nikon sebaik-baiknya.. Tak salah kan.. Bukan guna kamera korang pon kan.. ampun.. main-main jew taw~


Punye lahh excited sampai sana snap2 gambar, alahai, beberapa minit kemudian hujan turun membasahi bumi.. Banyak tempat lagi kitorang tak pegi taw.. Mana tak nye, satu tempat jew berpuluh-puluh gambar amek.. ish3!


Lepas puas tunggu hujan tak benti-benti, kitorang pon amek keputusan berambus jew dari situ.. Pegi isikan perut then pulang ke rumah masing-masing.. Dalam perjalanan pulang, sempat lagi bercerita mengenai Dajjal.. Sangat cuak, sampaikan nak tidur pon teringat-ingat.. huhu~


Okeyy kawan-kawan.. Jom layan gambar.. Tak kisah kan =)


Kami ada plan baik punyee ahad nih.. Dan maw tengok Harry Potter.. Besh kah?
Sekian kawan-kawan.. Ada masa update lagi.. daa~



★★★ ADAM..tulang rusuk..penenang hidup ???

Sunday, November 21, 2010

tentang dia *2 _♥

salam~



Hari demi hari aku semakin rapat dengan Insyirah.. Walau kurang bercakap namun senyumannya sahaja sudah cukup melegakan gelodak hatiku.. Aku kian yakin untuk bertindak.. aku menghadiahkannya rantai sebagai tanda persahabatan.. Selain itu, salam yang ku utuskan juga acapkali disambut malahan dibalas dengan senyuman.. Isza dan Wieda adalah aset terbaik sebagai 'orang tengah' ku..


"Mal, aku nak cakap dengan kau.. Apapun aku harap kau sabar, lagipun belum pasti lagi cerita ni".. Sayu dan teragak-agak Wieda menuturkan kata-katanya.. "Hmm.. apa dia, cakap je lah," jawab ku.. Sesungguhnya, lagak Wieda agak mendebarkanku.. "Pasal Insyirah..." "Ha, kenapa dengan dia?" pantas ku memotong tanpa sempat Wieda menghabiskan bicaranya.. "Aku dengar dia dah couple dengan sorang dak form 4, skool kita gak.. tapi belum pasti tau," terang Wieda.. Tanpa berkata apa, aku terus berlalu meninggalkan Wieda yang terpinga-pinga..


Aku meragui kata-kata Wieda.. Lagipun, selama ini Insyirah baik dengan aku.. Aku sangka dia juga menyukai aku.. Ternyata tanggapanku meleset sama sekali.. Aku menerima tamparan hebat apabila sesi pengambaran diadakan.. Aku lihat dia berjalan berdua-duaan bersama lelaki yang didakwa Wieda sebagai teman lelaki istimewanya..


"Tuhan.. berilah aku kekuatan menghadapi situasi ini!" batinku merintih, menjerit, memekik mengenangkan dia.. Kesian ibu, risau benar dia melihat lagakku.. Sejak balik dari sekolah aku langsung tidak ada mood.. Seharian aku membisu, layan blues, monyok.. Yang pastinya, jiwaku remuk! Mujurlah akalku masih waras.. Ditambah pula dengan sokongan, semangat dan kekuatan yang diberi oleh teman-teman membuatkan aku bangkit dari keperitan itu..


Aku tak berdusta, benar aku menyukainya dan benar aku mencintainya.. Memang dia cinta pertama aku, sungguh aku mahukan dirinya.. Hakikatnya, realiti tak seindah mimpi.. Aku tidak pernah menyalahkannya, memang silapku lantaran terlalu malu, pengecut mungkin......


Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur.. Di saat derita menghimpit jiwa, kejora masih bersinar jua.. Kepada Isza, Apiez, Puteri, Azham, Wieda dan Ezzat.. kalian merupakan anugerah buatku.. Ku doakan kita sama-sama berjaya menghadapi Sijil Penentu Mati (SPM) yang akan datang.. Terima kasih teman.. tidak lupa insan yang paling berharga, ibu.. Maafkan segala kesalahan anakmu.. Sesungguhnya kesakitan itu umpama serum yang melindungi dalam diam.. Kini aku mampu bangkit dan berdiri gah..


Buat 'dia', ku doakan kebahagiaannya.. Terima kasih jua atas segala kemanisan yang pernah diberikan.. Takkan ku lupakan buat selama-lamanya.. Kepada mereka yang sama kecundang dalam dunia percintaan maya sepertiku, aku harap kalian terus tabah.. Ingatlah, jangan berbicara soal harapan, jangan berkata tentang hati, jangan berani menggulit mimpi andai iman masih rapuh di hati....!!!


Hargailah apa yang kita miliki ketika ini walau ia tidak secanggih ilusi~

nota kaki :
  • Kisah ini adalah berdasarkan kisah benar seorang insan bergelar teman, 5 tahun yang lalu.. Dengan kesabaran dan ketabahan yang dia miliki, akhirnya ada sinar harapan untuknya kini.. Semua laluan masa yang ditempuh olehnya, tidak diisi dengan angan-angan semata-mata malah dengan sedikit kesungguhan dan penuh harapan.. Kisah ini menjadi bukti perjalanan kisah hidup mereka dan kini bermula lembaran baru bagi mereka..
  • Pesanankuh : Teruskan usaha wahai sahabat.. Tiada penghalang lagi bagi kamu.. Cukup-cukuplah kesusahan yang kamu alami.. Kami di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu =)

  • Seronok kan ada nukilan cinta sendiri, coretan manis pahit kehidupan.. Boleh lah jadi kenangan di hari tua nanti.. weee~ =pp



★★★ cinta tak selalunya indah~

Wednesday, November 17, 2010

tentang dia *1 _♥

salam~


Aku tak mengerti apa yang ku rasa,
Rindu yang tak pernah begitu hebatnya,
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu,
Meski kau tak kan pernah tahu...

Aku persembahkan hidupku untukmu,
Telah ku relakan hatiku padamu,
Namun kau masih bisu diam seribu bahasa,
Dan hati kecilku bicara...

Baru kusedari,
Cintaku bertepuk sebelah tangan..
Kau buat remuk seluruh hatiku...

Semoga aku akan memahami.
Isi hatiku yang beku,
Semoga akan ada keajaiban,
Hingga akhirnya kau pun tahu...


Jam sudah menunjukkan angka 3 pagi.. Namun mataku masih segar, sesegar mindaku memikirkan tentang dia.. "Argh...radio ni macam tau-tau je aku tengah layan blues.. Tepat lirik lagu Pupus nyanyian Dewa tu kena kat aku.." ngomel aku sendirian.. Kecewa, sedih, lucu dan kadang-kadang rasa bodoh pun ye.. Mana tak nye, syok sendiri.. tapi, apa nak buat kalau hati ada cinta..


Mantik ku berputar ligat, nostalgia 27 Disember 2004 kini menerjah kembali.. Dewan Merak di Dusun Eco Resort, Pahang menjadi saksi.. Pada awalnya aku keberatan untuk menyertai program anjuran Biro Tata Negara ni, namun atas desakan dari teman-teman melemahkan hatiku.. Walau bagaimanpun, ada sedikit geram lantaran Apiez yang bersungguh-sungguh mengajakku akhirnya menarik diri.. Mujur sahaja masih ada Azham sebagai teman..


Pada peringkat awal, aku berasa sungguh bosan.. Dah lah duduk kat tengah hutan, musim raya, cuti sekolah pulak tu, BORING...!!! Program yang menarik juga aku rasakan hambar.. Sehinggalah pada satu malam kebudayaan... satu wajah ayu bersama langkah yang lembut di sebalik baju kurung orennya mengubah seluruh persepsi dan juga diari hidupku..


"Hoi, apsal ngan kau!" sergahan Ezzat menyentak sekali gus mengusir lamunanku.. Pantas pemilik wajah ayu itu, menoleh melihat kekalutanku.. Dia menghadiahi sebuah senyuman yang cukup manis, mungkin ingin menutupi kelucuan sikapku yang agak kabut.. "Wei, asal kau sergah aku? Terkejut tau tak, nasib baik aku tak sakit dek kentut berdarah " seloroh ku bagi menutupi rasa malu.. Malam itu, jiwaku kacau.. Senyuman 'dia' meruntun jiwaku.. Hati mula berkocak, nafsu kian mendesak dan minda mula mencari akal untuk mnegenali si 'dia'..


"Isza, kau kenal budak ni tak?" soalku memulakan operasi.. "Pesal, kau ada hati kat dia ke?" Soalan maut itu buat aku terpukul.. Alah.. tolong je lah, jangan banyak tanya, tingkahku.. "Okey, kalau kau nak tau nama di Insyirah, budak form 3 dan sama-sama librian macam kita." "Baguslah!! Thanks Isza." Aku terus berlalu ke kaunter peminjaman dan menukar waktu bertugasku sama hari dengannya...


Bersambung...

nota kaki : selamat hari raya aidiladha semua~



★ tabahkanlah hatiku ini~
Related Posts with Thumbnails