.

★ Abaikan mata, utamakan cerita ★
.

Thursday, August 26, 2010

ouh! curang kamu _♥

salam~


Helo kawan2..
Pe cer semua.. Yang hidupnya sebagai student, kompem penuh ngan test melambak-lambak kan.. Lecturer semua berlumba-lumba nak wat test.. Yela, sebelum cuti panjang yang akan datang nih..


Yang bekerja pula, sibuk dengan kerja yang melambak-lambak yang perlu di setlekan sebelum cuti dengan panjangnya.. Itupon kalau dapat cuti panjang lah, kalau bos kejam tak berhati perut, dapatlah korang cuti dua, tiga hari jew.. Dengan alasan, korang bukan puasa penuh pon nak raya lama lama.. hakhak! =p


Yang tak bekerja yang sangat ber-honeystar nye macam dirikuh nih, ape yea nak disibukkan.. Kompem kompem lah sibuk dengan tv nya, dengan tidurnya, dengan internetnya.. kankan~ =p


Walau ape jua kita sibukkan atau ape jua status kita, lakukan dengan bersungguh-sungguh ya.. Maw sungguh sungguh melayari internet nih.. haip! nak search resepi kuih raya lah.. bole? =p


Rasanya dah tersasar jauh daripada apa yang ingin diperkatakan kat entri nih.. ish3!


Apekah perasaan korang apabila korang tak dihargai.. Bayangkan korang terlalu menyanyanginya tetapi pasangan korang langsung tak pernah menghargai.. Sebagai contoh, korang sayang dia bagai nak rak, tapi pasangan korang tuh pulak sering membanding-bandingkan dengan ex kekasih dia yang sebelumnya.. haihhh.. Kalau dah sayang ex kau tuh sangat, kenapa kau clash, ye tak? Tak ke menyakitkan pasangan kau sekarang..


Apekah perasaan korang apabila korang dicurangi.. Kekasih kau punyelahh percaya kau sangat sangat sampai ape yang kau buat pon dia tak pernah nak tanya.. Tapi, kau nih tak sedar dek untung kowt, kau pon amik lah kesempatan tuh tok menggatal dengan orang lain.. haihhh.. Tak cukup cukup kah dengan seorang bai.. Yang pasangan kau, kau pagar macam kau nih dah ada ikatan sah lak.. Nak keluar dengan family pon susah, nak discuss pasal group work pon tak kasi.. Tapi kalau kau, semuanya boleh, semuanya takde salahnya..


Dah kalau kau mengayat sana sini orang kat laman sosial, puja orang tuh beriye-iye, mana tak nye pasangan kau tuh naik angin? Terasa hati? Siap bagi nasihat panjang lebar, tapi dengan pasangan kau, nak layan pon naik jelik kan? ish3! Ape punya perangai lah kau nih.. Dah kantoi, baru nak terhegeh-hegeh balik, mintak maaf segala.. Tuh kalau kantoi, kalau tak, sampai bile bile lah kau bermaharajalela yea.. hebat tol!


Bagi mereka mereka yang dapat pasanagn macm tuh, sabarlah yea.. Itu jew mampu aku katakan.. Dah tak sabar, tinggal.. Kalau still boleh diperbaiki, baikilah.. okeyy? Kalau perlukan telinga kuh, bole bole.. Aku pendengar setia =)
Kalau perlukan tangankuh pon bole.. hakhak! =pp

* cuak tak! cuak tak! =pp *


nota kaki :
  • banyak video dari you tube di-post-kan kat fb kan.. hayatilah~ =)
  • tolong hormati wanita dengan cara memanggilnya, menyapanya, berkomunikasi dengannya, melihatnya, menjaganya, menyayanginya, mendoakannya kerana-Nya~



★★★ can't wait ketemu gegurl2 kuh sekelian.. kangen!

Tuesday, August 24, 2010

puasa puasa *2 _♥

salam~


Kali nih maw citer sal makan lagi.. wahh~ maw bagi terliur pada kamu kamu semua =p


Korang selalu makan sahur pukul berapa? Standard kalau dah student tuh, kompem makan sebelum tido.. Konon malas nak bangun lagi, yela kan tido pon da pukul berapa.. Kalau dengan keluarga, aku selalunya memang nak dekat-dekat azan baru nak berbuka.. Betul-betul melambatkan bersahur tuh.. afdall lagii~


Selalunya kalau korang bersahur, makan apa yea? Sesetengah orang tak suka makan nasi ketika sahur.. Selera makan tuh kompem takde sebab baru bangun tido kan.. Tapi zaman-zaman dulu memang mengamalkan makan nasi ketika sahur nih.. Tujuannya untuk bertahan dan bertenaga sehingga masa berbuka puasa..


Bagi aku, bila di rumah bersama keluarga, amalan makan nasi ketika sahur memang wajib.. Sebab kitorang tak makan nasi ketika berbuka.. Time berbuka hanya makan makanan yang bergoreng ataupon kuih muih sahaja..


Tapi bila berada jauh dari keluarga maksudnya time-time belajar dulu, time berbuka lah makan nasi.. Time bersahur sekadar minum air jew.. Yelakan, mana nak cari nasi pagi-pagi buta dengan takde transport segala..


Betulkah orang johor saja yang tak makan nasi ketika berbuka? Betulkah orang kelantan makan nasi jew tiap-tipa masa? Rasanya depend pada seseorang tuh kan.. Sebab aku ada kawan johor yang makan nasi ketika berbuka dan makan makanan bergoreng ketika bersahur.. So tak bole judge orang mengikut negeri ya kawan-kawan =))

=p

Satu tips untuk anda ketika bersahur..
Kalau malas sangat nak makan nasi ketika sahur, makan jew 3 biji kurma.. InsyAllah akan tidak terasa kelaparannya.. Aku pernah cuba! =)


Satu tips untuk anda ketika berbuka..
Dulu-dulu, ada ustaz cakap kalau nak doa kita termakbul, cubalah dengan membaca selawat 3 kali sebelum berbuka dan berdoa selepas itu.. InsyAllah diperkenankan.. amin~


Selamat menjalani ibadah puasa.. Sekejap saja rasanye sudah separuh bulan ramadhan kita berpuasa.. Semoga segala amalan kita dapat dipertingkatkanlagi.. okeyy.. daa~


* gambar sumber dari google..



★★★ yunk~

Monday, August 23, 2010

janganlah mencari seseorang yang terlalu sempurna _♥

salam~


Jika kamu memancing ikan..
Setelah ikan itu terlekat di mata kail..
Hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya..
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup..

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang..
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu..
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya..
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja..
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu..
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu..


Jika kamu MENADAH air biarlah berpada..
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh..
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja..
Kerana apabila ia mulai RETAK,
tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula..
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja..

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang..
TERIMALAH dia seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa..
Anggaplah dia manusia biasa..
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN..
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA..
dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat..
Dan bukannya MENGHUKUMNYA..
dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja..
kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya..
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja..


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi..
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu...
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT..
Mengapa kamu berlengah lagi?
dan kamu cuba mencari makanan yang lain..
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN..
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri..
dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi..
Kamu akan MENYESAL..

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN..
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu..
MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU dan MENCINTAIMU..
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN..
Kelak, dia akan BERJAUH HATI..
dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi..
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI, kita akan BAHAGIA dan terus BAHAGIA.. itu lebih BERMAKNA~


nota kaki
: Begitu hidup ini tiada yang abadi, yg patah akan tumbuh yang hilang akan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang




★★★ out of the lies you've told.. was my favourite <3

Sunday, August 22, 2010

meh usha sat! _♥

salam~


Hai hai.. Maw di khabarkan ini.. Maw bagi kamu kamu semua juling juling tengok gambar konvokesyen hari tuh.. Lanjutan daripada entry ini : dah konvo, nak puasa!
wahh.. Ketinggalan sungguh bukan? ish ish ish! =p

* gambar-gambar ketika waktu hari konvokesyen *


Disebabkan terkilannya tak dapat bergambar dengan puas puas bersama jubah tersebut, maka sayang sayang kuh mengajak untuk bergambar sekali lagi pada hari yang lainnya pula.. Baru datang itu kepuasannn~ =)


Gambar yang last tuh, tak dapat wat time konvo, time tak konvo pon jadik lahh walaupon da expired.. damn! =p


Ramai kawan kawan kuh suda bekerjaya lahh.. Dan ada yang melanjutkan pelajaran.. Aku nih hape pule.. adoyai~
Semoga mereka berjaya.. Doakan lahh untuk dirikuh sekali taw.. taw!




★★★ nak kawan kawan +_+

Thursday, August 19, 2010

puasa puasa *1 _♥

salam~


Holaa kawan2.. Suda 9 hari kita berpuasa kan? Kira sudah malam ke sepuluh dah kita menyambut ramadhan nih.. Sembahyang tarawih tak kawan2? Kalau korang-korang solat tarawih malam nih, Allah akan mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.. Sape taknak bai, free free jew dapat kebaikan camtuh.. ye tak?


Okeyy.. Sebenarnya maw citer pasal bulan2 ramadhan nih., apa yang menarik, tertarik dan tarik-menarik lahh =p
Maw mulakan dengan kisah makanan.. Bulan puasa nih menahan kita dari makan dan minum kan.. Tapi, makan dan minum nih lah jugak kita tak tertahan nak tengok.. Kira melambak-lambak lah di mana mana jua berada.. Time time nih ramai yang jadi penganggur terus buka bisnes jual kuih.. tol tak? Ada yang dah bekerja pon, sanggup balik kerja awal sebab nak meniaga tambah duit raya nanti..


Kita yang tukang beli nih, kompem lah haru melihatnya.. Terbeliak mata satu persatu tengok juadah yang ada.. Tak pandang dah lauk pauk nasi segala.. Kuih muih pon dah leh penuhkan perut time berbuka..


Selalunya, bulan bulan puasa nih, aku suka cari roti jala.. Tak taw lahh nape.. Bulan puasa tak rasa roti jala macam something wrong somewhere lahh.. Alaa, macam korang pakai baju tak pakai kain atau seluar lahh.. haha~

Kalau kat bazar bazar ramadhan nih, standard makanan yang ada kompem mertabak dengan roti john kan.. Dah 9 hari puasa nih, asyik makan tuh jew.. Tak taw lahh nape, makanan senang pikir kowt.. Lagipun ramai ramai boleh melantak bersama-sama..
Bulan puasa sinonim dengan bubur lambuk.. kan kan.. Paling femes of coz lah kat kg. baru tuh.. Tapi sekarang nih, takyah nak pegi jauh2, pegi jew cari kat bazar.. Kompem ada punyee.. Ibu kuh pon selalu jugak buat.. Kira malas nak layan anak nya merengek-rengek beli, habis duit katanya.. Beli lagi jimat.. Lagipun lagi lagi sedap kan?

Laksam? Korang pernah makan tak? Itu makanan feveret weyhh.. Laksam nih berasal dari kelantan.. Kalau tak silap lahh.. Rasanya lemak manis santan kelapa muda gituu =p

Okey lah kawan2.. Jap lagi maw berangakat ke bazar.. Maw cari mee rojak lak.. Wahh, kira ala ala mengidam lahh konon.. Selamat berbuka puasa kawan2 =)

* gambar sumber dari google..



★★★ rindu maw berbuka dengan teman-teman +_+
Related Posts with Thumbnails