.

★ Abaikan mata, utamakan cerita ★
.

Wednesday, May 26, 2010

carca marba _♥

salam~


Entri nih bercampur gaul dengan kehidupan sendiri dan juga kehidupan orang lain.. ahaaa~
Jangan terpedaya.. hanya kemerepekan semata-mata.. Adoyai.. merapu, meraban lagi! =p


Firstly, maw citer sal aku yang ntah kenapa tibe2 merasai perutnya menggila-gila hari ini..
Semua gara2 mengidam maw makan mee rebus lah nih petang tadi.. haishh.. Tak sedap + cair lahh kuahnyee.. Tak berapa nak besh.. *bersyukurlah wahai kamu dapat makan..huhu~


Tak sedap2 pon, abes gak sampai tinggal sikit kuah dalam mangkuk tuh.. Lapar wey, satu hari tak makan nasi lagi.. hee~
Balik dengan perut yang bangga dapat di isi.. Sampai bilik, sambil lepak2 merasakan sesuatu yang tak kena dengan tekak dan dadakuh.. Seakan keloyaan di situ.. Anak sape pulak nih! =p


Ye.. Dirikuh muntah dengan hebatnya.. Ulang alik toilet tuh ntah bape kali ntah agaknye.. Sekali muntah, banyak nak mampus.. Kalau ulang2 kali? haihh~ Naik lemah suda badan nih.. huhu~
Da rasa lega sikit tekak nih, perut pulak wat hal.. Cirit birit pulak.. dem! =(


Tapi, now suda beransur pulih.. Tibe2 mengidam maw minum yang sejuk2 belaka.. waduh.. macam2..
Bilik nih sangat panas lah.. nape yea?


Okeyy.. Abaikan citer itu.. Tadi ber-blog walking, tibe2 terjumpe satu blog yang namanya juga berasaskan starz sumthing.. wahh.. ada geng rupanya.. *ingat kau sorang jew ke suke bintang..cehh! =p


Ape2 pon, aku tetap aku.. Aku yang tetap sukakan bintang.. hehe~ Nama blog nih juga tak mahu ditukar, insyAllah.. Kalau terjumpa bintang di mana2 tuh, buat2 lah ingat pada kuh di sini k.. hahah~
Sangat sangat suka suka baju nih.. Ini bintang sangat selebet.. abaikan dia =p

COP!
Dirikuh selalu perhatikan ini.. Setiap kali satu entri di-post-kan.. Setiap kali itulah bertambahnye satu follower.. wahh.. Thanks korang.. Ada masa dirikuh pegi jengah blog korang k :)


Last last,
dirikuh sangat suka Shahir dan Maulana Af 8 lahh.. hahah.. iklan!
* ada persamaan kah? naya aku kalau incik fathi baca nih..haha~ *

Btw,
hepi2 selalu kawan2.. Ceriakan hidup anda dengan kilauan bintang.. wink wink ***



★★★ counting days~ :)

merepek ++ merapu _♥

salam~


Dengan kebosanan yang terlampau teramat sangat melanda diri, jari yang demok ketot nih pon pegi lah gatal2 search kat google ape yang menarik.. Maybe korang semua pernah baca atau dengar kowt.. Saje maw letak beberapa kat blog nih.. Rasa macam suka~ :)

- Kisah 1 -
Ade lah sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.. Derma untuk rumah orang-orang tua.. Seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua.. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.. saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


- Kisah 2 -
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku.. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..


- Kisah 3 -
Seorang Tok Batin baru membeli motosikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu.. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapa kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


- Kisah 4 -
Seorang posmen yang datang menghantar surat .
" Assalamualaikum "
" Waalaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


- Kisah 5 -
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!


- Kisah 6 -
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak.. saya dah ada teman baru.. sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok.. tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak.. nanti awak pilihlah sendiri.. yang selebihnya kembalikan kepada saya..
Siti : Erkkkkkk........
Benci .........


And last but not leastt~

- Perang besar jika ungkapan cinta anda diterbalikkan -
Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama.
Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?
Teruna : Tentu Tidak! Jangan sesekali kau berpikiran seperti itu.
Dara : Apakah kau mencintaiku?
Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu.
Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?
Teruna : Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu.
Dara : Maukah kau menciumku?
Teruna : Ya...
Dara : Sayangku... Sesudah 5 tahun nikah...

* Sila baca dari bawah ke atas *

* gambar adalah sebagai hiasan semata-mata =p *

nota kaki : tak taw lah nak classified mende alah nih lawak kew tak.. weheee~ =p



★★★ sangat kepanasan bilik ini.. maw di rumah! +_+

Thursday, May 20, 2010

syaitan bertopengkan manusia _♥

salam~


Syaitan bertopengkan manusia berada di mana2 sekarang.. AWAS!
Sering berkelakuan baik, tapi hakikatnya tiada yang lain lebih jahat daripadanya..
Sering mengganggap dirinya betul, tapi sebetulnya tiadalah betul melainkan salah semata-mata..


Tiada yang lebih hebat daripadanya.. Itu janjinya..
Segala yang terjalin, pasti akan dimusnahkan sehebat-hebatnya..
Segala perasaan, akan dihancurkan sepunah-punahnya..


Berdendam rasa itu sudah biasa..
Kata-kata maaf diungkap ulang-ulang kali..
Tetapi hampa..
Manis mulut berbicara..


Itu mungkin puas..
Tapi yang lainnya menderita..
Mungkin itu yang dia tak tahu..
Dalam hati tiada siapa dapat mengerti..


Jangan bilang kau hargai, bila kau asyik menyakiti..
Itulah mereka~


★★★ sangat penat bermain dengan perasaan..maw jauh~

Sunday, May 16, 2010

pelempang berbijik-bijik _♥

salam~


Aku suka zaman sekolah dulu2.. ABC takyah citer dah.. Maw lanjut kasi advanced kita cakap pasal tolak tambah bahagi darab.. Sebab benda tuh aku ingat sampai bila2.. Pasal cikgu, pasal Matematik, pasal peristiwa itu..


Kisah tuh aku ingat sampai sekarang.. Tak tahu lahh 22 tahun akan datang kalau tuhan bagi aku masa untuk bersujud lagi.. Sebab salah paham, jadi haru satu kelas.. Bukan! Terdiam satu kelas..


Cikgu tengok buku latihan aku yang bersih suci tanpa dek contengan kira-kira yang aku lakukan.. Hanya terus dengan jawapan yang tertulis di ruangan jawapan.. Cikgu tanya aku macam mana aku dapat jawapan yang ku megahkan itu.. Aku dengan yakin tanpa segan silu memberitahu cara aku mengira dengan stail aku sendiri.. Cikgu menggeleng-gelengkan kepalanya.. Di bilangnya dusta, tipu durjana.. Tak mungkin dapat jawapan dengan sebegitu mudah tanpa sebarang contengan.. Peniru! lagi di herdiknya..


Aku yang pura-pura macam hero, ulang ulang ape yang aku nak tegakkan.. Cikgu buat tak heran.. Tapi tangan hinggap kat muka suci aku time-time tuh jugak.. Tak macam perit pulak yang aku rasakan.. Aku cuba buat-buat takde ape-ape berlaku.. Aku terus mengeruhkan lagi keadaan.. Aku beritahu lagi ape yang aku buat dengan tambah tolak itu.. Belum sempat habis, PANGG kali kedua.. Lagi sekali aku beritahu, kali nih sambil air mata menitik-nitik di buku, PANGG berkali-kali.. perghhh! Terasa macam scene citer cinderella dilibas oleh mak tiri nya pulak.. damnn!

Sejak dari itu, aku ikut rentak Cikgu.. Conteng2 bagi penuh satu buku.. Baru puas hati Cikgu.. Aku pon puas sebab cinderella sudah dapat berkahwin dengan anak raja.. merepek! =p


Tahun berlalu tahun, Cikgu relax saja.. Mungkin Cikgu tak ingat dah peristiwa itu.. Cikgu dah baik dengan aku.. Buktinya, Cikgu suruh aku pegi tiap-tiap kelas amik kedatangan.. Cikgu suruh aku tulis kat papan kenyataan bagi cantik-cantik.. Cikgu suruh jawab soalan2 yang diberikan depan kelas.. COP! Baik ke kuli macam tuh? =p


Tapi ape-ape pon, sejak dari itu aku belajar sungguh-sungguh untuk subjek Matematik.. Minat terhadapnya, tak terkira rasanya.. Tapi sekarang, nak ingat balik teorem pitagoras pon teragak-agak.. Setakat term kuku saya hilang bagi kuku untuk kos, saya untuk sin dan hilang untuk hipotenus, boleh lahh.. Tapi mana nak letak menda alah tuh pon dah tak taw.. huhu~
Ini semua gara-gara Biology.. cess~ =p


Hari nih 16 Mei.. Selamat hari guru.. Tanpa mereka, siapalah aku sekarang~ :)



★★★ hidup mesti diteruskan~

Friday, May 14, 2010

kerana kau wahai tesis _♥

salam~


Tesis kuh suda dijilidkan dan dihantar ke pejabat fakulti.. Sangatlahh bersyukur ke hadrat ilahi di atas segala kudrat dan limpahan-Nya~

* suda jilid kaler hijau..wee~ *


Kawan2, cabaran dan dugaankuh dalam menyiapkan tesis nih bermula dari start dapat penyelia sehinggalah pada hari nak hantar tesis tuh.. huhu~


Namakuh tercicir daripada senarai pelajar mendapat penyelia.. So kenalah mintak merayu-rayu pada penyelia yang ada.. Dah dapat penyelia pulak, tajuk tesis kuh suda 3 kali bertukar.. Tak macam pening pulak time tuh.. Tukar macam tuh takpe jugak, tapi nih dah siap buat research dan proposal lagi.. Dan dan kena tukar time dah siap segala..


Dan untuk pengetahuan korang, kajian tesis kuh dijalankan di Mardi, Serdang bersama 3 lagi rakankuh.. Kena campak kat sana weyhh, sebab da tukar tajuk dan Mardi memerlukan orang.. dugaan lagi~


Pada permulaan di Mardi, sangatlah tension nye.. Orang2 di sana menganggap yang kitorang nih hebat kowt dengan kajian kitorang.. Even nak guna peralatan2 yang ada pon dorang pandang sinis.. Sampaikan mereka kata, "itu pon tak reti guna?".. Apekah perasaan korang time tuh.. Mana lahh kitorang pernah guna alat2 tuh.. Sebelum nih pon kat fakulti, pembantu makmal yang buatkan.. Kira bersyukurlahh mereka yang buat kajian di fakulti, ada jugak yang akan tolong..


Kena marah dengan penyelia kat Mardi, itu suda biasa.. Sampaikan nak nangis jew setiap kali jejak kat lab Mardi tuh.. Dengan penyelia kat UKM pon tak amek kesah sangat kitorang.. huhu~


UKM-Serdang takdelahh jauh sangat.. Tapi tuh lahh, masalah transport.. Kalau nak pegi, kena naik ktm dan bas.. Total tambang pergi balik, RM33.40.. Bukan takleh pegi ngan kawan2.. Ada kawan yang ada kereta, tapi timing kami nak pegi lab tak sama.. Ikut keperluan masa kajian masing2.. So, terpaksalahh pergi sendiri..


Dengan kos yang melambung lambung, korang sanggup ke pergi tiap2 hari? Paling maksimum pon dirikuh pegi 2 kali seminggu.. Dan pada itu, aku sendiri nak nangis dengan simpati mereka2 di Mardi nih..


Pada suatu hari, tuh pon nak dekat2 siap kajian lab dah, seorang staf kat Mardi nih nampak dirikuh datang dengan teksi.. Dan pada itu lahh dia soal siasat kuh.. Tak macam banyak pulak simpati yang dia luahkan sampaikan ada satu tahap dirikuh sendiri pulak nak nanges.. Elok2 wat biasa jew, terus sadis2 pulak!
Dan start pada itulahh, dorang pon takdelahh nak marah2 lagi.. Dan penyelia kat sana pon sangat memahami.. Alhamdulillah~


Kekangan juga banyak berlaku di UKM.. Macam2 terjadi, hanya mampu bersabar dan tahan saje.. Kadang2 rasa macam di anak tiri kan.. Sehinggalah time nak hantar tesis pon banyak dugaannya.. Dari pagi hinggalah ke petang nak setlekan satu satu mende yang perlu di uruskan..


Dan akhirnya, hanya satu kalimah syukur yang mampu dilafazkan dan serta merta segala apa yang pernah berlaku tidak di anggap penting lagi.. Alhamdulillah~
*************************************************************************************

Suda citer itu kisah sedey.. Maw citer pulak sal kajian yang dirikuh buat.. Patotnya 1st tajuk adalah pokok kesum, then Heliconia aleh2 kena wat pasal ubi keledek pulak.. Lawak kan pokok yang aku kena kaji.. Layann jeww~ =p


Tajuk tesis : Mikroperambatan menggunakan eksplan pucuk ubi keledek (Ipomea batatas (L.) Lam) varieti Syiroyutaka.. ada paham? haha~

* Ini merupakan sumber pokok ubi keledek yang diperolehi sebelum melakukan segala kekejaman ke atas nya =p *

* Ini setelah melakukan treatment ataupun segala letak tambah hormon kat pokok tersebut *


Masa tesis disiapkan, amek masa sampai 2 semester juga.. Ala2 setahun lahh gitu~
Banyak keje yang perlu dibuat, dan banyak masa yang diperlukan~
Ini time Viva- presentation tesis.. Sangat lahh cuak ditambah pula dapat pemeriksa yang sangat expert hal2 kajian kultur tisu nih.. ye, aku wat pasal tisu kultur.. Walau apepon, semuanya suda selesai~


Maw ucapkan terima kasih pada kesemua yang terlibat.. Keluarga dan rakan2 kuh yang sentiasa menemani masa suka dan duka.. Tak lupa kepada Dr. Zuraida di Mardi, Dr. memang sangat baik rupanya.. thanks~


nota kaki : time exam atau time presentation jew bole nampak dirikuh pakai baju kurung.. Baru macam ada nilai ke-sweet-an di situ.. yelah, jarang2 nampak.. weee~

Fokus short sem pulee.. bye kawan2~



★★★ maw ber-dinner bersama sahabat2 baik :)

Wednesday, May 12, 2010

student's life besh ma! _♥

salam~


Kalau lahh da bekerja atau erti kata lain suda meninggalkan dunia sebagai pelajar nih, adakah kita dapat merasa lagi enjoy2 seperti selalu? Adakah dapat bangun dengan sesuka hatinya sebab konon2 kelas petang.. Ataupon adakah dapat beronggeng sana sini dengan kawan2 yang sangatlah satu kepala lagi? haihhh~


Orang kata kalau dah bekerja nih, macam takde life sangat.. Bangun pegi keje sebelum matahari terbit dan balik ke rumah pabila matahari terbenam.. Dah sampai rumah pulak, takde maknenye nak ber-sms dengan kawan2 yang dah lama tak berhubung.. Entah2 terus jew campak baju seluar segala, lompat terjun terus atas katil.. Kata pon penat kan?


Bagaimana lahh kehidupan kuh selepas ini?? Maw merasai sisa2 masa yang ada sebagai seorang pelajar sehebat2 nya.. Maw tidur sehebat2 nya.. Maw ngada2 dengan teman rapat sebanyak2 nya.. Dan maw keluar habiskan masa sepenuh2 nya.. ish! Sangat lah terasa keterlampauan di situ =p


Sebagai maw kotakan kata2 yang telah dilemparkan, yee, dirikuh pon habiskan masa dengan sayang2 kuh lahh.. hee~


Sabtu, ke bukit bintang bersama Sheera, Sofiah dan Syikin sayang.. Wahh 3S lahh.. Kami pegi karok beb! =))

* mereka nyanyi sedap wooo~ =p *


Tak lupa tangkap2 gambar.. Lom tentu da keje nanti dapat tangkap gambar camnih.. haha, takde kena mengena =p
Dan yang paling besh, kitorang makan kek yang banyak dan sedap.. Tak lupa juga dapat hadiah yang sangat2 besh sempena birthday kuh yang lalu.. Thanks Sheera dan Syikin..
COP! Ada dapat hadiah juga dari Lyana Hisham sayang.. Thanks jugak taw!
* Sheera dan Syikin yang bagi.. ada gak dapat bintang kelip2..yeahh! *

* suda ada peneman si bear2 putih nih yang diberi oleh teman baik kuh suatu ketika dulu.. Lyana bagi yang coklat tuh.. shuwett~ :) *


Isnin pula, ke Times Square bersama Lyana dan Fara sayang.. Kami pergi makan dan teman dorang shoping.. weee~
Ada yang kata kami muka sama.. Dah keje nanti muka sama dengan sapa lahh pulak kan.. hee~

Jumaat? Sabtu? Ahad? Ada sape maw ajak kuar lagi? Betul2 maw gunakan masa yang ada nih..

Walau ape2 pon, dirikuh tak bersedia maw keje lagi lahh.. Tapi maw duit banyak2.. Bole? haha~
Melampau suda.. cehh!

Okeyy kawan2.. Kalau ada keje kosong, bole gitaw lah yea.. bye! =)



★★★ memang setiap yang berlaku ada hikmahnya..aku insaf!
Related Posts with Thumbnails