.

★ Abaikan mata, utamakan cerita ★
.

Tuesday, April 27, 2010

selamat hari jadi sayangkuh _♥

salam~


Di suatu pagi,

si pemuda: weyy, korang! esok birthday awek aku dowh.. aku serius blank tak taw nak wat ape nih.. aku ingat maw wat surprise lahh.. ada idea?

konco-konco: pegi lahh simbah awek ko ngan telur, tepung.. masyukk beb.. haha~

si pemuda: cibai! serius la dowh~

konco-konco: wah.. giler r.. sal serius bebenor nih.. relax relax..

si pemuda: aku tak pernah nak wat pape kat awek aku tuh.. time2 camnih la aku nak tunjukkan.. aku sayang dia beb..

konco-konco: perghh.. giler jiwang kau nih... ok2.. kau pegi lahh nyanyi lagu birthday depan dia.. mane taw dia hancur lebur tengok kau nyanyi.. haha~

si pemuda: cam best.. set!

konco-konco: ha? serius kau nak nyanyi?

si pemuda: aku nyanyi tepat jam 12 tengah malam nih.. depan kolej dia aku nyanyi.. aku suruh awek aku tuh jenguk dari tingkap.. amacam?

konco-konco: perghh.. giler hebat kau.. layann~

Dengan semangatnya si pemuda tersebut, teruslah dia keluar mencari kuntuman bunga yang segar bugar di merata-rata tempat..
*************************************************************************************
Dan dengan itu, mereka pon tunggu lahh dari lewat petang sehingga ke detik 12 tengah malam..

konco-konco: kau tak mesej awek kau ke.. mane taw dia takde kat bilik.. tak ke naya kau tunggu lama camnih..

si pemuda: saje aku taknak mesej.. baru surprise.. dia mesti ada kat bilik punyee.. kompom!

Mereka hanya menyokong saja ape yang dinyatakan oleh si pemuda tersebut.. Walaupun diserangi oleh nyamuk2 berterbangan di samping mata2 yang melihat.. Yelahh, tak ke pelik laki2 dok depan kolej perempuan? Naseb baik tak kena halau dengan pak guard~
*************************************************************************************
Tepat jam 12 tengah malam,
si pemuda menghubungi kekasih terchentanya.. menghantar pesanan ringkas kepadanya.. berulang-ulang kali lamanya.. tetapi.. hampa~

konco-konco: kan dah kata.. hantar mesej tadi taknak.. nih takkan maw terperuk lama lagi kat sini..

si pemuda: dia tertido kowt.. tunggu lahh sat lagi~

konco-konco: bape lame lagi dowh..
*************************************************************************************
si pemuda: korang rasa awek aku suka tak.. tak pernah2 kowt aku wat gini..

konco-konco: yelahh.. buang tebiat kau nih.. dah pagi2 buta camnih pon tercegat lagi kat sini.. siott~

si pemuda: sory lah geng.. korang nak balik dulu, balik lah.. aku nak jugak nyanyi untuk dia.. aku nak dia ingat sampai bile2.. haha~

konco-konco: lantak kau lah.. selagi kitorang boleh tunggu, kitorang tunggu.. dah tak tahan sangat kitorang chou lahh~
*************************************************************************************
Suatu ketika pada jam dua lebih pagi,
vr0o0oommm~

konco-konco: wey, ada kereta, ada kereta...

Kelihatan sang gadis bersama seorang jejaka yang sememangnya tidak dikenali.. Mereka bersalaman sebagai tanda perpisahan pertemuan mereka.. Di samping di persembahkan senyuman yang lebar manis melebur oleh sang gadis kepada si jejaka.. Mungkin sebagai tanda terima kasih atas segala apa yang dilalui oleh mereka sehari-hari dengan lambakan hadiah yang memenuhi tangan si gadis..

Konco-konco tadi hanya mampu diam dan tergamam..
*************************************************************************************
Si pemuda terus berlari ke arah si gadis sebaik saja kereta itu berlalu pergi dan si gadis baru mahu melangkah ke anak tangga yang ingin dijejaki..

Jambakan bunga mawar yang mungkin masih harum dan segar, diberikan kepada si gadis dengan tabahnya.. Lalu dinyanyikan lagu selamat hari jadi buatnya..

selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jadi sayangku
selamat hari jadi
Kemudian, si pemuda terus melangkah pergi tanpa menoleh kembali ke arah si gadis.. Si gadis terus terkedu dan hanya air mata mampu membasahi pipi..
Konklusinya : hargailah pasangan anda sehebat-hebatnya.. cinta kata cinta.. benci katakan benci supaya tiada yang lebih terluka~

nota kaki : ini kisah benar.. berlaku di UKM suatu ketika dahulu~



★★★ jangan ada yang ketiga!

girls boys club drunk _♥

salam~


Pernah suatu ketika dahulu dirikuh ber-walk-blogging ke mana2 blog yang ada..
Maka terjumpalah satu blog nih yang entrinya tentang "girls go to club is because they want to get touched".
Entri nya simple, hanya gambar perempuan sedang menari ala2 seperti bawah nih k..

* because they want to get touched *

Lebey kurang camnih la.. Tapi dirikuh pegi rajin edit sendiri pic nih.. hakhak!

What do you think about diz ya.. Camane pule lelaki yang pegi ke club??? Dirikuh tertarik dengan satu komen yang diberikan terhadap entri tersebut yang mengatakan lelaki ke club pula disebabkan aweknya tidak mahu disentuh kerana takut kehilangan dara.. fuy0oo~


Ini kuh tambah2..
Perempuan minum arak sebab ape???
Sebab nanti glamour, dapat masuk surat khabar, dapat rotan free2 depan orang ramai.. kan kan~


Lelaki pulak bagaimana???
Macam ramai jew yang berbuat demikian.. Tak kena sebat pon.. ish3!


Saje maw berkongsi blog yang pernah kuh jalan2.. Tapi lupa lah nama blog tuh ape.. Kalau korang pernah jengah, gitaw okeyy~ ;)



★★★ kenapa sesuatu itu asyik berlaku, tak lenyap2..

Monday, April 26, 2010

menarek tertarek _♥

salam~


Hai kawan2..
Saje maw kongsi pic2 yang diterima..
Tak taw lah sumber ini boleh dipercayai atau tidak.. Pic2 ini adalah suasana dalam menara tertinggi di dunia iaitu, Burj Khalifa di Dubai..
Kalau nak kepastian, pegi lah sana.. Pastu gitaw yea ape kebenarannya..heee~


Sangat cantek kan.. Jom wat rombongan ke sana.. hakhak! ;p



★★★ sangat bosan.. pheuww~

Saturday, April 24, 2010

kau lah dewa yang aku puja _♥

salam~


Pernahkah kawan2 dengar akan lagu realiti dewi oleh aliyah yang suda berambut pendek itu.. suda suda.. sangatlah besh bukan?


Tapi kan, tak rasa pelikkah dengan lirik lagu yang diutarakan.. hurmm.. sangat memuja dan melambung2 lah.. tak elok kan.. tak elok tak elok~


Bukankah Tuhan kita yang Esa itu aje yang perlu dipuja.. Takkan setakat hamba-Nya yang lemah tanpa kesempurnaan yang perlu dilebih-lebihkan?


haha~
Intro sangat lah serius..
Kembali ke mood santai ya kawan2..


Setiap pasangan sangatlah saling sayang menyayangi kan? Kalau tak sayang, takyah amek pilihan untuk berpasangan okeyy.. Merana pasangan korang itu..


Bila dah berkasih sayang nih, janganlah pula melebih2 kan.. Maksud melebih2 di sini adalah terlalu agungkan pasangan korang.. Segala yang dilakukan oleh mereka betul semuanya, tiada cacat celanya.. Sampaikan kawan korang sendiri, korang tak percaya.. Yela, mana taw yang kawan korang terjumpa dengan pasangan korang bersama perempuan/lelaki lain siap berkepit2 lagi.. Kalaulah benda tuh memang betul2 berlaku, adakah korang masih maw berada di pihak pasangan korang?


Kepercayaan amatlah penting.. Tapi terlalu percaya sangat pasti ada keburukannya.. Takut di kemudian hari korang akan kecewa dan sakit yang teramat sangat akibat tidak dapat menerima kenyataan.. Bersederhanaan lah anda.. Okeyy~


Tapi kalau korang jadikan pasangan korang sebagai contoh bagi perkara2 yang baik.. Sangatlah tak mengapa malah bagus lagi.. Sebagai contoh, pasangan korang dapat 4 flat tiap2 sem, korang sangatlah kagum dengannya dan berazam untuk terus mencapai kejayaan sama sepertinya..


Pasangan korang sangat menghormati orang tua.. Korang pun kagumlah sikap dia yang sangat ramah tanpa mengira lapisan golongan orang.. Pasangan korang sangat suka menangkap gambar yang sangat unik dan aritistik, korang pon kagumlah dengan segala nukilan hasil kerja si dia.. Dan banyak lagilahh yang korang boleh kagum atau puja.. opss bukan puja yea.. puji itu namanya~ ;)


Okeyy.. sampai di sini yea kawan2..
Happy2 selalu.. daa~




★★ sangatlah malas untuk pack barang2..ada sape2 yang maw hulurkan bantuan? ;p

Friday, April 23, 2010

GAMBAR ANDA PERASAN BEST DEPAN CERMIN _♥

salam~


Tajuk sangat lah riak pluss poyoss giler kan..
Tapi apekan daya..Tajuk di beri sebagai syarat tagged ini..
Dirikuh di tag lagi.. Kali ini oleh cik sherah yang sangatlah suka memujikuh melambung2.. Jangan jangan.. Anda belum ketemu muka ke muka lagi.. Sangat lahh horror mukakuh dengan bintat2 keliling muka ditambah lagi lubang2 yang dipenuhi cecair yang menyeksakan.. (erkkk~ macam menggelikan ;p)


Baru saja semalam dirikuh terlihat status seorang kawan lelaki yang agak kepelikan dengan mengatakan kenapa kebanyakan wanita pantang melihat cermin di merata tempat tak kira di mana jua..
haishh~ itu suda fitrah insan seorang wanita yang sukakan kecantikan dan kekemasan.. setuju tak setuju tak ;p


Tapi bagi dirikuh, dahulunya sememangnya sangat lah sebegitu yea kawan2.. Pantang nampak cermin, pasti nak betulkan tudung.. Siap kena bahan lagi.. ish! melampauu~ ;))
Tapi sejak pakai shawl nih, cermin bukanlah perkara penting untuk touch up touch up tudung da.. menjadi kepentingan lain pula.. apekah? Sebagai medan bertangkap gambar lah..wee~


Ouhh.. suda terlebey kemerepekannya.. Sila terus ke tagged asal~
Sherah yang comey lotey, kamu sangatlah sengaja kan.. Taw2 jew dirikuh sangat suka cermin yea.. cop! Bukan dirikuh saja taw.. Kawan2 kuh juge.. haha~


Syarat-syarat~
1- tajuk entry mestilah GAMBAR ANDA PERASAN BEST DEPAN CERMIN..
2- letak gambar depan cermin banyak2....and every pics come with caption...


Memang nak letak pic banyak2 pon.. lantak korang, tengoklah sampai pitam2~ =pp



1 (atas kiri)
kedai kasut pon sempat..sekadar teruja melihat cermin besar yang ada..hoho~

2 (atas kanan) & 3 (bawah kiri)
tempat feveret, toilet yang cantek mantek.. opss, tiada niat untuk berhibur di tempat iblis laknatullah~

4 (bawah kanan)
di kedai baju..seperti biasa sangat terjua nya sampai ajak adeq join skali..wah wah.. sangat sepet lah dia.. hee~




cermin chenta nih.. camwhore dimana2..salahkah..sebagai tatapan hari tua nanti.. kan kan~ ;p


3- sila tag kawan2 anda....nak tag banyak mana ikut suka kau lah.
* Syikin dan lyana yang juge giler cermin juga.. kan? ;)
* cik mun yang katanya bulan yang bersinar sinar..hee~ ;p
* Kate yang macam kucing..rumatekuh suatu ketika dahulu yang kamching ching ;)


Sampai di sini saja.. Kepada mereka yang sedang menghadapi peperiksaan, selamat berjaya.. Saya suda habis.. weee~ =))



★★★ ViVA tesis saya belum abes lagi.. warghh~ satu azab bakal dihadapi.. cuak2~ +_+
Related Posts with Thumbnails