.

★ Abaikan mata, utamakan cerita ★
.

Sunday, January 31, 2010

baru tahu _♥

salam~


aku baru tahu..
yang monyet nih ada 98% gen sama ngan manusia...
sebab..
baru tengok national geography petang semalam..


aku baru tahu..
yang kulit langsat tak keras mcm buah dokong..
sebab..
ayah baru gitau semalam pas aku pelik naper lembik benar buah nih..


aku baru tahu..
yang MU nak lawan jap lagi..
sebab..
ramai yang gebang kat status fesbuk masing2..


aku baru tahu..
yang muka aku da cengkung giler..
sebab..
tadi ada yang tegur aku kat fesbuk..


aku baru tahu..
yang instinct aku selama nih betol..
sebab..
dah di reveal-kan segala ape yang aku rasa memang berlaku..


aku baru tahu..
yang aku skang nih sangat kuat makan..
sebab..
baru pas makan nasi yang penuh satu pinggan, aku gi goreng roti telur, pastu gi makan buah, pastu gi makan oat..
ehek! =p


aku baru tahu..
yang Ahmad Deedat nih pembahas Islam yang bidas segala ape yang paderi tak puas ati dengan hanya menggunakan kelemahan bible..
sebab..
skang nih kawan2 aku sibuk bicara tentang hal dunia ;p


aku baru tahu..
yang rumate kuh ada game hoki pagi tadi..
sebab..
baru jew tengok jersey die tersadai kat lantai..


aku baru tahu..
dah wujud insan menyerupai dajjal kat dunia nih iaitu sai baba..
sebab..
kawan aku gitaw dan aku gi search kat google aritu..


aku baru tahu..
yang aku nih tak tahu pape..
sebab..
memang aku nih jahil segala..
uhuk!


nota kaki : semua nih aku baru tahu dalam beberapa ketika ini sahaja..haishh~



★★★ aku nak tahu ape nasib aku selepas ini..

Wednesday, January 27, 2010

undi.undi.undi _♥

salam~


"Undilah saya, calon anda nombor 2.. calon anda nombor 2.." haha~


Merata2 lah dengar mende alah tuh di merata kampus.. Berkempen katakan, kan minggu pilihanraya kampus.. Dengan manifesto yang kadang2 tak rase pon dorang leh tunaikan.. Ntah la.. Layankan ajew.. hurmm.. Maw pangkah sape yea esok? Itu adalah rahsia.. hakhak! ;p


Politik? Memang dirikuh tak layak citer sal nih.. Memang tak tawu sangat pon.. Tapi takleh lari mana pon dunia nih.. Dimana-mana juga ada politik.. Pernah lecture kuh cakap, even dalam family pon ada politiknya..


Menurut sumber wikipedia, politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.


Dulu2 masa kat matrik, memang agak kejutan budaya la gak bila ada pilihanraya nak pilih jawatankuasa perwakilan pelajar (JPP).. Siap kena berkumpul ramai2 kat dewan dengar manifesto dorang2 nih.. Seyes ada yang ngarut.. ish3! =p


Bila da kat universiti, ingatkan macam kat matrik jew.. Rupa2nya ada bezanya sikit pabila wujudnya parti2 plak.. haihh.. Macam senario parti politik di Malaysia lah.. Seyes menjengkelkan..


Masa tahun satu dulu, bodo2 lagi kan, main join jew kelab yang ada.. Konon2 nak aktif lah kan.. Rupa2nya gi join kelab yang melibatkan pilihanraya nih lah.. Walaupon blur fungsi nye ape tapi main layan jew lah wat keje2 sume.. Rasa bersyukur pon ada kerna di sini lah dirikuh berjumpa teman2 yang sangat best dan masih setia menjadi teman sehingga sekarang..


Musim pilihanraya dulu, siap tak tido konon2 kena jaga kolej bagi elak penceroboh masuk.. Kena lak time tuh time bulan puasa.. Bukan jaga mana pon, gi kafe melantak, borak bagai ngan teman2 sekalian.. Tak dilupa main uno sampai ke pagi, elak ngantok.. haha.. Sangat kenangan waktu itu..


Da masuk tahun dua pulak, ingatkan taknak terlibat da mende2 nih.. Memang tak ley lari mane lah dirikuh nih pabila menjadi ajk dalam kolej pulak.. Tolong2 kempen tu biasa lah.. haihh~


Di tahun tiga, memang dirikuh nak retired mende2 nih. Seyes taknak dah! Tapi sebenarnya ada lah gak terlibat sikit2, dengan cara yang lain pula.. Tolong2 member yang jadi calon.. Tahun lepas dah kalah, tak serik2 maw masuk lagi tahun nih.. ish3! Sokong dia secara individu, bukannya secara politiknya.. Betulkah cara begini.. lantakkan~ Siap pakai button gambar dia lagi okeyy kat baju.. Seyes tak ley bla.. haha~

* nampak tak button tuh..giler semangat..wahai en calon, kalau saya tak dapat elaun tesis, siap kamu! ;p *


Pernah senior bercerita, time2 dulu musim pilihanraya lagi best, lagi meriah, lagi rasa kehangatannya.. Mana taknye, bakar2 kereta calon, bakar banner, pukul2, konvoi moto keta ramai2 ke kolej2 suda menjadi kebiasaan.. Giler lah.. Bila dengar seyes cuak, tapi dorang dah cool kan awal2.. Takkan berlakunye mende2 nih lagi ketika ini.. Nak kena cekup ke per.. fuhh.. lega~


Banyak jew nak citer sal parti2 yang ada nih.. Tapi biarlah menjadi rahsia kerajaan.. Kang tersalah cerita, tak pasal2 kena tahan kan.. Tak ke sume kejar dirikuh nanti.. haha.. bahaya2~


okey..Itu saje.. Maw cari nombor2 yang perlu di pangkah esok.. hakhak! =p
bye~



★★
★ napelah kelas batal waktu pagi.. petang skali kan bgos ;)


Tuesday, January 26, 2010

pendusta_♥

salam~


Kita mulakan dengan ini..
"Perjalanan hidup akan menentukan karakter peribadi seseorang "


Makin berliku kehidupan seseorang itu, mesti makin tabah dia menghadapinya.. Tabah, cekal, sabar, bijak mengurus masa mungkin karakter peribadi mereka..


Tapi bagaimana pula tidak ada kuatnya? Mungkin akan cepat berputus asa, merendah diri, tidak hormatkan orang lain malah mengambil cara mudah iaitu dengan membunuh diri..


Konklusinya, hanya ada dua arah tujuan hidup mahupun peribadi seseorang itu, iaitu kebaikan atau kejahatan, dosa ataupun pahala..


Bagaimanala pula dengan ini...
"pangkal dosa adalah dusta"


Penipu, pembohong makna yang sama.. Tipulah kalau kau orang tak pernah tipu.. ha.. tipu lagi ;p
Maknenye kita telah berdosa.. masyAllah~


Mungkin kita akan bagi alasan begini..
"Aku tipu sunat, takpe kan"
"Aku tipu ada sebab, taknak sakitkan hati dia"
"Kalau aku tak tipu, matilah aku"


Banyak dosa dan dustanya kita selama ini...

Dusta pada mak ayah...
"Ayah, nak duit.. Nak beli buku Mikrobiologi.. Lecture suruh beli.. Kalau tak beli, susah la nak jawab exam nanti"
Hurmm.. Sedangkan kau guna duit tuh gi meronggeng sana sini kan.. Jawab exam? Kau pergi lak kuliah.. Nak jawab exam mende.. Lagi satu, kau amek kew subjek mikrob bai?


Dusta pada kawan2..
"Aku sakit perut lah, cirit birit nih.. Sorry la tak dapat join kau gi tahlil nanti"
Sakit perut? Dan2 jew lah time2 camtu sakit perut kan.. Macam2 dah masuk kat daging kau tuh.. Betul2 cirit baru taw ;p


Dusta pada kekasih hati..
"Abang, sumpah ayang takder orang lain.. Abang sorang jew.. Hari tuh abang salah tengok tuh.. Bukan ayang"
Fine.. Ada kembar kew sampai kau kata tuh orang lain.. Kalau dah berkasih nih, perasaan dan nalurinya sangat peka taw..


Dusta pada tuhan..
Kau gi solat berjemaah, tapi takleh nak follow imam yang baca surah yang panjang2.. Kau pon mula solat bila jemaah dah nak rukuk rakaat kedua..
"Aku pon tetap dapat pahala jemaah kan?"
Banyak lah kau!!!


Aku nak tekankan ini...
"Niat dan matlamat tak menghalalkan cara"


Mungkin niat kita baik untuk membahagiakan ataupon menyenangkan seseorang.. Tapi bukanlah dengan cara berdusta atau segala tipu helah.. Tipu tetap tipu.. Dosa tetap dosa.. Takder tipu yang bukan dosa.. Ingat tuh!


Aku sukakan ini..
"Sabar adalah tipu muslihat bagi orang yang tidak memiliki tipu muslihat"


Sangat setuju dengan kata2 itu.. Kadang2 sabar menuntut kita untuk bermuslihat.. Bukan ke arah kejahatan, tapi banyaknya ke arah kebaikan.. Sebagai contoh, sabar akan perangai seseorang.. Pendamkannya atau buat2 takder pape pon yang berlaku.. Itu mungkin muslihat kita untuk menenangkan hati sendiri..


Tetapi sabar seseorang ada limitasinya.. Sampai ke kemuncak, maka meletuplah dia..


Dan akhir sekali..
"Tidak semua perkara yang diketahui harus disampaikan (diucapkan)"


Ya, kadang2 kita lebih pada melihat, mengumpul, memendam daripada melontarkan segala apa yang mahu diluahkan.. Ada kala perasaan hati perlu disorokkan.. Ada kala apa yang kita tahu perlu disembunyikan..


Hanya mahu disampaikan di sini..
Saya benci pendusta..
sekian~

* tumbuk kang ;p *



★★★ diam bukan bererti saya kalah =)

Monday, January 25, 2010

hargai sangat_♥

salam~


"Resah tanpamu"
Titi kamal feat Anjie Drive Band

sayang aku tahu
kita tak banyak bicara
kau jauh disana
ku menyimpan tanya


sayang aku tahu
kita tak banyak bertemu
namun hanya kamu
yang ada di hati


jangan sampai kau lukai hatiku
aku resah lalui waktu tanpamu
jangan sampai kau ragukan cintaku
aku takkan membuatmu terluka
meragu… percayalah…


sayang aku mau kita
‘kan slalu menyatu
walau kadang rindu
menyiksa batinku


sayang aku mau
jangan pernah kau meragu
walau aku jauh
hatiku untukmu


jangan sampai kau ragukan cintaku
aku takkan membuatmu terluka
meragu… percayalah…


Awak..
Bait2 dalam lagu nih sesuai untuk kita kan..
Kadang2 saya ragu..penat awak yakinkan saya..
Kadang2 saya lukakan hati awak..sanggup awak maafkan saya..



Kita jarang jumpa kan.. Tapi hanya awak tetap di hati.. Sayang saya tak pernah berkurang, malah makin bertambah2 lagi.. Harap awak juga begitu...


Hari ini saya sangat hargai awak.. Awak sanggup tunaikan permintaan saya.. Kita luangkan bersama.. Terima kasih awak.. Terima kasih tuhan kerna dipertemukan insan seperti dia.. Harap ada jodoh di antara kita.. Berkekalan sampai bila2~





★★★ menunggu pertemuan seterusnya ;p


Friday, January 22, 2010

aku bukan yuna _♥

salam~


situasi - di kelas...
rakan : tahniah menang AJL semalam..
aku : hah??
Mereka merujuk kepada yuna..sengal tol..grrr~


situasi - di kafe ketika berjumpa senior yang lama tak ketemu...
senior : kau buat plastic surgery kew?
aku : bila kala plak wat mende alah tuh..
senior : dah macam yuna..
aku : sengal!


situasi - di kedai baju pabila ada sekumpulan remaja...
remaja : hai yunaaaaa!!!! (dgn excitednyer)
aku : hah?
Terus memalingkan muka pada tempat lain dengan rasa bengang ya amat..haha~


situasi - di laman sosial..
friend : muka awak macam yuna lahh..
aku : tak sama lah..dia lagi cantek okeyy~


situasi - di sana, di sini, di mana2...
mereka : hai yuna~


Oleh yang demikian,

Dengan rasa bengang & menyirapnya, satu eksperimen telah dijalankan..


tujuan : untuk mengkaji persamaan muka kau dengan yuna..

hipotesis : kau macam yuna..


kaedah : photoshop sudeh~

keputusan :

* kan dah cakap yuna lagi cantek~ =pp *


kesimpulan : nak tergelak terguling2 dengan hebatnya pabila melihat keputusan yang didapati..hipotesis ditolak! wee~ =p


Tak semestinya pakai selendang mesti di cop sebagai yuna.. Kenapa orang pakai tudung Siti kau orang tak cakap macam Siti.. Tak pon tudung misai dato' K, tak cakap pulak yang pakai tudung tuh, "misai kau macam dato' K lahh~" =p


nota kaki : saya pakai selendang sejak sebelum mengenali siapakah yuna lagi..tergerak maw pakai kerana tertarik dengan seorang insan nih yang sangat lawa berselendang..harap maklum :)



melepak di mcD sehingga 5 lbey pagi..wahh~ =p

Wednesday, January 20, 2010

jom shoping_♥

salam~


Gian men-shoping-kan diri akhirnya berjaya dilepaskan di Times Square semalam.. Tapi macam tak puas lah.. Bukan sebab dirikuh tamak akan semua2 itu, tetapi seakan tiada ape yang menarik minat kuh.. ececehhh.. Banyak gak duit terbang kan.. ish3!


Hanya berdua sahaja bersama Lyana Hisham tersayang.. Tenkiu sebab sudi teman ya walaupun shoping mengalahkan dirikuh nih..ahax! =p


Jom cuci mata!

* kelihatan plastik di situ? semua yana punyer okeyy =p *


* ini hobi kami..haha~ *


* teringin maw makan kek..choc fudge! *


* thanx dear..nanti kita ronggeng lagi k~ *

Next, bersama syikin dan sheera sayang plak.. haha~ pokai2.. maw wedgess.. huhu~!



★★★ nak ke taknak? ;p

Monday, January 18, 2010

selamat ulangtahun sayang_♥

salam~



buat Noor Sheera
selamat hari jadi sayangkuh

semoga kau bahagia selalu
di samping keluargamu, temanmu, dan sekelilingmu


pernahkah kau ingat

bermulanya kisah persahabatan kita
yang kita tidak duga

yang dulu hanya bersapa sebagai kenalan

tetapi sekarang sudah sebagai sahabat

iaitu sahabat sepanjang hayat


pernahkah kau ingat

dahulunya kita berkongsi segala apa yang di rasa

sedih duka pedih
mahupun gembira yang kita kecapi bersama

tapi bukan sekadar di waktu itu sahaja
sampai bila2 kita begitu



sayangkuh

aku rindu waktu dulu

waktu kita tak lekang bersama

segala orang tak dapat memisahkan kita
tapi sekarang aku tahu
masing2 dengan perjuangan sendiri
aku rela akannya

aku simpan rindukuh itu



sayangkuh

di hari kelahiranmu

dari jauh ku sampaikan

hanya ucapan dapat ku luahkan
tapi dekat di hatikuh
aku sayang kamu sangat2

tiada ape yang dapat disangkalkan



semoga kau capai ape yang kau mahukan

perolehi ape yang kau idamkan

dan berjaya dalam kehidupan yang kau rasakan



terima kasih tuhan

kerna kau pertemukan

insan yang bernama sahabat

sahabat, teman dunia akhiratkuh




★★★ sheera..rindu sangat! =(

Related Posts with Thumbnails