Assalamualaikum~
Sambungan...
Kisahnya, dirikuh ada lah hal dengan si sheera sebab nak jumpa sorang kakak ni dalam pukul 8 malam macam tu.
Seperti
rutin rutin hari biasa, dirikuh tunggu lah bas balik ke rumah. Setengah
jam. Cool je. Satu jam. Sabar lagi. Satu setengah jam. Fuhhh bertabah. Tapi
kalau suda 2 jam tercongok kat bus stop sambil hujan tak henti, sabar
tu da bole tahap mencabar jugak gayanya.
Time time hangin satu badan
ni lah kemain otak berfungsi dengan ligatnya. Dirikuh pon pantas
mengeluarkan belaan biru dan terus menaip satu pesanan ringkas kepada
sheera, 'Kau pergi la dulu, kalau aku sempat aku datang kemudian'.
Button enter ditekan.
Dirikuh terus bergegas ke stesen
lrt. Kononnya nak naik lrt then amek teksi terus ke rumah. Lantak lah
penat lelah dirasai, lantak lah duit diperabes untuk teksi, asalkan
sampai rumah tepat pada waktu yang dijanji. Seusai sampai pada
destinasi lrt yg dituju, kemain semua teksi tak mahu hantar sampai ke
rumah sebab banjir kononnya. Haihhh apalah nasib.
Suda dapat
teksi, suda sampai rumah, lif pulak tak berfungsi. Punca, banjir. Sadis
sadis. Dengan gagahnya dirikuh naik la tangga sampai tingkat 8.
Sesampai je masuk dalam rumah, dirikuh bergegas la mandi solat semua
then berkejar ke rumah sheera pulak.
Sampai di rumah sheera, setle
urusan dengan sorang kakak tu, then kena teman sheera pegi beli topup
untuk ayah dia pulak. Then naik balik rumah dia sebab ada barang yang
dia nak bagi tertinggal kat umah. Mujur rumah sheera lif tak rosak.
Mujur~
Then sheera kata nak ikot balik rumah, sebab nak suruh mak
alter baju katanyeee. Ye ye je kan. Gigih kami berdua naik tangga
sampai tingkat 8 taw.
Sampai je di pintu rumah, tadaaaa! Surprise dari sayang sayang sekelian ;)
Korang!
Berikut merupakan kantoi kantoi yang telah di lakukan. Heee (p/s: macam
sheera sorang je yang kantoikan semua ni! Sah tak pandai berlakon ;p)
1)
Hari sebelum 10 april, sheera tetiba mintak no phone syikin. Haihh pelik! ;p
FYI, sheera punya simcard probs dan syikin pon tukar no phone. Tapi kenapa baru
ketika itu nak mintak no? ;p
2) Pada petang 10 april sheera kol
suruh cakap kat mak bukak pintu sebab ketuk ketuk rumah takde sape nak
bukak. At that time, kebetulan mak kat surau. Haha kesian. Haa alasan
sheera, tak tahan nak kencing katanyaaa. Hoi macam takde rumah sendiri.
Ini kelakar ;p
3) Naik semula ke rumah sheera amek baju yang
kengkonon nak alter tu, tetibe ayah sheera cakap, 'izzati da balik
rumah belum?' Ok ini macam suspicious. hee~
4) Di saat naik tangga ke rumah, kemain laju pulakkk si sheera ni ke depan. Kalau lambat lambat nanti penat katanya. Jadah! ;p
5)
Di saat bukak je pintu, sheera orang pertama masuk dengan cepatnye. Then
ternampak selipar merah yang tak dipunyai oleh sape sape pon dalam
rumah kuh kat rak kasut. Ok ini teruja!
And lastly, lagu
selamat hari jadi dinyanyikan. Gila melayu la memasing tak nyanyi lagu
'happy birthday' tapi lari lirik bila korang sebut sepet. Opsss! ;)
So
sweet ada belon banyak banyak. Main tutup tutup lampu. Gantung word
happy birthday kat tingkap. Ada kek yang lilinnya suda tenggelam dalam
kek daa. Heee terharu! :))
Kepada Mahzan,
kengkonon bila ada orang ajak keluar baru lah taw time tu dorang nak celebrate birthday KITA eh eh eh!
Kepada Akmal,
kengkonon busy satu hari ye, kengkonon tido awal da ye!
Kepada Syikin,
kemain terlupa wish kan. Kemain nak amek aku alang alang nak pegi giant batu caves.
Kepada Amin,
ahh kau keje nak poyo je. Eh!
Kepada Sheera,
lawa baju kau nak suruh mak aku alter, kemain kecik kainnyaaa (p/s: dia bawa tudung je pon. Haha)
Btw,
thanks a lot my sayang sayang sekelian. Serius terharu tapi tak berapa
nak surprise pon. Wek! Mak aku yang surprise lebih sebab tetibe korang
datang rumah time aku takde. Haha!
* tenkiu PM yang kaki kantoi. wekk! saya suka hadiah telekung awak bagi :') *
* tenkiu syikin sayang. suka bintang banyak banyak tuu :') *
* saya menang motor!!! kemain formal gambar ini ya. penyibuk nak bintang nih jugak! *
* ini hadiah terpaling bermakna sekali dalam hidup. terima kasih lah mahzan hadiahkan tisu yang dipunyai rumah saya! *
Koranggggg! Korang kawan aku sampai mati taw! Thanks korbankan masa tidur anda. heee~
Adakah tahun depan dan tahun tahun berikutnya ada macam ini lagi? hmmm hmmm.
nota kaki : fuhh fuhh selesai juga kisah 10 april ni ;))
★★★ next, entri birthday mahzan dan amin. ahh si kemal tak payah! ;p